Friday, September 30, 2011

Let's move on!

Aku beli pewangi kereta yang sama Marwan pakai, aku letak dalam bilik aku. Supaya aku rasa aku macam naik kereta dengan dia.

Every night I sleep with Marwan's t-shirt (lucky I kept one) so that I can still feel him.

I occasionally talk to Marwan (sebenarnya bercakap dengan diri sendiri) sebab aku tak nak connection tu putus dan yes, I still feel the connection.

Orang nampak aku kuat, boleh keluar kerja, lepak dengan kawan-kawan but you guys don't know I still cry before I fall asleep. And I cry hard.

Aku menangis bila baca Fatihah macam betul aku mati suami (padahal dia hanya boyfriend).

Ya, memang, aku dengan Marwan hanya terbatas sebagai kekasih saja. Tapi tak bermakna aku kena cepat move on. Aku dengan dia berpisah mati. Lain rasanya. Unlike you guys yang break up sebab cheating and what not.

Move on, memang kena move on. But i'll move on with my own ways la ye. No need directions from you guys. I know you guys trying to help me but without realizing your action and speak, you did hurt me and my feelings.

So, move on my assssss!!


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Saturday, September 24, 2011

Tekad.

Perjalanan kehidupan
Di kiri dan kanan dugaan cabaran
Keseorangan menempuh ujian
Meneruskan perjuangan

Keimanan, keyakinan
Sinar harapan penunjuk haluan
Walaupun payah kau harus tabah
Demi mencapai segala impian

Takdir maha Esa, restu ayah bonda
Menggapai cita-cita
Usah putus asa, kelak kau berjaya
Membela nasib mu
Masanyakan tiba

By, Hazami.


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Thursday, September 22, 2011

Waktu sakit.

Aku tengah tak berapa sihat. Sakit gigi datang balik. Macam ni la selagi gigi bongsu tak habis tumbuh lagi. Sakit gigi boleh buat badan rasa nak demam. Badan jadi tak best saja.

And time-time cenggini la memang aku teringat gila dekat arwah Marwan. Hmm.

Mak Abah aku tak ambik port sangat pasal sakit demam aku. Bukan salah deme, aku yang dari kecik suka tunjuk sifat berlagak kuat dan survivor.

Bila dah ber-boifren, teringin nak mengada-ngada dengan boifren, bila sakit pening nak mengadu domba.

And as caring person as he was, dari mula lagi bila aku try test mengadu domba sakit pening, cepat saja Marwan bawak ubat untuk aku. FOC. Kebetulan, kakak dia (yang sekarang meng-iblis-kan aku) adalah seorang nurse so senang dapat ubat. Ubat yang paling mujarab pulak tu.

Sekarang dah takde. Bila kenang hati sebak.

Normal lah kan?

Hmm.


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Saturday, September 17, 2011

7 Days.

7 days since you left me here alone sayang. I hope you're doing fine in there. I know you are still here with us but we can't never see you.

I never forget you, ever. Al-Fatihah.


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Friday, September 16, 2011

Tiada tajuk.

"Kenapa awak nak berkenalan dengan saya?"
"Sebab dalam ramai-ramai tu, muka awak yang paling sombong."
"Tapi saya tak sombong."
"Saya tau awak tak sombong."

I cherish every moment since our first met on May 17, 2007 until now. You don't have any idea how much you meant to me sayang.

You are my first, my last and you've been everything in between.

I miss you sayang. I really do.


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Sunday, September 11, 2011

Al-Fatihah.

Separuh jiwa aku sudah kembali pada penciptanya sebelum Subuh tadi. Sedih, aku memang sedih. Tapi siapalah aku untuk mempersoalkan ketentuanNya. Ini semua Dia dah tulis dalam buku takdir yang Dia bagi dekat kita.

Aku masih marah. Aku bengang. Sampai ke saat akhir aku tak dapat jumpa Marwan. Mahu pegi ke funeral-nya kalau ikutkan hati. Tapi, dalam marah dan bengang aku, aku masih mahu menjaga maruah family dia.

Aku percaya Allah tak pernah bagi aku rezeki untuk jumpa dia walaupun untuk kali yang terakhir tu bersebab. Mungkin bukan sekarang. Dekat akhirat pasti dapat jumpa lagi.

Sayang, bukan kerana awak dah pegi baru Maz nak hargai awak. Percayalah, setiap saat selama 4 tahun Maz hargai awak. You are the bestest thing that happen to me. Awak bukan sekadar cinta Maz, awak segala-galanya. Awak baik, sebab tu Allah sayang awak dan ambik awak dalam usia yang muda. Kita pasti jumpa lagi sayang. Sementara tu, amanlah awak disana. Sekarang, hanya doa yang jadi penghubung kita.

Tuhan, terima kasih kerana pilih aku untuk rasa ujian macam ni. Terima kasih pinjamkan kasih, sayang, cinta milik Marwan walaupun sekejap.

Al-Fatihah.
Rest in peace. I'll always love you sayang.


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Wednesday, September 07, 2011

Wordless Wednesday.

Please, keep on praying for my other half.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Sunday, September 04, 2011

Apa yang kau jangkakan?

Dengan keadaan emosi aku sekarang, aku lebih marah daripada sedih.

Jangan ingat aku takut nak jenguk Marwan kat hospital, bermakna aku dan family aku memang guilty. Tak sama sekali. Kau fitnah aku. Kau fitnah keluarga aku.

Bila keadaan dah jadi macam ni, ramai orang dibelakang aku untuk 'jatuh'kan kau dan keluarga kau balik.

Aku masih hormatkan kau dan anak-anak perempuan kau yang jauh lebih tua daripada aku tapi pemikiran tak selaras dengan usia tua korang.

Aku melawan, pastinya. Tapi tak payah risau. Aku tak pakai bomoh macam korang yang sememangnya terlalu percaya pada bomoh.

Knowing myself, aku takkan diam. People who knew me so very well, tahu betapa 'bising'nya mulut aku.

Tunggu bila tiba masanya IBLIS-IBLIS yang sebenar. Semoga korang mereput dalam neraka akibat fitnah yang korang dah buat pada aku dan saudara mara korang sendiri.

Pegi jahanam!

Maaf, aku terlalu emosi.


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Saturday, September 03, 2011

Selepas 23 tahun.

Dah 23 tahun tuhan bagi aku bernafas dalam waktu pinjaman yang Dia bagi, atas bumi yang dia bagi pinjam jugak. Aku tak pernah lagi merasa dugaan gila-gila macam sekarang.

Tuduhan, fitnah, caci dan maki mereka sangat berat untuk aku terima. Tambah-tambah lagi benda tu datang dari mulut orang yang aku anggap bakal ipar aku, bakal mertua aku.

Dan kerana tuduhan yang mereka buat, aku diharamkan untuk menjenguk Marwan yang tengah koma dalam icu tu. Kata mereka, akulah penyebab Marwan sakit, aku yang hantar benda-benda tak elok dekat Marwan.

Untuk apa?? Untuk apa aku buat macam tu, so-called future family in law?

Sedangkan aku nak hidup mati dengan anak kalian. Aku nak menikah dengan anak kalian.

Kalian sangat kejam. Menuduh aku atas benda yang aku tak buat.

Andai kata sampai ke akhir hayat Marwan pun aku tak dapat jumpa, kalianlah puncanya. Takkan aku maafkan dunia dan akhirat.

Kebenaran tak dapat aku buktikan atas muka bumi ni. Kalaupun aku susah payah nak defend diri dan jelaskan benda yang sebenar, aku yakin kalian takkan dengar.

Kerana aku dan family aku, sudah kalian iblis-kan.


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone