Saturday, May 21, 2011

Milestone 4 Tahun.

Tadi.
Hari ni genap 1461 hari aku dengan si komunis Marwan. 4 tahun bukan sekejap. Lepas satu tahun bercinta, setiap kali loveniversary aku dengan Marwan akan cakap, "siapa sangka yang kita akan kekal lama macam ni..." Tapi tahun ni tak lagi. Sebab, 4 tahun tu memang nyata lama. Tak sepatutnya dikenangkan betapa lama dan hebatnya kita berjaya bercinta selama 4 tahun tu.

Yang patut difikir sekarang adalah macam mana cara kita nak pertahankan hubungan tu untuk 4 abad yang akan datang.

Itu milestone 4 tahun bercinta.

Marwan tu perangainya buruk. Tak handsome. Sayang duit melebih-lebih tapi bukan kedekut. Celebration birthday atau anniversary sangat tak penting baginya. Tapi, tak pernah mencarut dekat aku. Tak pernah nak berkasar dengan aku. 

Jadi lebih baik aku bercinta dengan dia daripada orang yang handsome tapi suka angkat tangan dekat gepren. Bagi hadiah macam-macam sedangkan bila bergaduh ungkit balik.

Aku untung dapat Marwan yang nak serius dalam bercinta jugak. Aku sorang yang serius bila bercinta. Tak anggap cinta macam tukar spender. Walau kami mula bercinta masa belajar, dia dah janji dengan aku. Janji yang bukan sekadar mulut manis je. Itu pon milestone, aku nampak. 

Milestone lain.

Makin lama bercinta, aku tak deny yang hubungan tu makin lama makin boring. Tapi pandai akulah nak buat hubungan ni jadi tak boring. Apa lagi ye? Ouh, sekarang makin kurang jalan pegang tangan. Kadang-kadang jarang side by side, kadang dia di depan, kadang dia di belakang. Tapi tak bermakna sayang dan cinta tu berkurang jugak.

Lagi ape ye?

Start hubungan dah jadi 3 tahun, dia dah mula bukak mulut pasal nak beli pasir cement, batu, kayu, bumbung, scaffolding dll untuk bina masjid. Proses tu indah tau tak? Siapa tak suka. Tapi kita cuma syok planning. Yang tentukan, tentulah the very mighty up there.

Keluar tadi, biasa-biasa saja. We did our regular stuff. Makan, sembang, makan, sembang, makan, makan, makan. Cuma tadi, sebelum keluar, aku dengan dia singgah KPJ melawat Jijan, classmate poly aku, tech schoolmate Marwan.

Sempat snapping dengan Jijan. Lama dah tak jumpa.
Tiada lagu ucapan kasih sayang. Apalagi yang mampu diucap selepas 4 tahun bercinta dengan si komunis? Semua dah luah, dah cakap, dah tunjuk. Kita dah cukup besar untuk menilai tindakan kita masing-masing. Tak payah nak bercinta macam budak sekolah ok? ;)

Anyhow, i love you Marwan.



Lotsa love,
Photobucket

No comments: