Tadi saya jumpa dengan lelaki saya, Mr. Marwan yang kacak.
Dah lama tak jumpa dia, sangat rindu dan sangat yang teramat sangat rindu.
Tapi walaupun dia senyum, saya dapat tengok muka dia ada keletihan.
Masa makan, saya tanya,
"Kalau penat kenapa keluar, rehat la kat rumah."
Dia diam, tapi masih tersenyum dan habiskan makannya. Selesai makan, saye nampak dia keluarkan panadol daripada poket seluarnya. Saya makin serba salah.
Moving on, kami ke Padang Ipoh, hanya melepak.
Saya bersuara lagi,
"Dah la letih, tak sihat pulak tu."
Dia diam lagi, senyum masih di bibirnya, saya dapat tengok muka dia tidak sepenat dan sesakit seperti sebelum itu.
Saya diam, saya tengok dia pejam mata, saya rasa macam nak nangis, saya rasa sangat serba salah. Saya pandang keluar kiri.
Dia tarik tangan saya,
"B pun nak jadi macam sayang, yang sakit, yang letih tapi tak merungut pun bila keluar dengan b. Kan sayang cakap, kalau sakit ke, letih ke, tengok muka b semua tu hilang. Tengok sekarang, b dah tak sakit kepala, letih b dah hilang tengok sayang."
Tuhan, sumpah saya sayang dia. Sangat yang teramat sangat sayangkan dia.
Tapi Tuhan, kenapa Kamu bagi dugaan macam ni kepada lelaki saya?
Lelaki saya kata,
"Sayang tak boleh cakap macam tuh. B rasa rezeki b sangat murah. B dapat kerja kerajaan, bila kontrak b kena tamat terus b dapat kerja kat Tesco, jadi supervisor pulak tu, gaji lagi tinggi, tetap pulak tu. Dugaan kecik je sayang, b boleh handle."
Dia senyum, suka kerana Tuhan selalu murahkan rezeki dia.
Jadi saya salahkan kerajaan la. Bila diperlukan, panggil. Bila tak diperlukan, buang macam tuh saja. Notis kurang 48 jam. Kontrak ditamatkan atas alasan kerajaan sudah tiada duit untuk menggaji pekerja kontrak.
Selepas notis penamatan pekerja kontrak kerajaan seluruh Malaysia ditamatkan, saya ulang, SELURUH MALAYSIA, malamnya, Najib Tun Razak buat pengunguman yang Qari serta Qariah Malaysia akan mendapat imbuhan bulanan berjumlah RM2000 sebulan seumur hidup. Seperti kata abah saya,
"Tengok saja langkah si Najib, apa yang dia nak buat. Kontrak pekerja kerajaan ditamatkan, Qari dan Qariah pulak dapat imbuhan seumur hidup. Rezeki orang lain disekat untuk bagi rezeki kepada orang yang memartabatkan Islam. Kesian, berkat ke duit tuh nanti?"
Saya diamkan saja. Berkat atau tak bukan kita yang tentukan. Biarlah, kata lelaki saya. Sejak jadi supervisor kat Tesco, lelaki saya lebih sibuk daripada biasa. Kerja pun kat Tesco, cuti pun tak menentu. Letih pun bertambah.
"B kena kerja. Kan kita nak kawin?"
Saya senyum.
Bahagia.
Teramat sangat.
Tuhan,
Terima kasih.
*Menangis lagi, terharu.
*Siapa baca entry ni yang rasa macam nak muntah hijau, sila la. Saya tahu Sayang saya.
1 comment:
sumer nk citer dlm blog ke sayang..malu la b..hehe..
Post a Comment