SLDN adalah shortform kepada Sistem Latihan Dual Nasional. Program macam ni diwujudkan untuk melahirkan tenaga mahir pelbagai bidang. Selalunya dibuat dalam bentuk apprenticehip program dan diberi elaun.
Last Friday, kitaorang telah dijemput untuk join pameran SLDN anjuran MIC untuk belia-belia India. So memang ramai la India dekat situ. Aku salute diorang, bila cuma minoriti Melayu yang ada dalam majlis diorang, punyalah diorang welcome kitaorang gila-gila. Cuba kalau Melayu buat majlis, panggil India join buat pameran, kebanyakan mereka dipandang sebelah mata je.
So, kitaorang buat service henna dengan make-over dekat situ. Henna la yang mendapat sambutan. Make-over, make-up dekat sendiri-sendiri je la. Haha. Kak Ida pulak letak barang craft dia dekat situ.
Sampai pukul 4pm kitaorang lepak situ. Hari pun hujan. Tapi still ramai. Ada menteri datang rasmikan. Tapi tak ingat menteri apa.
Lotsa love,

















No comments:
Post a Comment