Saturday, April 16, 2011

Pernah dengor lagu Amy Mastura, Siapalah Aku tak?

Oklah, senang-senang, bior aku admit yang aku jenis bising. Macamlah semua orang tak tau tahap kebisingan aku bila berhadapan dengan sesuatu issue. Seperti betulnya bidalan malang tidak berbau, situasi tu kena dekat batang hidung aku dan siapa-siapa saja yang berkenaan.

Please take note, kerana kemalangan yang melanda dalam perhubungan sesama kawan, aku sekarang bermasam muka bukan dengan satu individu sahaja. Diulangi, BUKAN DENGAN SATU INDIVIDU SAHAJA.

Jadi, seperti biasa. Walaupun status dekat Facebook aku bukan-bukan, kalau individu-individu ni agak kenal aku, mereka akan tahu status aku sangat random. Maaflah kalau mereka rasa status aku tu untuk mereka. Biar aku admit lagi, memang kadang-kadang status aku untuk mereka. Tapi yang mana satu? Pandai-pandailah sesuaikan.

Dan kalau mereka-mereka ini sedar dengan concept manusia tak pernah sempurna dan sentiasa buat salah, status aku mungkin terkesan untuk mereka. Aku bercakap berdasarkan apa yang mereka-mereka pernah kata dekat aku.

Tak kiralah apa yang mereka pernah kata dekat aku, penting atau tidak. Seakan amanat mereka dah beri pada aku, kalau aku tak pernah sekali pun cuba untuk buat, kamu sendiri pun tahu apa hukumnya.

Nampak seperti aku nak menegak benang yang basah kan?
Nampak macam aku nak menang sentiasa ada di atas kan?

Oh, itu rupanya 'princess disease' yang Jie-jik cuba nak kata. Terima kasih Prof. Dr. Jie-jik. Haha.

Atas permintaan ramai, aku mungkin akan berdiam. Silent is way, way better, or so said them. Tapi macam mana dengan rasa-rasa yang ada dalam diri aku yang gemok gedempol ni? Maaf kalau cara aku salah bagi mereka.

Bukan seorang, tapi kesemua mereka cakap, reveal apa yang tak puas hati akan burukkan lagi keadaan. Siapa suruh reveal? Aku pun taknak reveal. Tapi sekurang-kurangnya, mereka pun kena tahu kelemahan diri mereka. Bukanlah style aku bila dah berbaik semula, tengah sembang-sembang, baru nak reveal semua balik eh-dulu-aku-pernah-kutuk-bla-bla-bla.

Kutuk, kutuk sudah. Bila dah mintak maaf, ya sudah. Simpan sahaja kutukan itu dalam benak mu. Aku tak suka jilat ludah aku balik. Bukan sedap pon. Oh, maaf sekali lagilah kalau ada diantara mereka yang terasa dengan ayat aku ni.

Nampak lagikan aku nak menegakkan benang yang basah?
Nampak lagikan aku nak menang sentiasa ada di atas kan?

Nevertheless, mereka mengamalkan policy just forget and forgive.

But still, siapalah aku untuk memaafkan mereka?
Hmm.

Walau macam manapun, aku akan terus 'bising' dekat blog aku, dekat Facebook aku. Kalau mereka sudah muak, unfriend saja aku di Facebook. Buang saja blog aku dalam bookmark list mereka. Aku takkan 'bising' dekat telinga mereka lagi.

Kalaupun status aku se-random mana pun, kalau mereka nak terasa pun, akan terasa jugak. So, sorrylah ye.

Forgive me for any errors ive made.

Sudah. Bye.



Lotsa love,
Photobucket

1 comment:

izzanis said...

singgah lawat tuan blog.. :)

be strong dear..