Sebenarnya, bosan jugak kalau kerja yang weekend-nya cuti. Weekend, tak tau nak buat apa. Tapi weekend ni dipenuhi dengan aktiviti bersama keluarga. Abah's cousin datang dari KL. Fatin's mom and brother datang Ipoh. Penuh jugaklah rumah.
Yang paling best, aku dapat merasa home-made nasik briyani gam yang Uncle Tapa masak. Super sedap ok! Sampai aku terasa nak suruh Uncle Tapa masak menu tu untuk wedding aku. Untuk engagement tak berpeluanglah nampaknye sebab orang datang nanti makan lauk kenduri kawen Along aku sekali. Haha.
Lauk-pauknya simple je sebenarnya. Sup ayam yang aku sangka ayam masak kurma sebab warnanya macam lauk ayam masak kurma (jadi macam lauk ayam masak kurma sebab dia masak guna serbuk sup asli yang sebenarnya mamak style) and daging masak limah (tak taulah aku kenapa namanya limah). Kalau nak sedap lagi, buatlah acar ke kan.
Tapi Along cakap aku tak boleh buat menu ni untuk wedding aku nanti. Sebab aku kan nak buat concept hi-tea. Aiyarkkk!
Hari ni, Fatin and family dah gerak balik. Uncle Tapa stay sampai esok. Fatin pulak balik awal sebab dia ada family day UTPHost. Semalamnya dia buat caramel pudding untuk bawak ke family day tu, 1 bancuhan dia tinggal untuk aku makan. Tapi malangnya, aku dapat makan sikit je. Yelah, ramai kan dalam rumah.
Tengahari macam tu, Marwan datang ambik aku. Aku dah janji dengan dia nak tolog dia hafal menghafal. Esok dia dah start exam. First paper, Cadester. Pegi lunch apa semua dulu. Lepak mcD sajos and terus memulakan sesi hafal menghafal dekat situ. Senang, air boleh re-fill. Haha.
Marwan sangat tak suka menghafal. So, dia cepat hilang mood. Tambah-tambah bila dia buat sesi menghafal dengan aku yang agak garang (dia katalah). Dia ajak pulak aku jalan-jalan. Tapi time tu tengah panas lagi. Aku dengan Marwan kan mengada-ngada takmo kena panas. Haha.
Aku pun ajaklah dia pegi tengok airport. Dekat saja dengan rumah aku. Airport Ipoh tu macam tak berfungsi. Last time masa aku pegi Kuching masa tahun 2002, MAS boleh lagi naik dekat situ tapi transit dekat KLlah. Lepas renovation apa entah, hanya FireFly je yang ber-operation dekat situ, tu pun certain places saja yang dia pegi. Along pernah jugaklah naik dari airport Ipoh masa dia pegi Hatyai dulu. Tadi aku pegi, FireFly taktaulah ada lagi ke tak. Tapi ada private airline nama Fly2Ipoh ke apa entah. Tapi tadi tengok dia pegi Subang dengan JB je pon.
Tunggu jugak flight nak landing ke. Memang takdelah kan. Haha. Segan jugak Ipoh takde proper airport. Airport dekat De Garden adalah. Ahahah. Tettttt.
Aku tak tangkap gambor pon tadi. Along ambik balik n97 dia for a while. Sebab iphone dia update lepas jailbreak lama gila. Langsung tak berhandphone dah aku. Bosan kot. Nasiblah Marwan tau yang gepren dia ni social network freak, dia bagi je aku pegang htc dia tadi. Tapi, Android macam bosan surface social networknya. Haha. Banyak bunyi.
Esok dah kerja. Agak-agak ada lagi tak Monday blues?
Dah, toodles!
Lotsa love,



No comments:
Post a Comment