Friday, May 31, 2013

Dia dan kampung.

"Tengah buat apa?"

"Packing. Esok nak balik kampung lagi."

"Kenapa balik kampung?"

"Cousin kita yang nikah kat Kulim tu, nak sambut belah dia la pulak."

"Owhhh. Balik Kampung Jalong ke?"

"Iye la, kita mana ada kampung lain dah."

"Hek elehhh, dekat je. Tak payah ahh sebut nak balik kampung."

"Habis tu kita nak cakap kita balik mana? Dah tu memang kampung kita."

"Kamu cakap la nak balik rumah Opah kamu. Cakap nak balik kampung, bunyinya macam jauh sangat. Padahal dekat nak mampos kot. Hari-hari kita lalu nak pegi ofis." *gelak*

"Like, what the hell?? And plus, ofis kamu kat Sungai Siput kot, bukan dekat Jalong. Dah la kamu gerak pegi Sungai Siput dari Tasek je, memang la dekat nak mampos kamu rasa."

"Alaaaa selagi tak naik highway, tak consider jauh. Takde, takde."

-.-'

___
#MobileBlogging

Monday, May 27, 2013

[Review][Novel] Sumbat by Faizal Sulaiman.

Lama gila aku tak beli novel. Hari tu aku beli 2 novel sekali gus. Bukan beli pun. Guna orang punya Baucer Buku 1Malaysia. Huhu. 2 novel yang aku 'beli' ialah Awek Chuck Taylor dan Sumbat.

Kali ni nak cerita pasal Sumbat dulu ye.

To be honest, Sumbat ni susah sikit aku nak paham. Sebab watak banyak 1 hal, setiap watak ada cerita berbeza yang berkait. Bila 1 watak yang sama tu disebut dalam chapter yang lain, nak kena ingat siapa pulak watak ni and apa cerita dia dalam previous chapter.

Tapi nasib baik, novel ni guna bahasa santai-santai saja. I mean, bahasa yang guna hari-hari dan bahasa pasar.

Best jugak la novel ni. Tak cliche sangat. You'll be surprise throughout the story. I give this novel 4 stars out of 5. Oh, Sumbat ni di-publish-kan oleh Fixi. Harga, lupa dah. Sebab tak bayar pakai duit kan. Tapi, rasanya RM19.90.

___
#MobileBlogging

Sembilan.


Surah ke 9 dalam kitab suci Al-Quran, iaitu surah At-Taubah yang membawa maksud 'taubat'.
Tuhan kita Maha Pengampun. Pintu taubatNya terbuka seluas-luasnya. Besar manapun dosa kita pernah buat, insyaAllah diampuniNya. Bertaubatlah, mati entah bila. :'(

#RamadhanCountdown.

Tuesday, May 21, 2013

Dua satu lima.

Hari ni is one of the special date in my life. The day Marwan said he love(ed) me. I still remember those days, from day 1 we knew each other until your last day in this world.

Aku selalu bangga dengan relationship aku masa Marwan still alive. Mana taknya, kawan-kawan aku dah berapa kali tukar boifren masa tu, aku steady lagi dengan arwah. Sampai la dia meninggal, we've been togather for 5 years. If he's still alive, this year is the 7th year we've been togather. Entah-entah dah kawen, dah ada anak sorang or tengah pregnant as we are supposedly to get married last year kan. Hmmm.

Orang lain berpisah sebab gaduh, curang, bosan dan lain-lain. Aku berpisah dengan Marwan sebab kematian. Cinta sejati tak? Baru boleh kata, "Hanya maut saja yang bisa memisahkan kita." gittteewww. Hahahah.

I guess, i love you enough to let you go. But i promise i'll never miss missing you. You always in my heart and mind.

Al-Fatihah. :')

___
#MobileBlogging

Friday, May 17, 2013

Nama saya.

Hai, nama saya Mazni Zuhairah. Bukan mazniE ke, maznEE ke, maSni ke. Just MAZNI. Yang Zuhairah tu pun ZUHAIRAH je. Tak payah susah-susah nak tukar jadi zuhaYrah ke, zuHYErah ke, pegi buang H jadi zuhaira ke. Saya tak rela ejaan nama saya ditukar sesuka hati je sebab saya sendiri pun tak pernah nak fancy-kan nama sendiri. Mazni dah elok, Zuhairah dah elok.

But, hey, you can call me Maz. Pleasure to meet you!


___
#MobileBlogging

Thursday, May 16, 2013

Cuba tengok.


Tahukah kamu-kamu semua, azam untuk aku melabuhkan tudung adalah azam tahun lepas yang tak tercapai? Kadang-kadang tudung tu labuh, kadang-kadang tak. Kadang-kadang aca nak labuh, tapi tak berapa nak labuh. Entah. Aku salahkan diri sendiri sebelum aku salahkan syaitan yang menghasut. Boleh?

Aku bukan maksum weh. Tapi, pelan-pelan la. Daripada tak cuba untuk berubah langsung kan? Nak-nak pulak, aku ni memang dari asalnya bukan orang yang menutup aurat. Dari kecik aku tak pakai tudung. Tudung tu uniform je bagi aku. Jadi aku mengaku, it's a little bit hard. No, not a little, it's very hard!

Apa-apapun, cuba la. Jadi yang lebih baik tu digalakkan agama. Dah jadi yang baik tapi tutup hati dan bertukar jadi yang tak baik tu, sendiri mau ingat la. The older you are, the nearer the death. Mati pun tak tau bila, lagi la sedih bila mengenangkan sempat atau tak nak berubah.

In before.

Mazni tu dulu bukannya baik sangat pun. Tak payah la nak nasihat-nasihat bagai ni. Semua rahsia dia dalam tangan aku. Apa yang dia buat jahat dulu semua aku tau. 

;)

Monday, May 13, 2013

Hak ber-social media.

Kamu kalau tak suka dengan mana-mana social media, tak payah nak kutuk-kutuk orang yang buat social media tu. Contoh laa, kamu rasa, omaigod Keek tu poyo gila. Lepas tu nak kutuk siapa buat Keek semua poyo belaka. Yang buat Instagram, semua bajet hot. Ni contoh la, contoh.

I mean, come onnnnnnnnn.

Semua benda serba tak kena kalau dengan kamu ni. Itu salah, ini salah, buat itu tak betul, buat ini tak betul. Memang kamu sorang je yang betul. Memang cakap-cakap kamu je yang boleh digunapakai. 

Kalau macam tu, boleh la kot gali kubur sendiri ye?

___
#MobileBlogging

#RamadhanCountdown

58 days to go! It's Rejab already. I did puasa sunat 1 Rejab last Saturday. The whole family fasting togather. Tapi, buka puasa asing-asing. Haha. Mak and i je yang buka puasa kat rumah. Along keluar berbuka dengan kawan-kawan while Abah, sebelum Maghrib pun dah pegi surau.

Ramadan, will we ever meet again this year?

___
#MobileBlogging

Sunday, May 12, 2013

[Review] Bio Essence Bio Spring Water.

You know why i bought this mist in the first place? Because i couldn't afford to buy a setting spray. Aku kan miskin hina, or so said them. Haha. Kryolan's setting spray will cost me more than RM150. Same goes with Mary Kay. Itu belum setting spray yang datang dari high-end product. Satu perangai aku, bila aku anggap benda tu tak penting sangat dan mahal pulak tu, jadi pembaziran je untuk aku beli.

Setting spray takde la penting sangat dalam dunia mengandam aku ni, bagi aku la. So, takde pun takpe. Ada, tu advantage la. Boleh le nak ngecas lebih sikit ye dok. Huhuh.

Murah yang amat la Bio Essence Bio Spring Water ni. Tapi, idak le pulak aku ingat harganya. I think, it's RM19.90 for 100ml. It has 2 size. Yang macam aku punya ni 100ml, the other one aku rasa 300ml kot.

Product ni bukan setting spray ye. But one of the usage that is very useful in my dunia mengandam is to use this spring water after make-up application for longer lasting and natural look. It's stated on the bottle. Lepas habis apply make-up just spray this bio spring water a layer or two, then you ready to go!

Okay, these past few month memang aku mengalami open pores problem yang agak teruk. Kat bahagian pipi, yang tepi hidung tu. In my previous review yang pasal black mask tu kan ada cakap one of the benefit of that black mask is, it tightens my open pores kan. Same goes with this bio spring water. One of the job is to refines pores and i think it did great in refining my pores.

Seperti yang di-stated on the bottle, it has 20 excellent efficacies for face, hair and body. Tak pernah pulak aku try kat rambut and badan. Setakat ni kat muka aje la.

Yang penting, bila pakai muka tak gatal. Sebab aku pernah try Jijan punya face mist from Body Shop, lepas spray kat muka tu ada rasa gatal-gatal sikit. Maybe jugak tak sesuai untuk aku.

Will i ever buy this product again? Oh yes! Is it affordable? Double yes. :)

___
#MobileBlogging

Saturday, May 11, 2013

[Review] Shiseido Black Mask.

Popular benor Shiseido Black Mask ni sekarang. Aku sebenarnya kureng berminat sikit dengan mask. Tambah-tambah mask yang kena apply sendiri ni, omaigod renyahnya rasa. Kawan aku yang jual benda ni and beberapa lagi produk kesihatan yang tengah famous (la sangat) dalam pasaran. Dia dok promote kat aku business dia. Orang kata, jangan tak support la business member-member ni, aku beli dengan dia benda paling murah sekali. Hahahah.

Dekat Facebook aku tengok gambar orang yang pakai mask ni habis tertanggal black/white head dia. Tapi bila aku pakai, bulu roma aku je yang tercabut lebih. Black/white head aku mask ni cabut manja-manja je. Takde la penuh 1 mask tu dengan black/white head aku macam dalam gambar.

Orang kata, pakai tebal-tebal. So, aku pakai tebal-tebal. Takde jugak dapat hasil yang memuaskan untuk aku. Tapi, 1 yang aku suka, mask ni kecikkan pores aku. Nampak la perbezaannya lepas beberapa kali pakai.  Itu je satu benefit yang betul untuk mask ni.

Will i ever buy this mask again. Ermmm, i guess no. I stick to my pore packs. Even the Guardian or Watson pore pack is good enough to remove my black/white head.


Aku pakai kat area yang aku rasa ada black/white head saja. So, takde la membazir, walaupun benda tu murah.
Kiranya, 1 packet ni boleh la pakai 2 atau 3 kali. Sorry, muka vain. Haha.

Nampak pacak-pacak tu kan? Itu bulu roma aku je pun. -.-"



Rude awakening.

Kadang-kadang, manusia ni perlu teguran secara kasar untuk dia sedar tentang kesalahan, kelalaian atau apa-apa pun la benda yang memberikan kesan negatif kepada diri dia sendiri dan orang lain disekeliling dia. Sebabnya, sah-sah bila tegur cara baik dan lembut tak berkesan.

Menegur sebab sayang, sebab ambik berat. Tapi, teguran selalu sangat disalah-ertikan sebagai MENYIBUK yang datang daripada perasaan BENCI. Entah la, nak.

If rude and harsh words will make you wake up from making the same old mistakes, then be it. What it takes for this kind of people to realize? Nak tunggu bala jatuh dari langit? Nak tunggu eksiden sampai koma lepas tu nampak neraka?

Truth be told, aku tak kesah dengan teguran kasar. Aku pun pernah dapat rude awakening baekk punya menusuk kalbu. Biar aku sentap pun takpe. Daripada simpan dalam hati, lepas tu cakap belakang bontot aku. Tegur salah aku, maknanya kome berkawan dengan aku atas niat betul nak berkawan.

After all, aku berkawan pada yang sudi, tak peduli pada yang membenci. Percayalah, takdenye aku nak benci kome tak semena-mena. Kalau ada sebab pun, malas aku nak benci kat orang. Buat apa? Buat rugi aku je. Kot kalau aku mati kejap lagi, sia-sia terus ke neraka la aku sebab ada perasaan benci dalam hati.

Orang bagi nasihat, cara elok ke, cara kasar ke, terima atau tak terima tu simpan je la dalam benak hati sendiri. Kalau tak terima, tak payah nak canang dengan kawan-kawan sambil memperkecilkan nasihat yang diberi. Haihh.

Tu kalau nasihat biasa-biasa. Kalau dapat nasihat pasal agama pun kome gelak-gelakkan, sindir-sindirkan, kecil-kecilkan sesama kawan-kawan? Ehmmmmmmm. Entoh le wei.

Okay kot naa?

P/s: Selamat menghancurkan rumahtangga orang!

___
#MobileBlogging

Friday, May 10, 2013

[Make-up] Poison Ivy.

Apparently, purple and green are great togather! This color somehow reminds me of Poison Ivy.

Wednesday, May 08, 2013

Around GE13.

I'm a first time voter. Jadi, tahap excited berganda-ganda. Here and there nak tangkap gambar. Haha. I even Keek-ed it. Beriya, i know. But, i coudn't help. Plus, hey, aku cam'whore' kot. Ahahah. My first time voting for the crucial election in Malaysia was good! I get to go to three voting center sebab teman Irra pegi mengundi jugak and bawak Opah pegi mengundi. My family and i semua dapat voting center yang sama.

Tempat mengundi aku agak ramai. Ada la dalam setengah jam kot beratur. While tempat mengundi Irra, takde orang! Datang-datang, terus masuk saluran mengundi. Masa bawak Opah mengundi pulak, masa tu dah petang, so tak ramai orang.

So, here are some pics!

Bangganya dapat menunaikan tanggungjawab sebagai seorang rakyat Malaysia!

We're done!
Bawak Opah pegi mengundi di SK Kg. Jalong, Sungai Siput (U).






Sunday, May 05, 2013

Corat-coret musim pilihan raya.

Tak pasal-pasal saya dicop sebagai 'macai', kononnya saya penyokong Barisan Nasional. Alahai, ini baru pertama kali saya nak mengundi, baru pertama kali inilah saya berada dalam situasi rasa bertanggungjawab untuk mengundi. Jadi, apalah sangat pengetahuan saya tentang politik kan?

Saya tak menunjukkan direct support terhadap mana-mana parti pun setakat ini. Kalau ada pun status saya di media sosial yang berbaur politik, macam saya cakaplah, boleh dibaca dalam nada pembangkang atau nada penyokong. Sebab, penerimaannya pasti berbeza.

Yang taksub tu, bila orang yang huraikan pendapat dia, seboleh-bolehnya dipertahankan sebab dia ingat ideologi parti yang disokong oleh dia saja yang betul. Baik dari pembangkang atau penyokong, sama saja. Tak habis berdebat di ruangan komen sampai panjang berjela. Itu baru taksub.

Anyhow, today is the day, general election day. Campaign period pun dah tamat setengah jam yang lepas. May the best candidates win. Good luck to all parties.

;)

___
#MobileBlogging