سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي
Sebelum i nak update pasal balik kampung semalam, i nak update pasal today. Pictures from handphone pun tak transfer lagi. Dah lah pictures kalau snap pakai handphone i tuh semua dipenuhi dengan cahaya keimanan yang berlebihan. Ahahah. So tiba-tiba rasa malas nak update pasal balik kampung. Semalam masa balik kampung tak bawak lappy, kalau tak i ambik pictures dalam digicam Makcik Timah aje.
Ok, today, disebabkan penat dengan kerja sukarela kat kampung semalam, i bangun lambat. Kalau la my other half tak call pukul 1230+pm tadi, sampai petang lah i tidur. Hari biasa pun i bangun lambat jugak. Hiks! My other half ajak lunch before sambung buat assignment dengan groupmate dia. Kita lunch dekat Limau Bali depan Hillcity Hotel tu je. First time i makan kat situ, not bad la lauk-lauk dia.
Semalam memang dah janji dengan the girls nak jumpa. Janji nak jumpa pukul 5pm. I balik lunch dengan my other half nak dekat pukul 3pm kot. Bolehlah nap kejap. Tapi dok meng-online je. Nak dekat pukul 4pm cuaca dah mula nak mendung. At first, Mojo cakap nak jumpa lain kali sebab dia ingat Shyda taknak keluar bila tengah bergaduh dengan family dia, tapi bila tengah bergaduhlah laagi dia nak keluar. Eheheh.
Disebabkan cuaca pun dah start mendung so perjumpaan dipercepatkanlah. Karang hujan langsung tak boleh keluar. Kita janji nak jumpa kat MSyed. I picked up Shyda kat rumah and tunggu Mojo kat sana. Hari ni sangat dahaga, i minum sampai 4 gelas sepanjang 2 hours ++ jumpa tadi. Dalam pukul 6pm lebih kot, Lia pulak datang. Dia tak dapat join awal sebab ada seminar kat Hospital Fatimah. And Lia brought a very good news.
Dia nak bertunag 12/12/2010 ni!! Owh that was a really good news! And dia request suruh kawan-kawan VVIP dia pakai putih masa dia bertunang nanti. Sebab ada outdoor photoshoot and all nanti dan itu sangat seronok!! Oh my Diane von Furstenberg! I takde lagi baju putih so kena beli la. Alah, baju yang dah siap sekarang dah murah. RM150 dah dapat yang paling cantik dah. Cant wait!! Lia suruh datang daripada hari Jumaat lagi. Hihih. And the next following year, i pulak bertunang. Harap-harap tak clash date lah dengan wedding dia nanti.
Tak puas bergelak dengan diorang lagi tadi, Mak dah call suruh balik cepat sebab after Maghrib nak pegi rumah Obek Nana, ada makan-makan. I pun baliklah. Nasib sempat makan roti tissue. Ahah! Masa mula-mula i tak tau Obek Nana buat makan-makan apa, bila dah sampai, rupanya wedding anniversary my uncle, Cik Sedny and her wife Cik i-dont-know-what-is-her-name. Ahahahah! Cik Sedny bagi hadiah jam untuk wife dia. I tak tengok jam apa but i heard Obek Nana said "kalah Situ Nurhaliza" so i assumed wife dia dapat Rolex sebab Siti Nurhaliza pun dapat Cartier je for her anniversary. Huhuh. Happy anniversary for them by the way.
Dah, till then, toodles!!
Love,


No comments:
Post a Comment