Sunday, July 31, 2011

Ramadhan Mubarak!

We wait for it long enough. Welcome Ramadhan!! Semoga tahun ini bukan menjadi Ramadhan yang terakhir, insyaAllah. 




Lotsa love,
Photobucket

Friday, July 29, 2011

Tolong, Awek Aku Pontianak!

Hero and heroin Tolong, Awek Aku Pontianak!
Semalam on the way to Cameron Highland tengok cerita ni. Aku suruh Marwan datang awal so that aku boleh transfer cerita ni masuk dalam SG tab dia memandangkan lappy aku bukan sihat sangat pon. Plan nya nak tengok bila dah sampai CH so time Marwan kerja takde la aku boring.

Tapi tak sabor punya pasal on the way dah tengok. Huhu. All the way up to CH tu jugak la Marwan dengar aku puji-puji Zahiril Adzim. Aku kan memang suka dia. Berlakon la cerita apapun, best ke tak best ke, aku tetap suka dia. Haha.

Memang boring tunggu Marwan kerja dekat CH. Luckily tak sampai petang. Habis semua level Angry Birds pun aku main dekat tab dia. Nak jalan-jalan pun sorang-sorang memang tak la. Dengan aku yang camera-less nye. Nak bawak kereta jalan-jalan pun memang tak la. Macam aku berani pulak kan bawak kereta dekat atas jalan macam CH tu.

So, tunggu saja si komunis tu habis kerja. Tempat yang company dia buat land survey tu cantik. The Smokehouse nama dia. Sayangnye takde camera.

Dah la, toodles!!



Lotsa love,
Photobucket

Current.

Rolling In The Deap by Adele.




Lotsa love,
Photobucket

Quick Updates.

+ Would love to blogging.
+ Tapi mata mengantuk gila.
+ Ok dah.
+ Toodles!!



Lotsa love,
Photobucket

Wednesday, July 27, 2011

Practice make-up, tapi...

Aku practice la make-up. Lepas Maghrib tadi aku try buat wearable make-up to class/office. Tapi sekarang aku camera-less. Aku dah tak pakai N97mini yang ber-pixel mega 5 tu dan DSLR Fatin pun dah bagi balik. Yang ada cuma cams blueB aku yang ber-pixel mega cuma 2. Tapi kualiti tak macam 2 MP pon. Sedih! Aku try la snap pakai webcam. Tapi, lagi sedih!!

Dah la esok komunis ajak teman kerja dekat Cameron Highlands. Going to Cameron without any camera?? Oh my~ Sobs.

Haram tak nampak apa.

Ok, try tangkap pakai blueB. Muka tak semenggah.
*Abaikan sepah di belakang.

Namun, cuba senyum. Tak nak bagi blueB terasa. Haha.
*Abaikan sepah di belakang.

Ok, hampa.
*Abaikan sepah di belakang.



Lotsa love,
Photobucket

Kinda.

I miss my school. My tech school, SEMETRIK. How odd kan? Padahal SEMETRIK adalah sekolah yang tak layak dirindui. Hahah. Kejam gila. But, i miss the fresh air, the cheap goods and the hills surrounds my school though.

Udara segar dan bukit bukau yang mengelilingi sekolah aku tu adalah benda yang decent enough untuk merindui sekolah di Hulu Perak tu. Dengan mild-tension yang aku rasa sebab first time jauh daripada family walaupun masih dalam Perak, perasaan tak suka dengan warden dan hostel serta seniors, udara segar yang dan bukit bukau yang ada dekat Gerik tu mampu menenangkan aku. 

Dekat kelas aku duduk tepi tingkap. Bila aku rindu dekat family aku, mesti aku pandang luar tengok bukit bukau tu. Dalam otak fikir, konon-konon di sebalik bukit tu adalah Ipoh. Padahal sumpah aku tak tau mana hala Ipoh dari Gerik. Kahkahkah.

Bila aku masuk tech school dekat Gerik baru aku kenal dengan barang-barang murah. Ada satu kedai dekat Pekan Gerik, Wah Seah nama kedai tuh, memang sasaran budak-budak hostel shopping la. Ouh, dekat Gerik, selain tech school aku, ada MRSM dekat situ and sekolah menengah separa asrama. Masa zaman aku sekolah dekat sana, mana ada The Store lagi, mana ada KFC lagi.

Hulu Perak. Nama pun hulu, what do you expect?

Bohong la kan kalau kita cakap kita tak rindu dekat sekolah kita. Walau macam mana kita tak suka dan benci dengan sekolah kita, mesti ada satu-satu part of the school yang kita akan rindu. Ada benda yang aku tak nak ingat langsung masa aku dekat SEMETRIK.

Tapi, ada certain things yang masih fresh dalam kepala otak aku. Yang nak aku ingat selalu. Yang nak aku ceritakan pada anak-anak aku bila aku bawak diorang jalan-jalan ke alma mater aku.

Yes, i kinda miss you, SEKOLAH MENENGAH TEKNIK GERIK.
:)

See, bukit-bukau. :)

I don't remember SEMETRIK this cantik back in my years.

Open Hall. Assembly dekat situ every morning sebelum masuk kelas.

Masa batch aku takde lagi menatang alah neh.

Blok Pentadbiran.
Picture source: SEMETRIK.



Lotsa love,
Photobucket

Nasha Aziz.


I always adores Nasha Aziz. Dia super cantik. Sekarang umur dia dah masuk 40 kot but at her age of 40, dia still super cantik. Tapi sayang, tak kawen lagi, takde anak lagi. I bet if she have children, she's gonna be a loving mother. Tengok saja la drama-drama yang dia berlakon kalau jadi loving mother, memang nampak la.

Latest drama yang dia berlakon is SuperMak. Aku tak tengok dekat tv, aku layan dekat Tonton saja. Best jugak! Aku yang perempuan ni pun suka dengan kecantikan Nasha apa entah lagi la lelaki-lelaki tuh. Cair gamaknye.



Lotsa love,
Photobucket

Wordless Wednesday #006.

Picture source: Google.



Lotsa love,
Photobucket

Monday, July 25, 2011

Balik kampung.

Weekend balik kampung. Berkumpul, makan-makan before Ramadhan. Selalunya Ramadhan akan ada sekali semua pun balik untuk breaking fast togather. Aku dengan Mak saja balik, ikut Makcik Timah. Along ada tournament bowling, Abah pulak ada meeting persatuan dia tuh.

Sabtu petang gerak balik kampung. Petang tu hujan je. Kereta Makcik Timah pulak aircond rosak. Nice! Haha. Sampai-sampai kampung hujan dah sidang. Ramai pun yang dah ada.

Kan Sabtu tu ada Malaysia vs Singapore. Kat rumah Opah bukannya takde tv, saja je kitaorang ikut Pakcik Ali keluar pekan nak pegi tengok bola. Haha. Lepak dekat Aziz Tomyam. Sedap jugak makan kat situ. Udang goreng tepung dia sedap.

Tengok bola sampai habis. Balik rumah, sembang segala, pukul 12am aku goal dah. Sebab kan aku Sabtu tuh bangun awal, ingat nak tidor, tapi haram la aku tidor sampai Makcik Timah datang ambik. Punya la mengantok. Tengok bola kat kedai makan pun sempat aku sengguk-sengguk lagi.

Ahad, kaum mak-mak masak segala. Kaum bapak-bapak pegi ladang. Aku dengan budak-budak, lepak chill je.

Petang sikit baru lepas anak ayam yang baru menetas and pegi kutip telur baru. Family aku dengan Makcik Timah balik last sekali. Sampai rumah lepas Maghrib, aku memang tak tahan sakit kepala. Text si komunis cakap dah sampai rumah, lepas tuh aku tidor.

Sekarang aku lapor sebab tak makan dinner tadi. Dah, toodles!

Bapak ayam.

Rambutan.

Bawak tractor.

Tujuan gambar adalah nak tunjuk orang belakang tu semangat pakai jersey MAS.

Makan time!

Baru menetas.

Fresh.

Apa benda nama permainan ni eh?

Santai saja.




Lotsa love,
Photobucket

Saturday, July 23, 2011

First try: Double wing.

This ain't hard when you use a very tiny eyeliner brush. Bukan nada berlagak ni, tapi kebenarannnn. First time buat ni, terus jadi. Ni aku buat double wing. Bukan double eyeliner. Rasa macam ada beza sebab selalu yang double eyeliner lebih terjongket keatas, macam dalam Arabic eye make-up. Double wing lebih ketepi, macam wing la. Huhu.


Ni eyeliner yang aku guna. From Artistry.



Lotsa love,
Photobucket

I started my morning kinda early.

Pukul 6.40am hantor Along pergi kerja. Balik rumah, golek-golek atas katil, mandi, bersiap nak hantor Adek Along naik bus dekat Medan Gopeng pulak. Bus dia pukul 8.30am. Dah habis cuti dah, nak balik UiTM dah. Sedih je aku tengok dia nak balik tadi. I know the feelings walaupun aku tak pernah study luar Perak. Haha.

Lepas tu, aku breakfast sorang-sorang dekat mcD. Agak sesak untuk pagi-pagi macam ni sebab ada group rombongan Cik Kiah mana entah dok breakfast dekat situ jugak. Text si komunis, ajak dia breakfast sekali, malangnya tiada balasan. Tidor lagi kot. Class dia aku tak tau start pukul berapa sem ni.

Dah habis breakfast aku drop by rumah Shyda, hantor buku report. This Monday sudah mau submit ke KBS. Tapi dia tidor lagi. Aku passed dekat Abah dia saja.

Kejap lagi lepas Zohor aku nak balik kampung. Yayyyy! Opah buat makan-makan before entering Ramadhan. Lepas ni aku nak nap kejap. Aku kunci jam pukul 1pm. Dan la aku nak bungkus baju. Esok je pon balik. 

Dah, toodles!



Lotsa love,
Photobucket

Friday, July 22, 2011

Mungkin baru lagi kot.

Tadi siang aku mengulit sorang customer full body ok. Ok, takde la full body sebab massage memang aku surrender, pass dekat Kak Nani. Tadi tuh, kira 1st official customer aku. Sebab before this, aku godeh Shyda, Shyda godeh aku. Buat pun biasa-biasa je kalau tengah practice neh.

Sebab 1st customer gamaknya, aku buat dengan penuh teliti, aku jadi penat. Padahal scrub, body mask dengan service full face saja.

Customer aku tadi tuh, bos dia yang hantar datang spa uolss. Kelas kau Maria, bos support semua sebab nak tengok staff cantik. Haha. Aku rasa customer aku tuh bukan la macam PA-PA yang lain yang merangkap bini kedua bos or penyedap bos sebab customer tuh siap pakai tudung labuh lagi. Ramadhan ni pon nak pegi umrah tau. But who knows kan? Err, gila tak baik aku bersangka jahat! Haha.

Balik rumah, lunch pun tak. Aku online kejap lepas tu goal sampai Maghrib.

Satu benda yang aku suka buat kerja neh ialah kita akan dapat komisen yang setimpal dengan kerja yang kita buat. Kalau bawak customer saja-saja pun, means aku yang introduce spa Kak Nani, pun dapat komisen weh.

Kalau rasa takde duit, call Kak Nani, mintak customer, jalannn. Tak pun bagi je customer dekat dia. Dapat la jugak duit belanja tampung seminggu dua. Jadi la untuk orang yang tak kerja tetap macam aku. Huhu.

Ok dah, toodles!



Lotsa love, 
Photobucket

Thursday, July 21, 2011

Decorating phone, again.

I'm using back my bb. It's not a BlackBerry but it's a Blueberry. Huhu. It's my old handphone. Kan aku pakai handphone N97mini Along aku sekejap tapi Along dah mintak balik. Dah nama pun barang pinjam kan, nak tak nak kena la bagi balik. 

Dah lah dalam N97mini tuh dah banyak aku install applications. Bila Along mintak balik memang aku format mass storage and re-set balik ke factory option. Haha.

My bb ni aku sayang gila. Masa aku pakai N97mini, aku still bawak bb tu pegi mana-mana jugak. Memang la function dia memang kalah la dengan N97mini. Tapi bagi aku yang seorang social network freak ni, setakat nak ber-Facebook and ber-Twitter tuh memang no hal la bb aku tuh.

Bb aku tuh takde wifi saja. But who use wifi nowadays? Orang pakai wifi letak dekat rumah untuk online pakai PC or lappy je. Through handphones orang dah banyak pakai internet service. Smartphone tak smartphone, semua boleh pakai internet service dah termasuk la Blueberry aku tuh. Dah murah-murah pun sekarang kan? Kalau aku Digi user ni, unlimited access RM15 per week or daily RM3 sahaja. Kira murah la untuk unlimited internet access. Promote pulak. Ahaha.

So bila dah guna balik Blueberry tuh, aku deco la sikit. Dekat back cover memang dah ada bling-bling tu. Tiba-tiba mood nak letak bling-bling dekat screen macam Sarah Jessica Parker punya bb dalam SATC 2 sudah mari. Tapi takde la sejibik aku tiru. Dia punya diamond color pink. Aku guna sisa-sisa diamonds yang aku beli dulu je. Sticker cute skull and polka love tuh aku bior je.

Terfikir jugak nak tukar blings dekat back cover. Tapi, nanti-nantilah. Ingat nak buat full phone except dekat slide nanti. Haha. Ko hadoo?

Gambor gelap macam hape je. Aku tangkap pakai webcam je weh!



Lotsa love,
Photobucket

Wednesday, July 20, 2011

Killing some times.

Sekarang tengah buffer cerita Cun tengok online. Tadi dah tengok Annissa. Tengah tengok, lappy off sendiri. Try restart banyak kali, sampai merampuih, mintak lappy Adek Along.

Sementara tuh nak tengok Poseidon. Just to kill some times. :)




Lotsa love,
Photobucket

Wordless Wednesday #005.

Image source: Dr. Hannan.



Lotsa love,
Photobucket

Tuesday, July 19, 2011

Dosa kita.

Aku baru tadi siang dok fikir. Kadang-kadang bila kita buat dosa, dosa apapun la, bukan kita yang dapat balasannya. Tuhan bagi balasan pun kadang-kadang bukannya on the dot. Kadang-kadang tuhan bayar cash. Kalau kita buat dosa, kita yang dapat balasan takpe la.

Cuba kalau kita buat dosa, tapi orang lain yang kena tanggung. 

Contoh, kalau kita buat dosa, tuhan tunjuk balasan berupa mak ayah kita jatuh sakit, keluarga kita ditimpa bencana, dan banyak lagi contoh-contoh lain. Kesian kan? Kita buat dosa, orang lain yang tanggung dosa kita. Tapi kita tak sedar pun semua tu.

Kenapa kita macam tu ha? Kenapa aku sendiri macam tu?

Susah nak elak dosa. Apa entah lagi dosa-dosa yang kecik-kecik kuman tuh. Tapi untuk aku, sebagai langkah untuk mengelakkan dosa aku orang lain yang tanggung, aku akan ingat apa akibatnya kalau aku buat dosa. Kalau aku tak dapat balasan tuhan, mungkin orang-orang yang aku sayang akan dapat balasannya.

Kau, kau dan kau. Juga kau dan kau. Pernah kau tanya apa kesan dosa-dosa yang kau buat tu? Jom kita sama-sama renungkan.

Tak payah nak fikir concept ahh-kau-bukan-baik-mana-nak-nasihatkan-orang sebab selagi diri kita ni ISLAM, jatuh hukum WAJIB nak bagi nasihat dekat orang lain walaupun seorang muaalaf yang baru masuk Islam yang tak cukup ilmu di dada.

Ok?

Dah, toodles!



Lotsa love,
Photobucket

Monday, July 18, 2011

Harry Potter 7 Part 2: The Deathly Hallows.

Aku bukan peminat franchise Harry Potter. Be it the novels or the movies. Novel dia satu pun aku tak pernah baca, cerita dia pun satu aku tak pernah tengok. So hari ni (semalam), Fatin berjaya memujuk aku untuk tengok Harry Potter. Sangat pelik bila aku start tengok dekat Part 2, dah la final series pulak tuh. 

Mungkin la cerita tu bersambung-sambung. Tapi takde la pulak aku tak paham jalan cerita tu. Cuma aku tak tau siapa jahat, siapa baik. Dekat movie tadi i kept on asking Fatin yang mana baik, yang mana jahat. Huhu.

Tadi, pegi dengan Shyda and bawak Adik Along yang tengah bercuti dekat rumah aku tuh. Dua-dua pun die hard fan Harry Potter jugak. Aku sorang je tak. Sempat jugak aku tidor 10 minit dalam wayang tadi.

Dah, banyak dah aku post malam neh. Mau tidur sudah. Toodles!!





Lotsa love,
Photobucket

Hi-tea P1MKK [16.07.2011]

Hi-tea untuk penyampaian sijil Program 1Malaysia Kolej Komuniti tu. Aku dengan Shyda pegi dengan Kak Ida. Again, kitaorang buat service make-over and henna. Seperti biasa, i love the buffet the most! Tapi majlis, sorry to say, macam hampeh. Ramai yang bengang sebab tak well-organized. Sampai Kak Nani mengamuk-ngamuk.

Bab hadiah untuk best student, best appearance, best student in each class, lucky draw sangat hampeh ok. Well, pihak pengurusan pusat bertauliah tu memang problem sikit. Tu pun aku tau dari tenaga-tenaga pengajarnya. Susah bila orang yang dapat duit banyak, tapi simpan untuk makan sorang. Hmm.

Pictures banyak sangat. So pegi je la dekat Facebook aku tuh kalau nak tengok.



Lotsa love,
Photobucket

Pameran SLDN [15.07.2011]

SLDN adalah shortform kepada Sistem Latihan Dual Nasional. Program macam ni diwujudkan untuk melahirkan tenaga mahir pelbagai bidang. Selalunya dibuat dalam bentuk apprenticehip program dan diberi elaun.

Last Friday, kitaorang telah dijemput untuk join pameran SLDN anjuran MIC untuk belia-belia India. So memang ramai la India dekat situ. Aku salute diorang, bila cuma minoriti Melayu yang ada dalam majlis diorang, punyalah diorang welcome kitaorang gila-gila. Cuba kalau Melayu buat majlis, panggil India join buat pameran, kebanyakan mereka dipandang sebelah mata je.

So, kitaorang buat service henna dengan make-over dekat situ. Henna la yang mendapat sambutan. Make-over, make-up dekat sendiri-sendiri je la. Haha. Kak Ida pulak letak barang craft dia dekat situ.

Sampai pukul 4pm kitaorang lepak situ. Hari pun hujan. Tapi still ramai. Ada menteri datang rasmikan. Tapi tak ingat menteri apa.


















Lotsa love,
Photobucket