Tuesday, February 09, 2010

Saya pernah menuruti kata hanya semata-mata kerana ingin diterima..

Saya rasa ni title entry saya yang paling panjang kot.
Benar, seperti title di atas, saya pernah seperti itu. Yang menurut kata-kata satu pihak hanya kerana ingin diterima dikalangan mereka.
Mungkin iya, saya diterima. Tapi bukanlah untuk jangka masa yang lama.
Tiba-tiba malam ni saya teringat kenangan masa sekolah Teknik dulu. Mungkin sebab saya selongkar treasure box yang ada gambar-gambar masa sekolah Teknik dulu.
Bukan semua kenangan saya indah semasa saya sekolah di Hulu Perak itu.
Sepanjang form 4 saya cuba pujuk abah untuk tukarkan saya ke Teknik Ipoh. Sepanjang form 4 jugalah saya menangis kerana kerenah kawan-kawan yang bukan semua dapat saya senangkan hati mereka. Obvious, mereka membenci saya. Alasannya? Kamu boleh fikirkan sendiri. Fikirkan saja yang buruk-buruk dan kerana itulah mereka membenci saya.
Sampailah ke tahun 2005, form 5, pada awalnya saya rasa saya sudah dapat menerima nasib yang saya ni ditakdirkan untuk menghabiskan waktu sekolah di Teknik Gerik itu. Iya, saya sudah terbiasa atau terpaksa biasa dengan sekolah itu. Tapi hal saya dengan kawan-kawan tak pernah pun surut. Come to the worst, saya rasa apa yang saya hadapi masa form 4 tidak sedasyat yang saya hadapi masa form 5.
Yang paling teruk saya dituduh mencuri handphone Aya! Malunya saya masa tu Tuhan saja la yang tahu. Kamu juga pasti malu dituduh mencuri. Sayalah targetnya pada masa itu. Hanya kerana saya bendahari Kelab Kejuruteraan Awam yang pada masa itu tengah collect duit untuk buat t-shirt kelab tapi setelah duit collected, t-shirtnya masih tak dapat dan mereka-meraka ini telah menuduh saya menggunakan duit kelab dan bila mereka tuntut balik duit, saya tiada duit untuk bayar balik maka saya telah mencuri handphone Aya. Itu tuduh mereka. Tapi, apa yang kamu tak tahu, bukan saya yang pakai duit kelab itu. Yang pakai duit itu adalah penaung kelab itu sendiri. Malas nak mention siapa-siapa, tapi kalau kamu pandai, kamu boleh agak siapa cikgu ini kerana reputasi cikgu ini di sekolah pun bukannya bagus sangat. Paling menyampah, bila saya pergi untuk berdepan dengan dengan cikgu berkenaan, dia berjaya membuatkan seolah-olah saya yang bersalah pada hal dia tak tahu yang masa saya letakkan duit t-shirt atas meja dia, Cikgu Kamal Baharin ada dalam office dan masa tu kawan saya, Akmal yang teman saya. Nasihat Akmal, elok saya diamkan saja hal ni dan saya bayar balik saja duit mereka-mereka itu.
Pada masa yang sama, pencuri sebenar handphone Aya dapat ditangkap dan sudah tentu bukan saya. Saya menangis atas katil semasa heboh hal ini. Akhirnya mereka yang menuduh saya datang minta maaf pada saya. Sudah tentu saja saya maafkan. Tapi kesannya, siapa tahu? Paling kelakar, ada seorang perempuan di Teknik saya yang kalau tak salah Fiza namanya. Dia budak dorm E201. Dia kononnya pandai 'melihat' orang. Masa kecoh handphone Aya hilang, secara rahsia ada budak dorm saya (saya tahu siapa kamu) minta Fiza 'tengok' saya dan hasilnya, kata Fiza, memang saya yang curi handphone Aya. What the fuck?? Akhirnya terbongkar siapa sebenarnya yang mencuri handphone Aya, seorang yang namanya Fiza juga. Ironinya, Fiza yang pandai 'melihat' ini sebenarnya 1 dorm dengan Fiza si pencuri handphone Aya. Fiza yang pandai 'melihat' ini melihat saya yang mencuri sedangkan dormate dia sendiri si pencuri. Ironinya lagi, si Fiza yang pandai 'melihat' ini yang menyebabkan saya lebih teruk dipandang hina tapi dialah orang yang terakhir datang minta maaf pada saya. Siap dengan linangan air mata. Nak saja saya cakap masa tu yang abah saya mampu bagi handphone yang berganda lebih canggih daripada handphone Aya cuma saya tak dapat kerana saya masih bersekolah. Tapi saya hanya mengomel dalam hati saja kerana jika saya cakap macam tu tentulah saya akan dituduh sebagai gadis Ipoh yang berlagak seperti mereka tuduh saya ketika form 4. Itu satu cerita lain. Situasi oh situasi, kenapa kamu kejam pada aku?
Lumrah lah, kita masuk ke sekolah baru, kita mahu cari kawan baru. Try to make friends. I tried hard to make friends for god sake, its so hard. Seperti title entry kat atas ni la, saya ikutkan saja kata mereka dengan harapan mereka akan menerima saya. Memang saya diterima tapi bukanlah untuk jangka masa yang lama. Pernah sekali, kami 1 dorm memang suka tukar-tukar baju sesama sendiri walaupun sebenarnya ada yang membenci antara satu dengan yang lain. Itu perkara seronok. Saya di Teknik dulu tidaklah sebesar sekarang. Jadi hari itu saya bertukar baju dengan Nurul. Kerana dia tak suka dengan shoulder pad maka dimintanya kepada saya untuk buang shoulder pad itu. Saya turutkan saja. Kononnya Nurul ni 'ketua'. Jadi jika saya turutinya mungkin saya akan lebih diterima. Kononnya lah. Masa on the way ke dewan makan, seorang lagi dormate yang saya panggil A'an bisik pada saya, "kenapa hang ikutkan cakap Nurul, nanti dia pijak kepala hang.." Saya tak hairan pada masa itu kerana Nurul dan A'an ada krisis sikit masa tu. Saya tak lupa 'tragedi' geng ini 'membuang' Ikin dan Syafat. Semuanya kerana 'orang itu' la. Banyak lagi yang terjadi antara saya dengan geng ini dan saya tahu yang bawak mulutnya tentulah Nurul kerana pada masa Ikin dan Syafat dalam 'buangan' mereka, A'an, Ikin dan Syafat banyak bongkar rahsia apa yang Nurul cakap pasal saya. Nurul pulak, pandai benar berlakon. Saya juga berlakonlah seperti saya tak hiraukan apa yang dia buat pada saya. Ahh lantaklah. Lepas habis sekolah, aku tak mahu jumpa lagi. Memang banar, sampai sekarang saya tak jumpa dia langsung.
Shyda dan kawan-kawan Teknik yang singgah membaca, jika kau baca entry aku yang ini kau jangan rasa offence. Ini cuma apart of kenangan pahit aku masa kat Teknik dulu. Walaupun kau sebahagian daripada mereka tapi kau tak 100% seperti mereka. Aku cakap macam ni bukan kerana aku masih berhubungan dengan kau. Percayalah. Kita budak-budak kan masa tu? Sekarang kita semakin dewasa dan tentunya kita dah tak fikir macam dulu lagi.
*Maaf kerana saya mentioned nama-nama kerana ini hal yang benar berlaku. Dan kalau saya ingin menipu, saya tak kan entryize posting yang harapannya, akan dibaca satu dunia atau yang pernah bersekolah Teknik dengan saya iaitu orang-orang yang benar tahu apa yang sebenarnya terjadi.

6 comments:

nur shahida samsuri said...

sorry for that maz..tp agk byk gak yg aku xtau dlm hujahan ko ni..they dun tell me every single secret lor..coz pada awal penubuhan kump ni pon they dun ACCEPT me either~ntahla..but u did very professional dear all the way!!!!

Mazni Z. said...

jgn la mtk maap..sbb ak consider u are not apart of them sbenanye..sbb bile ko dgn ak saje,ko lyn ak laen..beza,bile ko skali dgn mereka,ko lyn ak spt mereka..jd ko hnye ekot rentak mereka saje la..igt x ko penah kate kt ak yg ko neh cpt tepengaruh..so ak knl sape ko, jd ak xkesah lngsung cara ko lyn ak ketika ko ade dgn mereka..cuma untungnye, ble si ketua buang kjp nme2 yg ak mentioned tuh, diorang bg taw ak ape yg org2 dlm kumpulan neh pernah kata psl ak..klo mse skola dlu mmg la k agk kesah n bengang..tp skrg, kite da besa..ak x pk sgt..sbb dlm mse 2 taun kt teknik ak xdpt knl sume org secara menyeluruh..jd ak anggap org2 pon xknl ak secara menyeluruh..ape yg diorang kata ak abaikn saje sbb diorang x knl ak..cuma,ye lah kn,ak rse xsume org rse ape yg ak rse..cuma ak terasa cket je la..tuh sume apart of kenangan la..

nur shahida samsuri said...

a'ah!!
bagus le ko..time tknik kecik ag yg ko matang dah..hohoh! bagus2!!! idup ni kne abaikan ape fikiran owang kat kite..ms aku kat poly tu kan ade pix aku n the geng tersebar sec meluas..pergh!! mcm sial gile la..mulut bdk laki tau le camne.siap ade poster pix kitowang tittle free condom! tebal muke je la..finally abes gak poly..zmn poly le aku paleng tough sklai..huh!

Mazni Z. said...

ha ah..ak igt time pic ko tesebar tuh..kn ko kne caramah seround dgn gma..hehehe..

Anonymous said...

mse teknik kn syg kapel dgn wan ceng..hehe.. :p

Mazni Z. said...

ape la sayang neh..wan ceng plk..aiyoo..