Showing posts with label w a n s y g. Show all posts
Showing posts with label w a n s y g. Show all posts

Saturday, July 09, 2011

Hari ni jumpa Komunis!

Hari ni jumpa komunis. Komunis balik Ipoh sebab sem baru sudah start. Tadi dia break pukul 2.30pm sampai 4.30pm. Jadi la jumpa kurang 2 jam tu. Sebelum pegi lunch, ajak dia pegi Little India kejap sebab nak cari henna. Tapi stock Maharani ilek pochik. Semua kedai pulak tuh.

Lepas tuh lunch dekat Sahul. Kita sembang-sembang dekat situ je. Tengah panas terik pun, nak pegi mana. Dalam 4.15pm macam tu komunis dah hantar aku balik rumah. Sedih nak balik rumah sebab tak puas jumpa.

Tapi takpe la. At least lepas ni weekend akan jumpa jugak sebab komunis ada kelas. Tak macam before this, sebulan lebih tak jumpa. Huhu.



Lotsa love, 
Photobucket

Saturday, May 21, 2011

Milestone 4 Tahun.

Tadi.
Hari ni genap 1461 hari aku dengan si komunis Marwan. 4 tahun bukan sekejap. Lepas satu tahun bercinta, setiap kali loveniversary aku dengan Marwan akan cakap, "siapa sangka yang kita akan kekal lama macam ni..." Tapi tahun ni tak lagi. Sebab, 4 tahun tu memang nyata lama. Tak sepatutnya dikenangkan betapa lama dan hebatnya kita berjaya bercinta selama 4 tahun tu.

Yang patut difikir sekarang adalah macam mana cara kita nak pertahankan hubungan tu untuk 4 abad yang akan datang.

Itu milestone 4 tahun bercinta.

Marwan tu perangainya buruk. Tak handsome. Sayang duit melebih-lebih tapi bukan kedekut. Celebration birthday atau anniversary sangat tak penting baginya. Tapi, tak pernah mencarut dekat aku. Tak pernah nak berkasar dengan aku. 

Jadi lebih baik aku bercinta dengan dia daripada orang yang handsome tapi suka angkat tangan dekat gepren. Bagi hadiah macam-macam sedangkan bila bergaduh ungkit balik.

Aku untung dapat Marwan yang nak serius dalam bercinta jugak. Aku sorang yang serius bila bercinta. Tak anggap cinta macam tukar spender. Walau kami mula bercinta masa belajar, dia dah janji dengan aku. Janji yang bukan sekadar mulut manis je. Itu pon milestone, aku nampak. 

Milestone lain.

Makin lama bercinta, aku tak deny yang hubungan tu makin lama makin boring. Tapi pandai akulah nak buat hubungan ni jadi tak boring. Apa lagi ye? Ouh, sekarang makin kurang jalan pegang tangan. Kadang-kadang jarang side by side, kadang dia di depan, kadang dia di belakang. Tapi tak bermakna sayang dan cinta tu berkurang jugak.

Lagi ape ye?

Start hubungan dah jadi 3 tahun, dia dah mula bukak mulut pasal nak beli pasir cement, batu, kayu, bumbung, scaffolding dll untuk bina masjid. Proses tu indah tau tak? Siapa tak suka. Tapi kita cuma syok planning. Yang tentukan, tentulah the very mighty up there.

Keluar tadi, biasa-biasa saja. We did our regular stuff. Makan, sembang, makan, sembang, makan, makan, makan. Cuma tadi, sebelum keluar, aku dengan dia singgah KPJ melawat Jijan, classmate poly aku, tech schoolmate Marwan.

Sempat snapping dengan Jijan. Lama dah tak jumpa.
Tiada lagu ucapan kasih sayang. Apalagi yang mampu diucap selepas 4 tahun bercinta dengan si komunis? Semua dah luah, dah cakap, dah tunjuk. Kita dah cukup besar untuk menilai tindakan kita masing-masing. Tak payah nak bercinta macam budak sekolah ok? ;)

Anyhow, i love you Marwan.



Lotsa love,
Photobucket

Sunday, April 24, 2011

Eco Park with the kids and #DearFutureHusband.

Aku memang dah janji dengan budak-budak ni nak bawak pegi playground. Ouh, si kecik-si kecik Adda, Arif and Sarah tidor rumah aku lagi this week. Arif dengan Sarah, mama deme pegi course dekat KL and as for Adda, kalau dah ada geng, mananya nak balik rumah sendiri.

Before that, aku teman Marwan pegi open interview dekat Bangunan Persekutuan. Ada open interview by various company registered under JobsMalaysia. Pegi pun dah lambat. Nasib baik orang tu bagi masuk lagi. Marwan was the last person yang interview. Masa kita sampai tak ramai dah pun.

Aku janji dengan budak-budak balik before 6pm. By 4.50pm macam tu dah habis interview. Dah ada Marwan ni, aku ajaklah dia tolong bawakkan kitaorang pegi Eco Park instead main-main dekat playground saja. Budak-budak ni pun tak pernah pegi sana lagi. Eco Park best sebab ada tasik, boleh bagi ikan makan. One of favourite activity aku dengan Marwan. Haha.

Singgah kedai beli roti dengan drinks. Si Marwan entah hapa-hapa suruh beli sorang sebuku roti, means total semua 5 buku roti. Ikan tu, bagi 1 tan lori berisi roti pon tak cukup. Apa daaa. End up, beli 2 buku roti panjang and sebuku roti pendek. Nak bagi ikan je pon, silalah beli roti cap murah-murah sajos. Jangan pi balun bagi roti Gardenia bagai.

Lepas kenyang ikan tu kami bagi makan, jalan-jalan masuk dalam hutan-tak-berapa-nak-hutan kat situ. Ada macam deck yang boleh nampak tasik kat situ. Si Adda and Arif agak nakal. Nasib ada Marwan and si kakak Sarah. Kalo aku sorang je nak bawak deme, memang idak le gayenye.

Singgah main dekat playground kejap. Dekat dalam Eco Park tu jugak je. Before 7pm dah gerak keluar. Eco Park ni pukul 7.30pm dah tutup ye. Before heading home, bawak budak-budak ni pegi makan dekat char kotiaw tepi sekolah Ampang. Makan sorang satu pinggan licin uolzz, terkamjat mak tengok, lapor bebeno gamaknye lepas berlari dekat Eco Park tu.

Dah, jom nengok gambor.






















*I wore;
Baju Kelab Penyokong Perak FA. (sempena Perak vs Terengganu malam ni, haha)
Legging.
Nettylicious by SS.
Disney Crocs.
Wristlet watches by 'G****'.



Lotsa love,
Photobucket

Sunday, February 13, 2011

Football Date: Perak vs Negeri Sembilan.

Mula-mula ingat tak jadi pegi dah sebab siangnya Marwan cakap ada kelas ganti sebelah malam. Tapi disebabkan first game at home kita tak pegi (sebab company Marwan buat makan besar CNY) hari tu, so Marwan cakap dia nak ponteng kelas ganti tu. Tak sia-sia jugaklah Marwan ponteng, Perak belasah Negeri Sembilan with 2 goals. The best part was, in the end of the game, Perak supporters shout "Rita, Ayu, Rita, Ayu" all over again. Kinda pissed off the twins you know, bila both Zaquan and Zaffuan cekak pinggang sambil tengok ke arah supporters Perak. But it just happened for a second, kalau sempat snap tadi, fuhhh bagus gila.

Macam biasalah, kalau kita tengok bola dekat stadium, bestfriend Marwan, Loq and his brother mesti ada sekali. Tadi pun, dia yang belikan ticket dulu sebab Marwan and i datang agak lambat. And sebab tu jugaklah, kami tak dapat duduk dekat seat yang berbumbung. Nasib tak hujan walaupun masa mula-mula start game tu, adalah rintik-rintik sikit. By the way, first goal scored on penalty, second goal, goal biasa saja. So, here are some pics taken. ;)

Full dekat seat yang berbumbung.

1st goal celebration.

Mercun, bunga api is not allowed in stadium. Tapi tu lah, degil. Yang baling tu supporters Perak.

Its 2 bebeh!

2nd goal celebration.

Marwan. ;)

Me. Semangat woh, siap pakai baju Perak.




Lotsa love,
Photobucket

Wednesday, January 26, 2011

Surprise katanya...

Last Saturday Marwan dah janji nak bawak i pegi dinner. Reason being, masa hangout last Saturday tuh, macam biasalah, sebelum balik Marwan akan tanya i nak makan ke tak. I kalau makan tak pernah resist pun. I pun cakaplah, makan dekat mana-mana je. But Marwan still tanya nak makan dekat mana. I jawab benda yang sama pun dia tanya benda yang sama jugak all over again.

I jadi agak piss off. I cakaplah dah 4 tahun bercinta takkan tak tau i suka makan apa, dekat mana apa semua. Then dia cakap, nanti kalau bawak terus tak tanya i, i tak suka pulak. I jawablah balik, pernah ke kalau namanya makanan, i tak suka? Terus hilang selera i nak makan malam tu. Terus suruh hantar balik rumah. Drama mestilah adakannn. Hahah.

Konon merajuk. Segala texts and calls takmo layan. Tapi i neh manalah tau nak marah gila-gila dekat komunis i tuh. Nak-nak pulak komunis pandai pujuk pulak tuh. Komunis pun janji nak bawak dinner on Tuesday night. Bila i tanya, surprise katanya. Ceittt.

So malam ni, seperti yang dijanjikan dia bawaklah i pegi dinner. Dia bawak i pegi makan dekat chicken chop restaurant yang i suka dekat Medan Gopeng tuh. I tak tau apa nama restaurant tuh sebab i tak nampak pulak signboard nama kedainya. Lepas tu, singgah Secret Recipe beli sorang 1 slice cake, pegi makan dekat Riverfront. Sebelum balik, i request Nice burger. I sekarang sangap Nice burger. Nak makan esok pagi. Ataupun kejap lagi kalau lapar. Heheh.

Surprise? Bagi i biasa-biasa aja. Special it is! Because i love the effort that he made.

Thank you, Sayang. ;)
Over eh gambor? Abaikan!
At Kinta Riverfront selepas kekenyangan makan cake.



Lotsa love,
Photobucket

Saturday, January 01, 2011

New Year's Eve and New Year's Celebration with the love one and my babes.

Semalam kan dah cakap nak pegi Jj lagi sebab Marwan nak beli cap tu. But he ended up shopping baju dengan jeans. Memang sale gila-gila kot. Tapi, i agak kuciwa lahh. Tumbler Coleman pink colour tuh i tak dapat. I ni, kalau Marwan yang bayarkan, i malas nak cakap banyak, sebabnya, dia kata tak berbaloilah tumbler 600ml harga nak dekat RM30. Betul jugak cakap Marwan. Dia belikan i tumbler biasa yang harga belas-belas tapi 1000ml. Design cantik! I nak tumbler Coleman tu sebab colour pink je. Huhuh.

Pukul 11pm++ baru gerak pegi stadium. Jumpa dengan my babes; Shyda, Mojo, Lia with Zaki there. Parking jauh gilaaa. Kalau parking dekat dalam confirm nak keluar susah nanti. I rasa, Ipoh dah lama takde celebration dengan fireworks bagai ni. So tadi agak meriahlah. Walaupun fireworks nye kecik aje. Tapi lama, nak dekat 20 minutes. Nak balik, biasalah, celah mana pusing pun jalan jam. Sebelum balik singgah makan dekat Medan Gopeng. Pukul 230am++ baru sampai rumah.

Here are some pics. Semua ambik from Mojo's camera.














Love,
Photobucket

Thursday, December 23, 2010

Hantu Kak Limah Malu-malu!! Haru-haru betullah!

Tak taulah apa yang tak kena dengan online booking TGV neh. Tak boleh nak booking. Suruh Mojo tolong booking pakai account dia pun tak boleh. Takpelah, sebab nak tengok pukul 1115 pm. Pukul 9pm keluar pegi Jj. Sekali, pukul 1115pm punya dah penuh. Haish, kalau booking awal-awal, dah dapat dah jumpa hantu Kak Limah.

Nak tengok Aku Masih Dara, macam takde feeling lah pulak. Aku Masih Dara? What the?? Tunggu dvd apek je lah. Cerita omputih pulak, download sajos. Dvdrip quality pon boleh dapat dekat torrent. ;p Sebelum keluar daripada Jj, my better other half nak main game. Mainlah seround, dua. Lepas tuh, pegi makan char kotiaw favourite tepi sekolah Ampang. Dah, toodles!!

He just love games. Games apapun, dari arcade games sampailah ke handphone games. ;)





Favvy char kotiaw. Abaikan pasangan kekasih itu.



Yummy isn't it?

Licin!




Love,
Photobucket