Monday, December 12, 2011

3 b's day out.

Photobucket

Kita dah set date nak dating weekend neh. Since lama gila dah tak lepak complete semua ada. Alhamdulillah lah kali ni menjadi. Last time we all lepak yang semua ada rasanya tahun 2008 kot. Lepas tu bukanlah tak pernah jumpa. Cuma, takde kesempatan nak melepak sama-sama.

Place chosen was Eco Park Botani. Sebab we all nak picnic. Bawak foods dari rumah. Lucky us, sampai pukul 12pm pun hari redup aje. Sakan la ber-photoshoot.

Moh tengok gambor sikit. There's almost 200++ pics hanya dalam masa 3 jam dekat sana. Tak ambik lagi dekat Ila.

What is 3 b's? It's our mengedik mengada nick names masa we all satu tempat kerja dulu. Actually both of them are my Ampang school-mate. Irra (left) memang bestfriend dari form 1 but Ila bila satu tempat kerja baru rapat. It's Bee for Irra, Bebeh for me and Babe for Ila. So, 3 b's it is.
Photography skill aku improve tak? ;p
Ya ampunnnn! Gemok mana neh??

Ok, here comes the unpleasant story of the day.

Pukul 1pm nak balik, sebab Irra got movie date with her mom and aunt at 3pm, pegi la kat motor (ye la, kita naik motor je, mane ade kereta sendiri, kalau nak naik kereta pon, kena berbangga dengan kereta parents. #sarcasm) nak masukkan kunci. Tengok apa yang payah sangat i nak unlock motor neh. Tetiba lubang kunci dah rompong uolss! Ada orang cuba nak kupil motor i!! Theory dikukuhkan lagi dengan kesan calar dekat area lubang kunci.

Call Along, dia luar Ipoh. No choice kenalah call adik aku si Danial. Nasib baik la boleh harap nak datang ke Eco Park tuh. Nak tak nak, kena patahkan handle lock sebab lubang kunci dah rompong kan. Pulak tu, scooter sangat susah nak patahkan handle as my brother and his friends claimed. Hazabb motor aku kena tendang terajang handle-nya tu. Sampai tonggang terbalik.

Tengok motor dah sedikit rabak, plate sheild sudah tercabut sebab diorang terbalikkan motor. Later i'll upload pic motor terbalik.

Sampailah dah petang, memang takde harapan untuk handle tuh dipatahkan, my brother's friend, Tasha dengan baik hatinya call Papa dia mintak tolong hangkut motor aku naik Hilux. Terima kasih banyaklah adik-adik.

Ya Allah!! Nasib baik la tak hilang motor tu. Kalau hilang memang luruh jantung hati limpa aku neh. So much memories with that Nouvo. Dahlah beli pakai nama Marwan, Marwan pernah gantikan top set, Marwan pernah lekatkan sticker, Marwan pernah pinjam. Kalau hilang memang aku meroyan sebab motor tu adalah kenangan terbesar aku dengan Marwan.

Alhamdulillah, panjang lagi jodoh aku dengan Nouvo tu. 

Walaupun, duit bakal melayang dengan hebatnya sebab nak tukar key hole dan alignment handle dah lari akibat tendangan padu semasa cubaan mematahkan handle lock. Ahahah.


Lotsa love,
Photobucket

Saturday, December 10, 2011

Tips on BlackBerry reboot/soft-reset.


Photobucket
Aku tengok tips ni dekat Crackberry. Kenapa kita kena reboot atau soft-reset smartphone kita? Sebab, kalau ada yang pakai smartphone untuk kegunaan berat macam segala jadah social networks, blogging dan e-mail, semakin kerap kita guna, semakin lembab device kita dan semakin sukalah dia meng-hang-kan diri. Reboot/soft-reset sekurang-kurangnya seminggu sekali, insyaallah dapat mengekalkan taraf kesihatan smartphone tersebut.

Untuk BlackBerry, off device, cabut battery lepas tu pasang balik dah boleh dikira sebagai reboot/soft-reset.

Ataupun, untuk sesetengah BlackBerry device macam Curve, Bold, Tour, Torch yang keypad-nya ada (bukan touchscreen), untuk reboot, boleh tekan button Alt+Shift+Del.

Ni ada satu application, untuk BlackBerry device yang tak de Alt+Shift+Del macam Storm, Pearl dan Playbook. QuickPull namanya.QuickPull frees memory by simulating "battery pull" soft reset without having the battery pulled out. So, senang la. Nak reboot tak payah susah-susah nak tarik battery keluar. Tambah-tambah kalau pakai casing, urghhh susahnya!

Setiap cali selepas reset, QuickPull akan inform berapa memory yang dia dah 'clear'kan.

Dengan QuickPull, boleh scheduled reset, means kita set-kan pukul berapa dia akan reset-kan BlackBerry kita, so bila on scheduled reset dia akan reset BlackBerry kita everyday pada time yang dah ditetapkan. Atau, manual reset, kita boleh reset BlackBerry kita bila rasa perlu.

But i prefer to reset my BB everyday (scheduled reset). 


Oh, mind you, QuickPull app ni tak makan battery. You can get it for free at BlackBerry AppWorld on your device Or simply click here. Overall, i give this app 4 and a half stars.

Keep your BlackBerry healthy with QuickPull! ;D


Lotsa love,
Photobucket

Friday, December 09, 2011

Baru semalam aku memaafkan orang.


Photobucket
Aku masih hormat kau atas dasar sesama manusia. Sebab tu aku tak dedahkan siapa kau.  

Yes, baru semalam dengan kerendahan hati dan ikhlasnya aku memaafkan semua orang termasuk la yang fitnah aku santaukan Marwan dan orang-orang yang percaya dengan cakap orang-orang yang sebarkan fitnah in the first place tu.

And today, i get this (picture above). Bangang. Aku dah block beberapa kawan Marwan yang percaya dengan fitnah dari Mak dan kakak-kakak Marwan tu. Reason being aku block adalah mereka ni secara sinis ada jugak menyindir aku beberapa kali. Tapi tak pernah datang straight to my ass and tanya what happen. Aku block mereka di Facebook long time ago but, guess i forgot to block them at Twitter.

This particular person, F****** A*****, kenal Marwan tak lama pun. Sekejap saja, around 6, 7 month gitu je sebab satu tempat kerja sebelum contract Marwan tamat. Aku rasa, sepanjang berkawan dengan Marwan, takde la rapat mana.

Habis, dengan percaya apa yang Mak dan kakak-kakak dia cakap akan membuatkan kau kawan sejati Marwan? Tidak ye. 

Listen here fella/s, adalah lebih baik kau sedekahkan banyak-banyak Yassin dan Al-Fatihah dekat Marwan, bukannya terus nak men-taik dengan aku. 

And this one bullshit person, don't even have kote to man up and mention me at my timeline. Sebab takde kote, dia hanya DM aku saja. Sebab tu aku cakap, percaya dengan fitnah dan menyinis dengan aku, tapi tak pernah tanya aku hal yang sebenar, inilah hasilnya.

Ha, the 'set-set' thingy came from cerita Tentang Dhia dekat TV3 tu. Sebab Mak si Zikir tu nak santaukan Mak Dhia and she said to the tok bomoh something like, "...saya nak santau satu set." Seriously, i have no love for that series anymore. 

But still, F****** A*****, aku dengan ikhlas hati memaafkan kau dunia akhirat. Tapi, kau memang celaka dunia akhirat.

Enough said.


Lotsa love,
Photobucket

Thursday, December 08, 2011

Maaf.


Photobucket
Aku pernah nampak dekat Facebook (kan orang suka share) yang dekat hari timbang dosa-pahala esok, ada orang yang dah menghampiri syurga tapi Allah belokkan dia ke neraka hanya kerana hatinya tidak memaafkan, tidak ikhlas memaafkan.

Nampak tak betapa big deal-nya soal memaafkan ni? Insyaallah kalau cukup amalam kita dapat masuk syurga tapi dengan tak memaafkan orang atau maafkan orang dengan hati yang ikhlas saja Allah boleh campak kita ke tempat jahanam.

Mintak maaf satu hal lain.

Orang selalu cakap, sebelum tidur, baca doa tidur, baca ayat Kursi, baca 3 Qul, dan bisik dalam hati "aku maafkan orang-orang yang menganaiya dan berbuat jahat pada ku secara langsung atau tidak langsung."

Mati kita, kita tak tau bila. Nak ke kalau esok atau Subuh karang kita mati, kita mati dengan hati yang tidak memaafkan orang yang pernah buat salah dekat kita? Tak kira la salah apa, kita tau orang tu pernah mengutuk belakang kita, orang tu fitnah kita, orang tu pernah curi duit kita atau salah apa-apa la, tapi orang tu tak pernah pun nak mintak maaf dekat kita. Takpe, maafkan sajalah. Besar ganjarannya.

Aku tulis benda ni seolah-olah talking to my very own self. 

Aku bukanlah besar dan mulia nak memaafkan orang. Tapi, saat ni aku maafkan siapa-siapa yang pernah dengan sengaja atau tak berbuat salah dengan aku. Aku ikhlaskan. Dan aku sebagai manusia yang paling lemah antara hamba Allah, dengan rendah diri, pun mintak maaf kepada sesiapa saja yang pernah aku buat salah. Aku harap, siapa-siapa sajalah yang aku pernah buat salah turut ikhlaskan hati memaafkan aku.

Tapi aku ada masalah.

Aku pernah difitnah dengan benda yang paling berat untuk aku terima bila Mak dan kakak-kakak Marwan tuduh aku santaukan Marwan. Aku marah, aku sedih. Sebab benda tak betul. Walaupun sampai sekarang diorang tak sedar yang aku (dan juga beberapa orang lain yang turut kena tuduh) tak bersalah, walaupun diorang tak pernah datang mintak maaf atas fitnah yang diorang dah buat sampai Marwan nak balik semula ke tanah pun aku tak dapat jumpa, tugas aku sementara hidup tetap kena ikhlas memaafkan.

Masalahnya, aku tak jumpa lagi keikhlasan untuk memaafkan Asmah, Norawati, Noraini dan Norliyana itu.

Macam mana kalau kejap lagi aku mati? Aku tak mau masuk neraka. Macam mana nak buat ye? Hmmm.


Lotsa love, 
Photobucket

Resolutions.


Photobucket
Kalau ikutkan, masa-masa sekarang, kalau previous years, dah ada dah resolutions list. Tapi for this coming 2012 aku decide taknak buat resolutions.

No resolutions for 2012.

Oh, except one. Hanya satu saja resolution; untuk melunaskan resolutions tahun-tahun sebelum. :)


Lotsa love, 
Photobucket

Wednesday, December 07, 2011

Happy and miserable.

"Being any kind of happy is better than being miserable about someone you can't have." --Leah Clearwater, Breaking Dawn Part 1.


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone