Sunday, May 05, 2013

Corat-coret musim pilihan raya.

Tak pasal-pasal saya dicop sebagai 'macai', kononnya saya penyokong Barisan Nasional. Alahai, ini baru pertama kali saya nak mengundi, baru pertama kali inilah saya berada dalam situasi rasa bertanggungjawab untuk mengundi. Jadi, apalah sangat pengetahuan saya tentang politik kan?

Saya tak menunjukkan direct support terhadap mana-mana parti pun setakat ini. Kalau ada pun status saya di media sosial yang berbaur politik, macam saya cakaplah, boleh dibaca dalam nada pembangkang atau nada penyokong. Sebab, penerimaannya pasti berbeza.

Yang taksub tu, bila orang yang huraikan pendapat dia, seboleh-bolehnya dipertahankan sebab dia ingat ideologi parti yang disokong oleh dia saja yang betul. Baik dari pembangkang atau penyokong, sama saja. Tak habis berdebat di ruangan komen sampai panjang berjela. Itu baru taksub.

Anyhow, today is the day, general election day. Campaign period pun dah tamat setengah jam yang lepas. May the best candidates win. Good luck to all parties.

;)

___
#MobileBlogging

No comments: