Sebab tu lah aku cakap, sekarang ni aku macam berada dalam era sumpahan hidup aku. Buat apa semedang tak kena. Nak-nak lagi selepas peristiwa tu. Aku bukan nak bersangka buruk dekat orang-orang. Tapi tu lah, haihhhh.
Dapat kerja, aku rasa gaji dah best dah. Tapi company tak bagi sambung belajor pulak. Ada sedikit hairanlah dekat situ bila seorang bos ca ya nun alip tak suka staff dia berpelajaran. Dia kata takut nanti datang office pun nak bawak assignments bagai, hilang focus dekat kerja.
Aku nak belajar. Macam mana pun aku mesti nak ada scroll yang paling tinggi dalam hidup aku. Tak kiralah dari mana datangnya scroll tu, uni gomen ke, uni bayor ke. Ini pun dah kira lambat. Aku malu berdiri tak sama tinggi dengan kawan-kawan aku yang dah ada degree apa semua tu.
Malangnya, sebab aku berfikiran bila dah kerja dengan company yang proper (fahamlah maksud aku), peluang aku untuk lebih berjaya adalah cerah. Memang malang la sebab benda yang aku fikir tu tak kan pernah jadi.
Sakitttttt kepala aku dok pikir. Tapi, dalam malang-malang, tuhan nak tolong jugaklah kot. Cuma option yang aku dapat, gajinya taklah setinggi company yang aku kerja. Besar bezanya, hampir RM400. Taktaulah nak kata berbaloi ke tak. Aku balik kerja dengan bos lama yang pernah aku kerja sementara nak tunggu result SPM dulu.
Tengoklah macam mana. Kalau masih malang, aku kena mandi bunga.
Lotsa love,



No comments:
Post a Comment