Thursday, December 29, 2011

Undi.


Photobucket
Semua orang pun tau kan, bila seorang warga negara Malaysia dah berumur 21 tahun, mereka telah dilayakkan untuk mengundi. Mengundi untuk menentukan siapa yang patut memerintah negara kita. Memang, kebanyakan kita yang muda banyak yang tak ambik berat pasal undi-undi ni dan raaaaamai lagi yang tak pegi daftar.

Sebab kita orang muda anggap, 'politik tengah kotor'. Tapi ada jugak yang dah berusia tak pernah mengundi. Yang dah berusia ni pulak anggap, 'asal negara aku selamat, makan pakai cukup'.

Well, myself included. Sebelum-sebelum ni aku anggap 'politik tengah kotor' dan aku keliru parti mana yang betul dan anggapan pertama menjurus untuk aku anggap, parti mana yang memerintah, 'asal negara aku selamat, makan pakai cukup'. Hehe.

Tapi, mendaftarkan diri anda sebagai pengundi lebih dari sekadar anggapan-anggapan tersebut.

Betapa besarnya kuasa yang diberikan untuk memilih pemerintah negara. Cuma terletak ditangan kita untuk memilih parti mana yang 'betul-betul'. 

It's hard right? Especially untuk golongan muda mudi macam aku ni, yang layak mengundi dalam era politik bukan 'betul-betul'. Tapi, aku bukan nak cerita pasal politik. Hehe. Takotttt.

Tahukah anda, setakat Disember, seramai 3.7juta rakyat Malaysia yang masih belum mendaftar sebagai pengundi. Ramai gila! Padahal bukan susah pun nak daftar sebagai pengundi. Boleh daftar dekat pejabat pos, pegi dekat SPR negeri. Tak susah pun, bagi ic je pun.

Undi tu satu tanggungjawab sebenarnya. Untuk diri kita dan rakyat-rakyat yang lain dan jugak untuk masa depan anak cucu cicit kita. Satu benda yang tak penting tapi berkaitan dengan generasi akan datang.

Aku dah mendaftar. Kome bila lagi? :)



Lotsa love, 
Photobucket

No comments: