
Aku pernah nampak dekat Facebook (kan orang suka share) yang dekat hari timbang dosa-pahala esok, ada orang yang dah menghampiri syurga tapi Allah belokkan dia ke neraka hanya kerana hatinya tidak memaafkan, tidak ikhlas memaafkan.
Nampak tak betapa big deal-nya soal memaafkan ni? Insyaallah kalau cukup amalam kita dapat masuk syurga tapi dengan tak memaafkan orang atau maafkan orang dengan hati yang ikhlas saja Allah boleh campak kita ke tempat jahanam.
Mintak maaf satu hal lain.
Orang selalu cakap, sebelum tidur, baca doa tidur, baca ayat Kursi, baca 3 Qul, dan bisik dalam hati "aku maafkan orang-orang yang menganaiya dan berbuat jahat pada ku secara langsung atau tidak langsung."
Mati kita, kita tak tau bila. Nak ke kalau esok atau Subuh karang kita mati, kita mati dengan hati yang tidak memaafkan orang yang pernah buat salah dekat kita? Tak kira la salah apa, kita tau orang tu pernah mengutuk belakang kita, orang tu fitnah kita, orang tu pernah curi duit kita atau salah apa-apa la, tapi orang tu tak pernah pun nak mintak maaf dekat kita. Takpe, maafkan sajalah. Besar ganjarannya.
Aku tulis benda ni seolah-olah talking to my very own self.
Aku bukanlah besar dan mulia nak memaafkan orang. Tapi, saat ni aku maafkan siapa-siapa yang pernah dengan sengaja atau tak berbuat salah dengan aku. Aku ikhlaskan. Dan aku sebagai manusia yang paling lemah antara hamba Allah, dengan rendah diri, pun mintak maaf kepada sesiapa saja yang pernah aku buat salah. Aku harap, siapa-siapa sajalah yang aku pernah buat salah turut ikhlaskan hati memaafkan aku.
Tapi aku ada masalah.
Aku pernah difitnah dengan benda yang paling berat untuk aku terima bila Mak dan kakak-kakak Marwan tuduh aku santaukan Marwan. Aku marah, aku sedih. Sebab benda tak betul. Walaupun sampai sekarang diorang tak sedar yang aku (dan juga beberapa orang lain yang turut kena tuduh) tak bersalah, walaupun diorang tak pernah datang mintak maaf atas fitnah yang diorang dah buat sampai Marwan nak balik semula ke tanah pun aku tak dapat jumpa, tugas aku sementara hidup tetap kena ikhlas memaafkan.
Masalahnya, aku tak jumpa lagi keikhlasan untuk memaafkan Asmah, Norawati, Noraini dan Norliyana itu.
Macam mana kalau kejap lagi aku mati? Aku tak mau masuk neraka. Macam mana nak buat ye? Hmmm.



No comments:
Post a Comment