Sunday, February 27, 2011

Quick Updates.

+ Takde apa-apa yang menarik hari ni.
+ Semalam tidor rumah Elle with Shyda and Fatin, pagi tadi baru balik.
+ Sesampai rumah terus bantai tidor, sebab tidor lambat.
+ Nak keluar meniaga baru tersedar, nasib baik tersedar.
+ Lepas meniaga, keluar dengan Marwan.
+ Pegi makan, pegi IP nak carik hadiah Dan and Qam, birthday party diorang next week.
+ But turns out, over spent masa makan, hadiah Qam beli masa gaji next week lah. Hehe.
+ Sorry ye Dan and Qam, Aunty Maz tak dapat nak kasik korang hadiah mahal-mahal.
+ Dah, toodles!



Lotsa love,
Photobucket

Friday, February 25, 2011

New routine.

Sejak dah install balik The Sims 3 dalam lappy, i have new routine. Reason being, kalau nak main Sims, kena disconnect from internet. Sebabnya, i ambik installer Sims dekat torrent. I ada dvd installer dia, tapi lappy i ni dah tua, agak susah nak detect dvd. Bila i ambik installer dekat torrent, i main secara unauthorize lah. Hehe.

Even sebelum ni i install pakai dvd beli dekat Yik Foong tu pun unauthorize jugak. So, kalau still connect dengan internet, akan dapat detect i main secara harom. Once dia dah detect i main secara haram, lepas tu i tak boleh main dah. Sebab ada serial code kan. Huhu.

So routine nye, lepas balik kerja, kalau tak keluar mana-manalah, surfing the net sampai pukul 12am. Lepas tu disconnect from the net. Main Sims, in between, kalau bosan, tengok movie. Time-time macam ni, connect balik internet, buat apa yang patut. Lepas subuh, tidor.

Ehem, silalah paham, kalau dah tidor lambat, bangun sure lah lambat. Selalu 2.30pm alarm dah bunyi suruh bangun. Bangun mandi, kalau tak period boleh solat, surfing kejap, makan, pukul 5pm Shyda dah sampai depan rumah nak ambik pegi kerja.

Setakat ni, itulah routine i dengan lappy kesayangan. Harap-harap dia tak marah dengan routine yang i dah buat dengan dia dan janganlah dia buat perangai. Hehe. Nanti kalau dah mula meniaga dekat pasar malam, bertukar routine pulak. We'll see.

Kejap lagi pagi ingat nak tengok market dekat pasor. Market dekat pasor? Ok confuse, sebab certain people panggil pasor tu market. Apa yang i maksudkan, i nak tengok pasaran dekat pasor tu. Eh, lagi weird bunyinye, tapi tak pe. Nak test market ada ke orang nak beli tudung masa tengah beli ikan dan sayur dekat pasor. Mak Shyda cakap, semahal-mahal tikar buluh pun ada orang beli dekat pasor tuh. So why not try jual tudung dekat sana.

We can't just rely on the online sale saja. Sebab masih baru kan. So, house to house sale dengan orang yang kita dah kenal, car boot sale dekat kilang-kilang adalah option lain yang boleh mendatangkan rezeki. For the time being, tak boleh lagi nak masuk pasor malam sebab, budget and barang.

Tapikan, at this hour pun i tak tidor lagi, ada harapan ke nak bangun kejap lagi pukul 730am? Haha. Tengoklah, kalau i tak snooze alarm tu kejap lagi sampai tak boleh snooze dah, dapatlah try market dekat pasor tuh. Kalau tak, the next following day lah gamaknye. Dengan syarat, kena arrange balik routine. Oh em gee.

Dahlah. Toodles!



Lotsa love,
Photobucket

Selamat Datang Asmara.

Malam
Kau hibahkan yang indah
Untuk nuraniku untuk jiwaku

Malam
Kau alirkan khayalan
Penuh bunga bunga selimuti kalbu

Malam
Kau buat ku menari
Di bawah bulanmu dan di bawah bintang bintangmu

Malam
Apakah ini benar?
Semua yang kurasa sungguh suci

Melayang melambung
Berjalan di langitmu
Terhanyut menyesakkan
Jadi inikah rasa cinta?

Bius aku bawa pergi
Berjalan di langitmu
Terhanyut menyesakkan
Jadi inikah rasa cinta?

by, Armand Maulana.



Lotsa love,
Photobucket

Berlagak baik? Oh, biasalah.

Ada sorang schoolmate i. Dia ni bukan Islam. Dia takde agama sebab dia orang asli. Tapi dia ni macam orang asli yang berjayalah. Parents pun kerja besor-besor. Lets call her N. N ni memang nampak dari sekolah menengah lagi yang dia ni minat dekat Islam. Even masa dekat sekolah dulu, dia pakai tudung. Balik rumah, takut mak dia marah, dia bukak. Sekarang takde pulak nampak dia pakai tudung pegi kuliah ke apa ke.

Dekat Facebook selalulah jugak nampak dia post benda-benda pasal Islam ni. Bila time puasa, dia puasa. Bila time raya, dia celebrate raya. Macam tu jugak dengan raya-raya dari agama yang lain, dia celebrate. Well, dia takde agama, dia boleh sambut mana-mana raya yang dia dan family dia nak. Oh, boyfriend N pun seorang Islam.

I baca blog dia. Selalu dia tulih, macam pertikaikan haramnye setitik arak tu. Fine. Ada jugak sesekali, dia pertikaikan perempuan Islam yang payah sangat nak bertudung. Siap cakap, perempuan bertudung, walaupun bertudung, suka beromen bergomol dengan boyfriend ke tunang ke. Semangat dia cakap pasal dosa pahala umat manusia yang lain. Ye lah, dia nak cakap pasal dosa dia buat apa, dia bukan Islam pun.

Lagipun, ada ke orang buat dosa, lepas tu pegi cerita dalam blog sendiri?

Bila fikir balik, boyfriend dia tu Islam. Yang dia dok keluar dengan boyfriend dia, tunjuk rambut apa semua, tak ke tambah dosa boyfriend dia? Bila bergambar elok punya tetek parking dekat lengan boyfriend dia, elok saja pipi melekat sesama sendiri, tak ke tambah dosa boyfriend dia yang sah-sah seorang Islam tu.

I tau, tak semua orang perfect lah apa lah. Tapi kalau dah tau kita dok buat benda tu jugak, tak payahlah nak pong pang pong pang dalam blog ke, dekat Facebook ke apa ke. 

Oh, mungkinlah sebab N ni bukan Islam, dosa tak masuk buku. Tapi dia ada seorang boyfriend yang Islam. Tindakan dia, mungkin akan menambahkan dosa boyfriend dia.

N, kamu memang bagus menunjukkan minat dekat Islam. Tau dosa pahala, halal haram apa semua. Hebat betui rasanya kalau kamu menulih pasal benda-benda tu semua dalam blog kamu. Tapi, pong pang kamu pasal dosa pahala, halal haram tu semua, silalah aplikasikan dalam hubungan kamu dengan boyfriend kamu. Kesian dia, kamu yang bukan lagi Islam, tolong tambah dosa dekat seorang Islam yang lain.



Lotsa love, 
Photobucket

Thursday, February 24, 2011

Lets Make A Deal With Milk: MilkADeal DFChannel Photography.

Perasan tak, kalau siapa yang letak Nuffnang dalam blog dia, recently Nuffnang selalu letakkan iklan MilkADeal. MilkADeal ni adalah satu website yang bagi discount gila-gila best. Selalunya, mesti off lebih dari 50%. Tapi malangnye, setakat ni, deal-deal yang hebat tu hanya ada dekat KL. Ipoh maybe coming soon. 

Recent deal yang i nampak macam agak menarik adalah dari DFChannel Photography. Harga asal untuk 45 minutes outdoor session photography adalah RM135. Tapi dengan MilkADeal, hanya RM42 saja. So, 69% off. Gila murah kan?

So siapa-siapa yang budget thight ke, boleh la beli deal ni dekat MilkADeal. Kalau nak tengok hasil kerja DFChannel boleh masuk sini. Kalau nak tengok other great deals, boleh masuk MilkADeal.



Lotsa love,
Photobucket

Girls Will Be Girls #001: Eyeliner.

I can't live without eyeliner. Eventhough i seorang yang rabun and pakai glasses, tetap jugak nak bagi mata nampak besar disebalik glasses itu. I rasa, sebab effect pakai glasses lah mata jadi sepet. I tak taulah. But most people yang pakai glasses yang i kenal, mesti mata dia slightly sepet sikit daripada mata asal. Nak-nak pulak yang rabun daripada muda, bila dah remaja baru nak belajor pakai lense.

Make up stuff yang pertama i beli adalah eyeliner. I tak tau siapa ajar i pakai tapi tulah my first make up stuff. Sejak dah kenal dengan make up stuff neh, around 2006 kot, adalah beberapa brand eyeliner yang i cuba pakai. Ada yang stay sampai sekarang. Ada yang hai-hai, bye-bye.

Selain daripada lepak dekat mamak and pegi kedai dekat area rumah, kalau keluar, i mesti pakai eyeliner. Tapi kalau malas sudah mari, pakai bedak sajos.

Kebanyakan eyeliner yang i try, harganye murah je. I tak pernah merasa pakai eyeliner from MAC (walaupun yang tak original berlambak jual dekat Gerbang Malam tu), Bobbi Brown ke, Dior ke. Yang paling mahal Loreal lah kot. Tak mahal mana pun, seingat i bawah RM20 jugak.

I am a girl who like to lives with many options. Macam tu jugak bila pakai make up stuff. Kalau eyeliner, i suka ada option. Option tu sama ada pencil eyeliner, liquid eyeliner and gel eyeliner. Setakat ni, tiga-tiga jenis eyeliner tu i ada. Oh, ada lagi satu jenis, eyeliner arab.

Blue Heaven Kohl Eyeliner. (eyeliner arab)

Sangat murah. RM2.50 sajos. You can find it in almost indian store. Kalau dekat Ipoh, dekat area Little India dekat pekan lama. Agak tahan lama. My experience, bilah dah masuk jam ke 3, 4 tu nanti akan mencair sikit. Tambah-tambah kalau pakai below the wet line of the eye.


Elianto Glitter Liquid Eyeliner.

The best liquid eyeliner i ever had. Sebelum pakai yang ni, i ada try yang murah beli dekat Black Queen. Mungkin sebab applicator nye tak sesuai untuk i, so i jadi tak reti pakai. Applicator Elianto punya eyeliner macam small thin brush. Senang sangat nak pakai. Liquid nye agak pekat so lagi mudah nak apply. Liquid eyeliner, memang tahan lama. Tapi, once mata dah berair, memang akan tertanggal. For me, liquid eyeliner tak sesuai nak apply dekat wet line ataupun below the wet line.


Avon Ultra Luxury Pencil Eyeliner.

Pencil eyeliner from this brand mungkin bukan the best pencil eyeliner. Tapi, eyeliner ni sangat pekat. Kekurangannya, mungkin sebab terlalu pekat, bagi siapa yang suka pakai eyeliner tebal-tebal dekat eyelid, lepas 2 to 3 hours akan ada kesan dekat atas eyelid. Kena selalu tengok cermin and get rid of the stain. Kalau keluar rumah dalam jangka masa yang singkat, i suka pakai eyeliner ni.


Maybelline Gel Eyeliner.

Yang ni jugak antara the best eyeliner i ever had. Lagi senang daripada liquid eyeliner sebab eyeliner ni dalam gel form. Memang tahan lama gila. My experience, kalau pakai pagi-pagi, balik rumah, say, pukul 12am, no smudge, no stain on the eyelid. Sangat best.


Sama je, takde beza pun bila dah apply dekat eyelid tu. Cuma bezanya, berapa lama boleh melekat dekat mata je la and quality nye.



Lotsa love,
Photobucket

Zaman kegemilangan short form.

Okeh, sebelum i nak pi masak, i nak blogging lagi jap. Biorlah makan lambat sikit. Kot-kot esok nak puasa. Bolehlah sahur sekali. Mood nak menulih pasal short form came accross masa tengok video Anwar Hadi. Ok, semua orang dah start kenal dia dekat YouTube. I lambat sikit. Seperti MatLuthfi90, videos IniAnwarHadi jugak contains nasihat-nasihat yang berguna. Mungkin jugak trend zaman sekarang, orang suka buat video log lepas tuh upload dekat YouTube. Mana tau satu hari nanti boleh popular.

Back to the topic. Pasal short form tu. Siapa tak pernah pakai short form. Semua pernah kot. Masa mula blogging pun i dok pakai short form. Terbawak-bawak daripada sms la kot. Sejajar dengan peningkatan umur, rasa tak ingin dah pun nak pakai short form. Dulukan orang dok kata, siapa pakai ayat penuh macam orang tua main sms. Tak pakai short form tak in lah.

Masa dulu, sebelum merasa pakai qwerty pad phone, memang logic lah kalau i type in short form. Mungkin perasaan malas sebab kena tekan keypad banyak kali. Sejak pakai qwerty pad phone, automatically rasa nak type penuh-penuh.

Even masa zaman i dok guna short form, i tak short form kan perkataan tu jadi pelik-pelik. Normallah, contoh perkataan yang, tulih 'yg' or huruf 'y' je. Mane jadi 'mne' or certain people suka letak dua huruf, contoh mane jadi 'mn'. Kalo di-combine-kan dengan ayat sebelumnye, orang boleh faham.

Dulu, orang short form kan sesuatu perkataan sebab senang. Sekarang, short form macam ape je. Nak short form kan perkataan ikut trend, tapi sebenarnya jadi panjang pulak. Yang macam dalam video kat bawah ni, dia cakap tengah trend orang dok tambah 'ew' dekat belakang. Contoh;

1. Mana - manew.
2. Sapa - sapew.
3. Gila - gilew.
4. Rasa - rasew.
5. Kau - kaw.
6. Lah - lew.
7. Apa - apew.
8. *sila fikir sendiri perkataan yang seterusnya. ;)

Ada pulak tu, untuk menampakkan diri tu kiut dan manjEW, tukar ejaan perkataanlah pulak. Contoh, comel jadi tomei, syomel. Sayang jadi tayang, cayang. Takmau jadi namo. Peluk jadi peyok. Kuat jadi tuat.

Mungkin kalau budak hingusan di sekolah rendah pakai ayat-ayat short form macam kat atas ni bolehlah diterima akal nak kata kiut. Kalau dah muda belia yang berumur 18 tahu ke atas? Boleh nak kata mengada-ngada tak?

I tak kisah kot kalau people around me masih berbahasa macam dekat atas ni. Mungkin betul jagak cakap Anwar Hadi dalam video tu, sebab orang merosakkan bahasa Melayu. Sebab tulah dia kisah, and i pun maybe akan kisah.

Rasanya cukuplah kot bila orang annoying dengan kita bila mencampur adukkan bahasa Melayu dengan English dalam kehidupan seharian (orang-orang typical Malay thinking yang takmau tengok bangsa sendiri maju). Tak payah tambah dengan ayat-ayat menambah 'ew' dekat belakang tu. To be honest, i pun rasa agak annoying. Hehe.

I lagi suka baca blog orang yang pakai loghat negeri masing-masing. Cool kan?






Lotsa love,
Photobucket

Boleh nak kata day-off tak?

Tadi petang, hujan agak heavy daripada rumah lagi. Macam mana mau meniaga? Tengok jam dah 510pm. Ingatkan Shyda bantai tidur, maklumlah, beruang suka tidur dikala sejuk-sejuk cenggitu. Hiks. I pon text lah dia. Tak sampai 5 minit, sudah muncul depan rumah i. Hujan masih heavy. Tapi pegi jugak dekat tapak meniaga. Hujan laaaagi heavy dekat situ. 

So, we decided, to mamak-ing instead. Sampai dekat simpang mcD, Shyda ajak pegi pawn shop. Ada serpihan emas-emas yang tak dipakai. Kalau nak lebur jadikan sebentuk cincin pun tak berapa nak dapat sebentuk cincinnye. So, tolak je lah. 

Lepas tu, lepak mcD. Kitapun tak makan apa-apa lagi. Tak jadi lepak mamak. Duit Shyda tengah mari, tu yang nak lepak mcD tuh. Plus, i pun dah cash out gaji i semalam sebab nak beli wedding present so ada baki beberapa puluh. Masa tengah makan, Elle texted, cakap anak saudara dia, si Dan kena tumbuk dekat tadika. Ganas budak zaman sekarang, dekat tadika dah pandai gaduh. Tengah makan Shyda teringat nak beli legging, so we headed to IP.

Having a pearl drink there, lama dah tak dapat, mengidam. Last minum pearl drink masa ikut Shyda and her Along meeting dekat Penang kot. Beli legging Shyda. And we both beli stuff untuk handphone. Oh, i ada beli skin untuk letak dekat lappy i. Dah buruk dah. Dah siap lekat dah pun. 

Hari ni boleh dikatakan sebagai day-off la kot. Pulak tu, suka hati makan mcD lah, beli-beli dekat IP lah. Senang hati kan? Tapi takpelah. Kita cari rezeki pun tujuannye untuk ape? Kan?

Ok, sekarang i dah lapo balik. Tadi dekat mcD i makan poridge je. Huhu. Tapi makanan dekat dapur sudah habis. Along pegi pasar malam tak belikan i makanan. Huh, keji tau. So i nak goreng teloq. Makan dengan kicap, wuihh layan woo. Toodles!

Hasil tampalan. Lawo je kan dalam gambo. Tengok depan-depan, disaster woh!



Lotsa love,
Photobucket

Tuesday, February 22, 2011

About the trip.

Rasanya i tak dapat kot nak ikut Euro trip with the girls tu. Mana taknya. Plan nak pegi, winter 2012. Nak pegi bulan December. Kalau i ikut betul perjanjian engagement nak ikat setahun setengah, i akan kawen around June 2013. Kalau rezeki datang awal, Marwan cakap mestilah nak buat in December 2012, maknanya ikat setahun jelah. 

Mana i nak fikir pasal trip, mana i nak fikir pasal wedding. Sekarang ni i tak nampak bayangan lagi macam mana hasil business menjelang 2012 so i tak bolehlah simply nak buat dua benda at the same time. Euro trip pun nak kena pakai at least 3 to 4k. Jumlah tu termasuk semualah. Flight ticket, hotel and such. Baju pun, sebab first time pegi sana, takde baju lagi.

Memanglah, boleh je kumpul duit sampai 2012. Tapi sekarang ni i kena kumpul duit untuk dua benda. The trip and the wedding. Macam yang i cakap mula-mula tadi, i tak nampak bayangan hasil business in 2012 lagi, masih sangat jauh untuk membayangkannye. Kalau duit yang terhasil hanya cukup untuk wedding, nampaknye i tak boleh ikut first Euro trip with the girls tu.

How ever, Shyda and Elle will be back for the second trip. Second trip tu diorang tak balik dah, terus stay dekat England. Diorang nak try built career dekat sana. Kalau tak dapat ikut first trip, dapatlah i ikut second trip. Manalah tau, Marwan pun boleh ikut sekali and we can have our honeymoon there. 

Oh, you dont know how eager i am to have an abroad trip with my girls.  



Lotsa love,
Photobucket

Monday, February 21, 2011

Misi memujuk yang berjaya.

Kalau KFC, sentiasa je pon teringin nak makan. Terbayang-bayang di mata. Haha. Pada hal baru last week Marwan belanja makan KFC. Petang tadi i try-try suruh Along belanja. Post dekat Facebook dia sebelum keluar meniaga. Mula-mula, dia suruh i yang belanja. Tapi sorry lah, business pun baru sebulan. Point i suruh dia belanja sebab dia yang baru dapat bonus, siap naik gaji lagi. Dah beli desktop baru canggih manggih dok tekan dekat screen, takkanlah nak belanja KFC tak sampai RM100 pun nak berkira kan? Huhu.

Pujuk punya pujuk, akhirnya berjaya! I pun janjilah yang hujung bulan ni i bayar lagi separuh tuh. Tak taulah kot-kot i buat janji manis je kan. Haha. Mula-mula ingat nak keluar makan satu family. Abah pulak ada dinner parti politic xxx buat dekat Casuarina. Eh, Abah bukan orang politic, tapi maklumlah, election kan next year. Tahun ni semua parti dah start bekerja keras. Rakyat jelata mesti dibodek. So, Along and i je lah pegi beli. Along dengan confident nye cakap dekat KFC boleh pakai debit card. Sekali i tanya, tak boleh daaa. Bukat takat debit card, credit card pon deme takde tempat nak swap. Mungkin KFC kecik, so takdelah. Terpaksalah Along pegi keluarkan duit kat bank kejap.

Ada KFC neh, i ingat esok bolehlah i puasa. Ada makanan untuk dibuat makan masa sahur nanti. Ok, dah. Toodles!!
Saja letak. Lama tak bergambar seperti zaman MySpace. Haha. Pardon the hijabless me. Malas nak sarung tudung. But i dont take off the helmet tadi. Huhu.



Lotsa love,
Photobucket

Why?

Can't you be any slutter, girl? Kenapa oh kenapa? Tuhan dah bagi kurniaan paling besar dekat kau bila kau jadi seorang yang bijak pandai. Why don't you use your brain and start thinking? The way you behave, in any ways, proves you live your life like a bitch, you are not, but you acted like one. Sedih gila tengok kau macam ni. Lepas satu-satu bukti jatuh depan mata aku. When will you learn dear? What it takes to make you realize it? Tak nampak ke lagi bila tuhan bagi bencana besar dekat kau satu masa dulu. Can't you see how it affects your life? I am not some wise person yang layak nak sekolahkan kau but you are someone who very dear to me. I concern about you, i care about you. Sedarlah, tuhan bagi kurniaan yang super besar dekat kau bila kau jadi bijak pandai tu, so jadilah seperti orang yang bijak pandai. Gunalah otak yang penuh dengan ilmu yang tuhan bagi tu. Jadilah seorang yang jujur dalam hubungan, tak kiralah dengan kekasih, kawan atau kaum keluarga kau.

p/s: Tahu tak macam mana perangai seorang BITCH? Tell me about it.



Lotsa love,
Photobucket

Mazni dan Bolasepak.

Ok, tau dah i tak layak cakap pasal any football scene. I don't even know what corner kick, offside and such are but i have a little bit passion about my state squad. Its not like i don't know what corner kick, offside and such are but i don't really know how it works on the field.

Being in a relationship with Marwan, i kongsi minat dengan dia, dia kongsi minat dengan i. I think, a relationship should be like that.

Salah satu benda yang Marwan suka adalah bolasepak. Yes, lelaki manalah tak suka bola. But Marwan only shows his full support towards our football state team which is, Perak FA. Masa musim World Cup, i tak payah bersusah payah nak kejut Marwan kalau ada game tengah-tengah pagi, i tak perlu bersusah hati macam perempuan lain bila masa boyfriend dia tengok bola dekat mamak and balik lewat pagi. Agak bertuah disitu. Huhu.

Boleh kot nak kata Marwan didik i tengok bola. Kalau ada home match Perak, almost every game rasanya, dia akan bawak i pegi stadium. Dari first year bercinta lagi. Everytime kalau tengah game, i akan tanya apa offside, kenapa dapat corner kick, tapi sampai sekaranglah haram melekat dalam kepala otak. Tapi yang improve nye, i dah tau lah sikit-sikit siapa players, dari mana datangnya, season lepas main untuk state apa. Huhu. Boleh dahlah i mencelah sikit-sikit bila Marwan sembang bola dengan kawan-kawan dia. ;p

I ada sehelai saja baju Perak. Ni pun baju kelab. Berapa kali entah i dok try nak paw Marwan suruh beli jersy tapi belum dapat lagi. Huhu.

Lagipun, i ada semangat kenegerian yang sangat tinggi. Tak kiralah pasal apapun. From entertainment to sport, artists to politicians. Asal saja dari Perak, i akan sokong. ;)

Marwan bawak i tengok bola dari zaman Perak dah nak dekat-dekat ada dalam tempat tercorot. Sampailah sekarang, 2011, boleh dikatakan tahun kebangkitan balik team Perak. Liga Super pun Perak dekat second place tau. Masa second game dekat home last week, stadium almost full. I pernah experienced pegi tengok bola, supporters less then 100. Everytime pegi stadium, boleh nampak muka-muka yang selalu datang, boleh dengar suara-suara yang sama dok menjerit bersorak. Maknanya tu penyokong tegar team Perak lah, termasuk Marwan.

Dekat seat yang berbumbung, penuh. Ni masa second home match last Saturday.

Season lepas dengan season ni, dah makin ramai supporters Perak yang datang stadium. Biasalah, kadang-kadang supporters dalam kepala otak dok fikir, bila main asyik kalah saja, buat apa nak datang stadium. Tapi secara logicnya, players kalau tengok supporters ramai dalam stadium, deme lagi best nak main. And secara logicnya lagi, bukan selalu nasib baik boleh nak menang saja.

Yang lagi bestnya season ni, kelab penyokong buat trip kalau ada game dekat 'away'. Tak mahal pun, RM30 termasuk dengan ticket. Marwan wish he could follow the trip kalau ada game dekat tempat lain tapi malangnya, kalau game hari biasa, dia kerja, kalau game on weekend, dia ada kelas. Haha. Kita tunggu Perak lawan dekat tempat sendiri je.

Perak's supporters masa Perak vs Kedah at Stadium Darul Aman last Tuesday.  I cilok-ed this picture in my poly classmate's Facebook, he is in the picture. Redzuan namanya. Dia pun penyokong tegar team Perak. Setia dengan Perak through thick and thin. 

Walaupun i ni bukanlah die hard fan of football, tapi i nampak macam mana tv dengan news papers discriminate team Perak. Tv dengan news papers nak cover team-team hebat saja. Team hebat macam Kelantan, Negeri Sembilan, Kedah. 2, 3 years back, berapa kali sangatlah team Perak main dekat stadium sendiri yang dapat tengok live dekat tv. Kalau ada pun siaran tertunggak yang on air pukul 12 malam tuh. Siapa nak tengok time tuh. Orang nak tengok on prime time. Dalam news papers pulak, adalah kot 5, 6 baris yang cerita pasal game Perak. Tak taulah kenapa macam tu.

And speaking of that, hari ni ada game, President Cup, Perak versus Johor. Tapi gamenye petang lah pulak, in my working hours, pukul 4. Marwan kena pegi tengok soranglah jawabnye.

Perak FC 2011.

Some funny video about football by MatLuthfi. Walaupun loghat Perak dia out, but nice try though. Hehe.



Lotsa love,
Photobucket

Terganggu sebentar.

I tengah dok tulih pasal Elle. Previous entry tuh. Nak masuk perenggan ke dua kot, Marwan called ajak teman pegi makan. Kebetulan i pun tak makan lagi, masa tengok Damping Malam hanya makan Chipster sajos, so i nak ikutlah. Takdelah terganggu apa pun. Tak baik woh Mazni cakap macam tu. ;p Cuma terganggu dikala menulih entry untuk si Elle tu je. 

Tadi, makan sekali dengan one of Marwan's best buddy, Otek. Otek yang belanja kami makan tadi. Thanks Otek. Walaupun kamu tak bukak blog aku, tadi aku dah cakap terima kasih secara live dah kan. Huhu.

We all makan dekat Limau Bali. I guess thats what Ipoh's people called that place. Exact location adalah depan Hillcity Hotel. Makan sedap, portion banyak, harga murah. I makan nasik goreng paprik. 

This week (last week), kerap jumpa Marwan. Hari-hari kot, start hari Rabu. Oh, Jumaat je tak jumpa. I bet this week mesti tak kerap jumpa dah. Haha.

Dah, toodles!



Lotsa love,
Photobucket

Siapa sangka?

I have a friend. Nama dia Elina Erriwani Bt Rahim. Dia tech school-mate i. 1 aras dengan i, sebelah dorm i. Aras-mate can we call it? Haha. Dekat sekolah kita panggil dia Mojo. Sampai sekaranglah pun lekat nama Mojo tu. Sometimes, we call her Elle.

Dulu masa zaman sekolah, dia ni bukanlah tomboy, boyish can i say that? Rambut pendek, gagah perkasa and errr, macam apa perangai yang ada dekat lelaki, ada sikit dekat perempuan yang boyish. I have a quite strong believe, yang semua perempuan pernah melalui zaman boyish. I pun pernah. My boyish era, tanyalah Fatin how i acted back then.

Masa kita jumpa balik after semua dah habis study and balik ke negeri asal which is Ipoh, Mojo masih sama. Macam yang kita kenal Mojo dekat tech school dulu. Lets take a look, macam mana rupa Mojo masa kita mula-mula bergabung.

Shyda, me and Mojo. Gunung Lang 2010.
Mojo with niece and nephew; Dan and Dinie.
Mojo on her 22nd birthday bash. Ritz Hotel, 2010.

2, 3 weeks ago kot, Mojo ada menyatakan hasrat murninya untuk mengubah penampilan luarannya more to feminin. Nak cuba pakai heels, nak pakai dress, nak pakai ladies attire lah. Before this bukanlah Mojo tak pernah pakai ladies attire, cuma jarang-jarang gila. Oh, baju kurung and such not counted ye.

At first i was thinking, oh ini perempuan was just joking. But when she started asking us to go shopping with her, then i thought, oh ini perempuan cakap serious.

And semalam, Shyda sleep over rumah Mojo and some make over jugak telah dilakukan dekat Mojo. Siapa sangka, Mojo akan jadi secantik itu bila dah di make over kan. Im not saying that without make up, dia tak cantik. Without make up, beautiful in other term. Bila dah di calit make up, beautiful in the way other. Ish, you know what i meant lah. Lets take a look, macam mana rupa Mojo selepas di make over oleh Shyda.

Mojo. Credit to Shyda.

Cantikkan? I suka! Shyda did a good job. Lepas neh i nak kerap panggil dia Elle. Elle sounded feminine sikit. Supaya dia akan jadi lebih feminine jugak.

To you, Elle or Mojo. Bukannya rupa yang menentukan taraf dalam berkawan. Elle ke, Mojo ke, you is you. Asalkan tahu hukum hakam dalam berkawan, insyaAllah, it'll be last longer.


*Some pictures was cilok-ed from Mojo's Facebook, some are my private collection. ;)



Lotsa love,
Photobucket

Sunday, February 20, 2011

Buat apa hari ini, Mazni?

Hari ni buat apa ye? Oh lantaklah i nak bagitau dalam blog hari-hari i buat apa sekalipun. Ni blog i, suka hati i lah. Hari ni ikut Mak and Abah carik barang wedding. Bukan carik dan beli tapi carik dan saja-saja tengok. Usung sekali sang komunis tercinta memandangkan beliau lepas lunch hour sudah takde kelas. Pegi GM la konon sebab Mak beranggapan kedai pengantin dekat GM tu murah. Murah memang murahlah, sebab style pun lama gila. I bet Along mesti takmo. 

Jalan-jalan dalam GM tu. Abah pun cari casing handphone dia. Komunis i pon terbekenan dekat 1 handphone neh. Beliau mengambil masa satu pusingan lengkap seluruh GM untuk berfikir, nak beli ke tak nak handphone tu. Setelah tamat pusingan lengkap seluruh GM, komunis ku terus menuju ke ATM untuk mengeluarkan beberpa note RM50 dan RM100. Dapatlah beliau sebijik handphone baru. Merasa jugaklah beliau memakai smartphone akhirnya. Tapi bukan dari buah berry atau buah apple. Apa barang pakai buah-buah neh? Haha.

Lepas makan, balik rumah. Komunis lepak sat dekat rumah. Menggodeh smartphone baru beliau dan mengetest apa yang patut di-test. I nak keluar meniaga, komunis pun gerak balik rumah. Belah malam komunis ada kelas ganti. Sempat komunis mencarut barang sepatah dua perkataan. Huhu.

I balik meniaga awal pulak hari ni. Masa meniaga kepala bukan main lagi pening. Siap makan panadol 650 dengan coke. Siapa tak tahan boleh ting-tong woo. Tapi tak mujarab pulak. Lega sikitlah, keluar angin ikut mulut, bukan ikut bontot.

Terfikir nak ajak komunis makan char kotiaw tepi sekolah Ampang lepas komunis habis kelas. Komunis pun tak sempat nak makan dekat rumah dia so doa pun setujulah nak bawak i keluar makan. Ambik i lepas dia habis kelas pukul 10pm++. Sekali kedai pakcik char kotiaw tutup daaa. Dah lah dah siap2 Foursquare dari rumah. Hahah. Pegi makan dekat Medan Gopeng kedai xxx yang tak sedap tapi mahal tuh. Cannot mention. Nanti ada orang terasa. ;p

I tengah upload video DGFS hari tuh, through Vimeo. Sementara tuh dok upload cerita Damping Malam. Bari ingat nak beli dekat Astro First, sekali Annas, tech school-mate komen dekat Facebook, bagi link yang boleh download. Tapi, maklumlah, lama gilaaa nak tunggu.

Pasaipa terbau nugget yang digoreng neh? Oh lapar balik. Dah, Toodles!



Lotsa love,
Photobucket

Saturday, February 19, 2011

New Zealand, England.

Jom pegi New Zealand nak? Kita bertukar angin. Stay there, earn some money there. Tak lama. 2, 3 tahun then balik Malaysia semula and built an empire. Tak kiralah nak built empire apa. Duit yang dah di-earned dekat oversea selama 2, 3 tahun kalau bawak balik Malaysia, agak cukup untuk built an empire. For a start at least.

One of my uncle, Pakcik Nor pernah tinggal dekat New Zealand. Dekat 2 tahun jugaklah. Has some business there. Itulah jugak yang menarik minat Abah untuk cuba-apa-yang-patut dekat sana. Dengornye Pakcik Nor nak pegi New Zealand lagi, tu yang Abah nak ikut. Nak bawak Mak sekali. Kalau best, balik time raya sajos. Know what i meant lah kan.

Tak taulah jadi ke tak. Kalau jadi, Abah pegi dulu in the end of 2012. Cari rumah, kereta and apa yang patut, sebulan dua lepas tu, Mak pulak menyusul. Boleh nak kata keji tak, pegi berhijrah ke negara orang lain time i tengah busy buat wedding preparation? Tak pun in December i tengah busy nak kawen dah kot. Siapa tau, janji mulut je nak ikat setahun setengah. Kalo duit sudah mari, nak buat awal.

Oh, sekali lagi, mungkin akan di-anak-tiri-kan oleh mereka. Engagement pon kena kongsi time wedding Along. Masa i kawen pulak nanti, maybe diorang akan busy uruskan passport apa jadah semua. Oh nooooo~ :(

Kalau Abah jadi pegi New Zealand, lepas kawen, Marwan and i pun mau duduk sanalah. Anak made in New Zealand. Awwww~

My babe pulak, Shyda, lagilah lama gila bercita-cita nak berhijrah pegi England. Hari tu nyaris-nyaris nak pegi Ireland kerja dekat sana. Mujur Abah dia tak bagi je. Sekarang hubby-to-be dia tengah fight nak dapatkan PR England. Kalo lepas semua, Shyda jugak bakal menyusul. Dah Shyda duduk sana nanti, another babe, Elle pun nak ikut sama mencari rezeki dekat England. Haha.

Kalau pun semua ni tak berlaku, my babes and i memang dah plan Euro Trip. Fatin, Shyda, Elle and i. Bila-bilalah, within 2 years ni, Euro Trip is on bebeh! Tapi backpakers-style trip la kot. Takde la nak tidor dekat Hilton Hotel ke ape ke. Janji dapat jejak Europe. Engko ado? Nan hado~ 

Dah, toodles!



Lotsa love, 
Photobucket

Friday, February 18, 2011

Quick Updates.

+ Internet connection semalam tiba-tiba lost.
+ Wifi detected, can connect but local connectivity only.
+ Tadi called Along suruh report.
+ In a blink of an eye sudah boleh pakai.
+ Pantas TM.
+ Okeh, i nak bersiap.
+ Nak pegi cari rezeki lah. ;)
+ Toodles!!



Lotsa love,
Photobucket

Thursday, February 17, 2011

Ber-dating dengan KomunisKu.

Marwan datang rumah ambik vet card sebab nak bawak kucing dia, Mot pegi vet. Curlast kucing tak berapa selera nak makan, tuan dia terus bawak pegi vet. Haha. Masa dia datang ambik tu, hujan agak heavy. So i bagilah dalam kereta. Lepas bagi vet card tu, agak keberatan mau keluar, reason being, i kangennn bangat sama itu komunis.

Masa i tengah bersiap-siap nak keluar meniaga, Marwan called tanya the exact location i meniaga tu sebab dia nak datang sana. Masa dia text cakap dah sampai tu, dia katalah yang dia datang sebab i cakap i rindu dia. Oh so sweet of you! Walaupun sebenarnya tak berapa sweet pun sebab i cakap i rindu baru nak datang dekat tempat meniaga? What the?

So sepanjang 2 hours meniaga tadi dia stay dengan i. Siap boleh joking-joking yang dia seronok duduk dekat tempat meniaga i, ramai perempuan. Once again, what the?! Haha. But i know you lah b. Even there is no Malay girls exist in the world anymore, you won't fall for the Indos right? Ooopsss~

Lepas habis working hours i, i request mau makan KFC. Dengan senang hati, komunis pun bawak i pegi KFC. Diesbabkan si komunis degil takmo hantar si Mot balik rumah dulu (dah komunis, memanglah suka degil kan?), kita pun take away meals je lah. Tapi, tiba-tiba komunis ajak makan dekat taman belakang rumah i. Motif sangat tau si komunis neh.

Thank you very much ye komunis sayang. Hujung bulan ni ada treat besar untuk you. ;)

Sebelum i berambus;

I won't catch a grenade for ya.
I don't want to throw my hand on a blade for ya.
I won't jump in front of a train for ya.
You know i don't do anything for ya.

I wouldn't go through all this pain.
I won't take a bullet straight through my brain.
No, i wouldn't die for you, baby.
I know you will do the same.
Yes, yes, yes, yes.

(Sentences yang berlawanan dengan lagu Grenade by Bruno Mars.)

Marwan cakap, walau macam manapun kita cinta dekat orang tu, jangan sampai sangup buat apa demi cinta, sampai diri sendiri pun sudah tunggang terbalik. ;)



Lotsa love,
Photobucket

Wednesday, February 16, 2011

The bitch is back! But the bitch is back-off again? WTH?!

Apa neh? Tak ultimate bitch langsung. Sia-sia usia andartu hang dok buat perangai ghapla macam ni. Sat nak tunjuk hebat sangat dok berlawan dengan baby-baby yang masih pakai pampers neh. Baru si Shyda bukak kata sikit, terus hang back-off balik. Apa punya turr. Muka saja otai. Kuku hitam, bukan takat kuku je hitam, sekali dengan mulut hang hitam akibat pengambilan rokok secara berlebihan. Sabit tu la kot lipliner hang pun dok tebal-tebal belaka. Mungkin hati hang pon dah turut hitam. Ni bukan la aku pandai-pandai nak mengata. Dah doktor pun kata, hisap rokok banyak-banyak hati boleh hitam wooo.

Dah lah, hang ni betul-betul buat aku gelak. Terer sungguh hang walopon sudah berusia 31 tahun masih mampu membuat lawak bodoh. Syabbas betti!



Lotsa love,
Photobucket

Tuesday, February 15, 2011

Quick Updates.

+ Oh, mengantuk awal gila hari ni.
+ Im about to jump on to my bed.
+ Kalau kejap lagi terjaga balik, sambung lagi online.
+ Sales was very awesome today!!
+ Berkat Rasulallah's birthday agaknya.
+ After working, Shyda and i went to stadium, swimming.
+ After that, dinner at restoren tomyam somewhere in Simpang Pulai.
+ Dah habis makan, stuck in there sebab hujan lebat.
+ Tak kesampaian nak makan hand-made capati Naseer. ;p
+ Dah, mata i pun dah berat gila.
+ Tidur kejap, toodles!!



Lotsa love,
Photobucket

Monday, February 14, 2011

Di hari Valentine's ini...

Oh, tak. I tak sambut pun segala jadah Valentine's ke hapa ke. Bukan ke orang dok pong-pang pong-pang dekat Facebook and Twitter suruh jangan sambut benda alah tuh. Berdosa kata mereka. Tapi nasib i agak tak baiklah bila orang yang dok pong-pang pong-pang secara extream yang kata sambut Valentine's tuh haram dekat wall Facebook and Twitter i tu pun macam tak berapa nak betoi. Tak pakai tudung tu, takpe lah. Hak individu lah katakan. Sekali bukak albums dekat Facebook dia, tuuu diaaaa, peluk sakan dengan bopren dia, gambaq pi clubbing tak kira lagi. Oh, takpe lah, dia sebarkan benda yang baik kan? Valentine's tu haram. So, takpe lah kannnn~

On Valentine's eve, i demam. Ni sebab sakit gigilah. Gigi i neh bila nak menumbuh secara penuh pun i tak tau lah. Everytime dia nak tumbuh sikit-sikit tu, sakit yang amat. Kali ni, nasib tak baik, demam lah pulak. Balik dari menjual, tunggu lepas Maghrib, i goal terus. Pukul 11pm lebih, i terjaga. Perut lapar, tapi nak makan takde mood. Nak suruh Along beli poridge dekat mcD, dia pulak baru balik rumah. Sebab lapar jugak, i makan je lah nasik keras. Seksa woh nak makan. Boleh kunyah sebelah kanan je. Tu pun i makan dok bersulam dengan air. 

Tahu tak, sakit gigi boleh menyebabkan kita cepat marah. Rasa nak sepak, pukul dan terajang orang. Hehe. Disebabkan i demam, i jadi sejuk. Rasa sejuk macam dekat Russia. Tak taulah pasaipa, kalo sejuk je i rasa macam dekat Russia. Weird, i know. Huhu. Ubat satu apa pun i tak makan lagi neh. Ubat dah habis sebenarnya. Pain killer ke, panadol 650 ke, semua i dah habis stock. Kalau esok tak ok lagi, kena call my other half suruh hantar ubat. I kalau sakit, tak payah pegi clinic. Sejak bercinta dengan Marwan, dia yang provide ubat. Kakak dia nurse, ubat free. Siapa tak mau.

Ok, dah lah kot. Toodles!! 



Lotsa love,
Photobucket

Sunday, February 13, 2011

Football Date: Perak vs Negeri Sembilan.

Mula-mula ingat tak jadi pegi dah sebab siangnya Marwan cakap ada kelas ganti sebelah malam. Tapi disebabkan first game at home kita tak pegi (sebab company Marwan buat makan besar CNY) hari tu, so Marwan cakap dia nak ponteng kelas ganti tu. Tak sia-sia jugaklah Marwan ponteng, Perak belasah Negeri Sembilan with 2 goals. The best part was, in the end of the game, Perak supporters shout "Rita, Ayu, Rita, Ayu" all over again. Kinda pissed off the twins you know, bila both Zaquan and Zaffuan cekak pinggang sambil tengok ke arah supporters Perak. But it just happened for a second, kalau sempat snap tadi, fuhhh bagus gila.

Macam biasalah, kalau kita tengok bola dekat stadium, bestfriend Marwan, Loq and his brother mesti ada sekali. Tadi pun, dia yang belikan ticket dulu sebab Marwan and i datang agak lambat. And sebab tu jugaklah, kami tak dapat duduk dekat seat yang berbumbung. Nasib tak hujan walaupun masa mula-mula start game tu, adalah rintik-rintik sikit. By the way, first goal scored on penalty, second goal, goal biasa saja. So, here are some pics taken. ;)

Full dekat seat yang berbumbung.

1st goal celebration.

Mercun, bunga api is not allowed in stadium. Tapi tu lah, degil. Yang baling tu supporters Perak.

Its 2 bebeh!

2nd goal celebration.

Marwan. ;)

Me. Semangat woh, siap pakai baju Perak.




Lotsa love,
Photobucket

Friday, February 11, 2011

I'm letting go some stuff.

I have to make some space in my room. HAVE TO. I seorang yang sayang nak buang benda. Bayangkanlah, boxes pun i tak buang, inikan pulak barang-barang. Mak dah mula suruh kemas bilik untuk majlis December nanti. So, i start let go-ing some small things dulu. Semua barang ni free saja. Bagi tahulah pada siapa-siapa ye.

Drawing pencils and such.

Pencils ni semua still in a very good condition walaupun beli masa 2006. I beli pencils ni masa i ambik architecture yang mana student nya wajib ada semua jenis pencils daripada terang sampailah yang paling pekat and daripada nipis sampailah setebal-tebal yang boleh buat line. Tapi tak boleh go on then tukar ambik engineering. In engineering, cuma technical drawing saja so tak pakai pencil sebanyak student architecture. Sebab tu pencils ni semua masih in a good condition.

Drawing board pulak bersaiz A3. Normal size untuk technical student buat drawing. I let go dengan T-square sekali. Lenght T-square ni standart, 60cm. Sila maafkan gambar-gambar My Chemical Romance itu ye. Nanti cabutlah eh. Zaman rebel i, i minat dengan MCR. Hehe.







Various square-hijabs.

Sekarang, i memang dah tak pakai dah tudung bawal yang square tu. Sebab sekarang dah ada shawls and instant hijab. Once again, disebabkan after SPM i kerja dengan textile boutique, tudung-tudung i semua adalah tudung yang quality nya bagus, orang kata, bawal pramit number 1 kan? Tudung ni semua pun still in a very good condition. Kalau yang ada batu diamond tu, takde yang tercabut lagi. Mula-mula, ingat sayang jugak nak let go. Tapi dah tak pakai kan, buat apa tersimpan je. Nanti kain tu mereput pulak.





Books.

Buku pun banyak gila dalam bilik i. Tapi rasanya kalau educational books tu i tak let go lah kot. Sebab silibus pun memang dah lain gila. Time i belajar still in Malay language. Buku-buku yang i nak let go, macam majalah, encylopedia, dictionary, novels and comics. Nanti i update lagi. Tapi, buku yang dekat bawah ni, i nak jual.

Biomass renewable Energy, Fuels and Chemicals by Donald L. Klass.

Add caption

Tengok price nya, RM555.77 so buku second hand i jual RM300 sajos.

Ok, ok. Buku dekat atas ni bukan untuk dijual. Tujuannya adalah untuk mencuakkan si pemilik buku, Fatin yang gemar ajaaaa tinggal barang merata. Haha. Tell you what, buku dekat atas neh tertinggal dalam kereta Shyda, compact ZA dia pun tinggal dalam bilik Shyda, hair mousse dia macam mana entah boleh ada bawah katil i. Cuak tak Fatin aku nak jual buku kau? Haha.



Lotsa love,
Photobucket