Time-time Subuh macam ni la paling hati rasa sayu. Tak pernah solat Subuh aku lancar disebabkan menangis. Solat Subuh tu permulaan hari, tapi aku memulakan hari tanpa Marwan.
Dah sebulan pun Marwan pegi. Satu benda je aku tak boleh elak iaitu menangis sendiri. Depan Mak, depan orang, kenang la Marwan macam mana pun, aku senyum saja. Tak setitik pun air mata aku jatuh.
Tapi bila sendiri, tak boleh tipu perasaan dengan diri sendiri.
Just 1, 2 nights ago, baru aku sedar. Bila Marwan pegi, dia bawak beberapa harapan dan impian aku pegi bersama dengan dia.
Harapan untuk kawen, impian untuk ada anak yang banyak, harapan untuk kaya bersama, impian untuk bersama sampai tua.
Banyak. Sangat banyak kami bina impian dan harapan bersama.
But still, Allah kata bukan dengan Marwan aku dapat akhiri impiam dan harapan aku tu. Mungkin dengan orang lain atau mungkin aku takkan dapat kongsi impian dan harapan aku dengan siapa-siapa pun.
Semua Allah punya kerja.
Aku tunggu, lihat dan redha saja.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone


No comments:
Post a Comment