_
Live Blogging Via Nokia N97mini.
Tuesday, April 19, 2011
Bag macam tong sampah?
Tadi budak-budak dekat tempat kerja dok belek bag aku. Macam Awal Ashaari dah aku tengok deme punggah beg aku. Aku rasa aku tak kesah kot deme nak punggah bag aku. Aku chill sajos, aku kan kakak dekat situ. Haha. Tapi, agak sedikit terkamjat bila deme kata bag aku macam tong sampah. Barang berterabur, tak organize. Ok, aku ingat akulah manusia yang paling organize sekali rupa-rupanya budak-budak ni lagi teratur. Jadi, terdiamlah aku.
Sunday, April 17, 2011
Weekend.
Sebenarnya, bosan jugak kalau kerja yang weekend-nya cuti. Weekend, tak tau nak buat apa. Tapi weekend ni dipenuhi dengan aktiviti bersama keluarga. Abah's cousin datang dari KL. Fatin's mom and brother datang Ipoh. Penuh jugaklah rumah.
Yang paling best, aku dapat merasa home-made nasik briyani gam yang Uncle Tapa masak. Super sedap ok! Sampai aku terasa nak suruh Uncle Tapa masak menu tu untuk wedding aku. Untuk engagement tak berpeluanglah nampaknye sebab orang datang nanti makan lauk kenduri kawen Along aku sekali. Haha.
Lauk-pauknya simple je sebenarnya. Sup ayam yang aku sangka ayam masak kurma sebab warnanya macam lauk ayam masak kurma (jadi macam lauk ayam masak kurma sebab dia masak guna serbuk sup asli yang sebenarnya mamak style) and daging masak limah (tak taulah aku kenapa namanya limah). Kalau nak sedap lagi, buatlah acar ke kan.
Tapi Along cakap aku tak boleh buat menu ni untuk wedding aku nanti. Sebab aku kan nak buat concept hi-tea. Aiyarkkk!
Hari ni, Fatin and family dah gerak balik. Uncle Tapa stay sampai esok. Fatin pulak balik awal sebab dia ada family day UTPHost. Semalamnya dia buat caramel pudding untuk bawak ke family day tu, 1 bancuhan dia tinggal untuk aku makan. Tapi malangnya, aku dapat makan sikit je. Yelah, ramai kan dalam rumah.
Tengahari macam tu, Marwan datang ambik aku. Aku dah janji dengan dia nak tolog dia hafal menghafal. Esok dia dah start exam. First paper, Cadester. Pegi lunch apa semua dulu. Lepak mcD sajos and terus memulakan sesi hafal menghafal dekat situ. Senang, air boleh re-fill. Haha.
Marwan sangat tak suka menghafal. So, dia cepat hilang mood. Tambah-tambah bila dia buat sesi menghafal dengan aku yang agak garang (dia katalah). Dia ajak pulak aku jalan-jalan. Tapi time tu tengah panas lagi. Aku dengan Marwan kan mengada-ngada takmo kena panas. Haha.
Aku pun ajaklah dia pegi tengok airport. Dekat saja dengan rumah aku. Airport Ipoh tu macam tak berfungsi. Last time masa aku pegi Kuching masa tahun 2002, MAS boleh lagi naik dekat situ tapi transit dekat KLlah. Lepas renovation apa entah, hanya FireFly je yang ber-operation dekat situ, tu pun certain places saja yang dia pegi. Along pernah jugaklah naik dari airport Ipoh masa dia pegi Hatyai dulu. Tadi aku pegi, FireFly taktaulah ada lagi ke tak. Tapi ada private airline nama Fly2Ipoh ke apa entah. Tapi tadi tengok dia pegi Subang dengan JB je pon.
Tunggu jugak flight nak landing ke. Memang takdelah kan. Haha. Segan jugak Ipoh takde proper airport. Airport dekat De Garden adalah. Ahahah. Tettttt.
Aku tak tangkap gambor pon tadi. Along ambik balik n97 dia for a while. Sebab iphone dia update lepas jailbreak lama gila. Langsung tak berhandphone dah aku. Bosan kot. Nasiblah Marwan tau yang gepren dia ni social network freak, dia bagi je aku pegang htc dia tadi. Tapi, Android macam bosan surface social networknya. Haha. Banyak bunyi.
Esok dah kerja. Agak-agak ada lagi tak Monday blues?
Dah, toodles!
Lotsa love,
Saturday, April 16, 2011
Pernah dengor lagu Amy Mastura, Siapalah Aku tak?
Oklah, senang-senang, bior aku admit yang aku jenis bising. Macamlah semua orang tak tau tahap kebisingan aku bila berhadapan dengan sesuatu issue. Seperti betulnya bidalan malang tidak berbau, situasi tu kena dekat batang hidung aku dan siapa-siapa saja yang berkenaan.
Please take note, kerana kemalangan yang melanda dalam perhubungan sesama kawan, aku sekarang bermasam muka bukan dengan satu individu sahaja. Diulangi, BUKAN DENGAN SATU INDIVIDU SAHAJA.
Jadi, seperti biasa. Walaupun status dekat Facebook aku bukan-bukan, kalau individu-individu ni agak kenal aku, mereka akan tahu status aku sangat random. Maaflah kalau mereka rasa status aku tu untuk mereka. Biar aku admit lagi, memang kadang-kadang status aku untuk mereka. Tapi yang mana satu? Pandai-pandailah sesuaikan.
Dan kalau mereka-mereka ini sedar dengan concept manusia tak pernah sempurna dan sentiasa buat salah, status aku mungkin terkesan untuk mereka. Aku bercakap berdasarkan apa yang mereka-mereka pernah kata dekat aku.
Tak kiralah apa yang mereka pernah kata dekat aku, penting atau tidak. Seakan amanat mereka dah beri pada aku, kalau aku tak pernah sekali pun cuba untuk buat, kamu sendiri pun tahu apa hukumnya.
Nampak seperti aku nak menegak benang yang basah kan?
Nampak macam aku nak menang sentiasa ada di atas kan?
Oh, itu rupanya 'princess disease' yang Jie-jik cuba nak kata. Terima kasih Prof. Dr. Jie-jik. Haha.
Atas permintaan ramai, aku mungkin akan berdiam. Silent is way, way better, or so said them. Tapi macam mana dengan rasa-rasa yang ada dalam diri aku yang gemok gedempol ni? Maaf kalau cara aku salah bagi mereka.
Bukan seorang, tapi kesemua mereka cakap, reveal apa yang tak puas hati akan burukkan lagi keadaan. Siapa suruh reveal? Aku pun taknak reveal. Tapi sekurang-kurangnya, mereka pun kena tahu kelemahan diri mereka. Bukanlah style aku bila dah berbaik semula, tengah sembang-sembang, baru nak reveal semua balik eh-dulu-aku-pernah-kutuk-bla-bla-bla.
Kutuk, kutuk sudah. Bila dah mintak maaf, ya sudah. Simpan sahaja kutukan itu dalam benak mu. Aku tak suka jilat ludah aku balik. Bukan sedap pon. Oh, maaf sekali lagilah kalau ada diantara mereka yang terasa dengan ayat aku ni.
Nampak lagikan aku nak menegakkan benang yang basah?
Nampak lagikan aku nak menang sentiasa ada di atas kan?
Nevertheless, mereka mengamalkan policy just forget and forgive.
But still, siapalah aku untuk memaafkan mereka?
Hmm.
Walau macam manapun, aku akan terus 'bising' dekat blog aku, dekat Facebook aku. Kalau mereka sudah muak, unfriend saja aku di Facebook. Buang saja blog aku dalam bookmark list mereka. Aku takkan 'bising' dekat telinga mereka lagi.
Kalaupun status aku se-random mana pun, kalau mereka nak terasa pun, akan terasa jugak. So, sorrylah ye.
Forgive me for any errors ive made.
Sudah. Bye.
Lotsa love,
Friday, April 15, 2011
Oh, she's back!!
Aku try-trylah bukak blog si Jie-jik. Rupanya dia dah unprivate blog dia. Errr, memang dia takde any particular problems dengan aku, tapi dia BAHAN LAWAK aku. Bahan lawak, get it? L to the A to the W to the A to the K. Hahahahahah. LAWAKKKKK!!
Thursday, April 14, 2011
Quick Updates.
+ Takde ape yang best berlaku.
+ Semalam shopping sakan dengan Fatin.
+ Tercapai jugak untuk memiliki beberapa barang idaman yang sebelum ni tak mampu aku nak beli.
+ Menabung itu bagus jugak ye?
+ Aku tengah berkira-kira nak ke Bukit Tinggi pulak ni. Hmm.
+ Battery handphone aku penuh sampai balik kerja.
+ Menandakan aku makin kurang ber-social network.
+ Ye lahkan, aku kan dah takde kawan?
+ Sudah.
+ Toodles!
Lotsa love,
+ Semalam shopping sakan dengan Fatin.
+ Tercapai jugak untuk memiliki beberapa barang idaman yang sebelum ni tak mampu aku nak beli.
+ Menabung itu bagus jugak ye?
+ Aku tengah berkira-kira nak ke Bukit Tinggi pulak ni. Hmm.
+ Battery handphone aku penuh sampai balik kerja.
+ Menandakan aku makin kurang ber-social network.
+ Ye lahkan, aku kan dah takde kawan?
+ Sudah.
+ Toodles!
Lotsa love,
Wednesday, April 13, 2011
Game Review: Perak vs. Kelantan.
Macam terer pulak aku nak review pasal bola kan? Hentam sajalah. Ni dari perspective aku, sebagai seorang perempuan dan sebagai peminat bolasepak tempatan terutama negeri tanah tumpah darah aku iaitu Perak Darul Ridzuan. Jadi kome akan nampak aku tulih berdasarkan sifat kenegerian yang tinggi. Sesungguhnya, aku memang bersikap begitu terhadap negeri aku. Haha.
Aku ambik cuti lagi untuk tengok game yang boleh kata tough dan crucial ni (nampak tak betapa aku sayang team Perak?). Mana taknya, lawan Kelantan yang goalie-nya adalah Khairul Fahmi Che Mat, goalie kebangsaan. Ramai yang bet, Perak akan kalah. Kelantan pernah belasah Felda Utd, 6-0 kot!
Marwan dengan aku tak jangka sama sekali yang ramai gila akan datang stadium. Sebab Astro Arena ada buat live broadcast. Mungkin sebab lawan dengan Kelantan jugak, orang ramai datang nak tengok. Aku dengan Marwan menapak jauh tadi. Mujor banyak tempat parking gate-nya bukak.
Rupa-rupanya, masa aku tengah beli apam balik Pasar Gunung Rapat, sembang-sembang dengan brother tu, dia kata dari petang dah ramai gila. Tiket dekat beberapa gate dah habis jual. Masa aku sampai tadi, masuk ikut gate biasa yang kami masuk, cuma gate tu je yang masih ada jual tiket. So, panjang gilalah beratur.
Tunggu Loq sampai. Masuk stadium memang harapanlah nak dapat seat berbumbung. Pasrah sajalah kami kalau hujan. Memang, tengah game hujan pun turun tapi tak lebat. Cuma rintik yang kasar.
First half minit kelima, Fazrul Hazli buat first goal untuk Perak. Goal kedua, Syafiq Jamal and goal ketiga, Akmal Rizal. Goal kedua dengan ketiga sumpah aku tak tengok jam pukul berapa deme score. Haha. Goal ketiga tu dalam second half.
Masa dah goal ketiga, dah kecoh-kecoh dalam stadium bila Kelantan mula tak boleh terima yang deme bakal kalah. Nak pulak supporters Perak dok menari terbungkang depan deme. Udah bergaduh la pulak. Supporters Kelantan ada yang baling dustbin dengan kerusi.
Kelantan, dari dulu sampai sekarang, memang terkenal dengan supporters-nya yang gila aggresive. Lawanlah dengan siapapun, kalah je nak buat hal. Kojenye asyik nak menang je pon. Kejadah apa macam tu? Deme datang tempat orang pun nak buat hal, orang lain datang tempat deme pun deme nak balun.
Tapi bukan semua supporters Kelantan yang buat hal. Ada yang cool gila. Keluar stadium bila jumpa supporters Perak boleh je congratulate each other, boleh tangkap gambor sama-sama, boleh polok-polok semua. Bukan macam tu ke semangat kesukanan?
Tengah kecoh-kecoh gaduh apa semua, Razali Umar yang dah lama berehat kerana masalah disiplin telah menjaringkan goal kemenangan untuk Perak. Jadi jumlah semua goal adalah empat bijik. Kelantan, takde bijik, bawak balik telor tiruan sajos.
Belum kira nak keluar stadium lagi. Ramai sangat umat manusia, aku tunggu lebih kurang 20 minute baru lepas keluar stadium. Estimated, adalah dalam 20 000 orang tadi. Dekat luar, ada lagi gaduh. Tapi tak taulah apa cerita.
So, full time score adalah, Perak 4-0 Kelantan.
Sabtu ni lawan Selangor yang tengah ada dalam first place dalam chart tuh. Kalau menang dengan Selangor, Perak naik first place dalam Super League chart.
Menang 4-telor dengan Kelantan tak boleh nak dibanggakan lama sangat. League panjang lagi oih. Harap-harap, dapatlah masok final. Final pon jadilah. Haha.
Oh, this Khairul Fahmi, goalie kebangsaan. Bukan ke dia hebat? Masa Malaysia menang Piala AFF Suzuki semua orang dok sanjung dia. Ni lawan dengan Perak cikai-cikai kot, dah bolos dara 4 bijik. Tak hebat sangat rupanya. Eh bukan. Bukan tak hebat. Tapi adat dalam apa juga benda, sekejap menang, sekejap kalah. ;)
Lagi satu, lupa pulak aku nak puji goalie Perak, Nasril Nourdin. Tak bolos dara okeh! Kalo nak compare dia dengan si Khairul Fahmi la kan.
![]() |
| Full house. |
![]() |
| The Red Warriors yang masa starting game baik-baik sajos. |
![]() |
| Khairul Fahmi oh yeah! |
![]() |
| Masa ni score 2nd goal kot. |
![]() |
| Suddenly, supporters Kelantan hilang. Sebab apa? Sebab masuk dalam nak bantai orang, carik gaduh and so on. |
![]() |
| FRU memainkan peranan mereka. Tapi macam haremmm, lambat bertindak. |
![]() |
| 1st time sepanjang experience aku datang stadium tengok bola, seat yang tak berbumbung pun penuh. |
![]() |
| Tak taulah celebration goal ke berapa neh. Banyak sangat goal nye pon. Hehe. |
![]() |
| Umat penyokong. |
Goal highlight cortesy of Astro Arena.
___
Zainal Abidin Raup dari dulu sampai sekarang suka merendahkan players Perak. Siapa tengok live broadcast dekat Astro Arena tadi, dengorlah macam mana dia ulas game neh. Damn you Zainal Abidin! Kite bakor je!!
Lotsa love,
Subscribe to:
Posts (Atom)












