Friday, October 07, 2011

Benda best kalau kena tarik balik, apa kita rasa?


Photobucket

Seperti yang sedia maklum, aku adalah seorang social network addicts. Mungkin belum sampai tahap cronic lagi la kot. Boleh dikatakan semua social networks aku register, tinggal active dengan tak active saja. Aku ber-social network mengikut trend semasa dan peredaran zaman. 

Masa orang sibuk-sibuk main MySpace dengan Friendster, aku pun ada. Sekarang kalau ada, untuk seorang dewasa macam aku ni, mesti orang kata; ohemgee you're so 2006!

Sekarang zaman Facebook dan Twitter. Aku active dekat dua-dua social networks ni. Once, i deleted my Facebook account, tapi sekarang aku dah ada yang baru, just for the person i wanna be friend with. Bukan nak bajet artis, but certain people can't accept me for who i am. Hahahah.

So, bila dah buat balik account yang dah di-delete, makanya aku memang Facebook addicts la jugak ye?

Aku seorang pengguna Digi, Digi Campus to be exact. Digi Campus adalah awesome! Selain takde credit expired, SMS dengan 11 orang Friends & Family adalah percuma. Tapi tu tahun lepas. Start pertengahan tahun ni Digi dah bagi rate baru untuk Digi Campus. Tiada lagi SMS free. SMS to Friends & Family kena charge 1sen.

Satu benda best dah kena tarik. 

Masih lagi pasal Digi Campus. Tahun lepas, kalau on call, dah hit RM2 akan dapat free call sampai la cukup tempoh 24 hours. Sekrang tak lagi. Hit RM2, hanya dapat 100 minutes free call saja.

Lagi satu benda best dah hilang.


Dah kata kan? Digi memang awesome! Untuk orang yang suka Facebook macam aku ni, Facebook free saja kalau pakai Digi. It's called Zero Facebook (0.facebook.com). Zero Facebook kekurangan dia cuma tak boleh tengok gambar saja. Semata-mata tulisan. Kalau click ke link gambar, dia akan direct-kan ke Facebook mobile macam biasa (m.facebook.com).

Cool kan Digi?

Tapi tu tahun lepas la. Tahun ni, Zero Facebook masih ada, masih free. Cuma, di-renyah-kan oleh Digi supaya Zero Facebook hanya boleh di-access hanya melalui Opera Mini.

Benda best yang tak kena tarik lagi, tapi semacam menyusahkan.

Tapi, Digi masih awesome di hatiku sebab Blackberry Internet Service Digi sangat murah dan berbaloi-baloi! RM25/month and it is unlimited! Baik Facebook ke, Twitter ke, UberTwitter ke, e-mails ke, browser ke, pakai la lama mana pon, takde nye line jadi slow ke ape ke.


Aku suka!

Hmm, bila fikir balik, kalau la ada satu-satu bulan tu aku ter-miss nak topup and tak dapat nak subscribe BIS, Zero Facebook amat diperlukan. Tapi aku malas nak install Opera Mini tu. Macam mana?
 
Jadi aku harap Digi BIS tak menaikkan harga atau limited-kan service. Heh!



Lotsa love,
Photobucket

Back on track.


Photobucket

Yayyy! Strimik dah sambung balik. Boleh la ber-blogging seperti sedia kala, kalau rajin. Agak susah ye takde strimik dekat rumah. Sebab aku kan suka memaki dekat blog dan social networks aku. Walopon masa strimik kena barred aku boleh je online kat henpon. Hehe.

Kebelakangan ni (sejak Marwan dah takde), selalu je post macam sedih-sedih kan? Bukan la takde benda yang menggembirakan, adaaaa. In fact, a lot, tons! Sebab masa aku sedih-sedih tu la ramai orang cuba menggembirakan aku. Deme ajak aku keluar la, bawak aku jalan-jalan la. 

Terima kasih la kawan-kawan. Irra, Fyna, Shyda, Elle and others. And kawan-kawan Marwan jugak.

Terima kasih jugak dekat Mak, Abah and Along. Walopon kadang-kadang, semenjak Marwan pegi tinggalkan kita ni, they put me into this 'kind of situation'. Haha.

However, life must go on. I bet Marwan pon takmo tengok aku menangeh sepanjang masa. Aku rasa dia lagi suka kalau aku bergelak ketawa, bersuka ria meneruskan hidup. Tapi, tu nanti la. Aku admit yang aku masih dalam grief process lagi. 

Dalam sedih-sedih tu, ambik la sikit masa untuk gembira supaya lama-lama sedih aku tu mungkin akan hilang. Ambik masa sikit.

Biasa la, manusia kan?



Lotsa love,
Photobucket

Sunday, October 02, 2011

3 weeks.

"I've been acting like I'm ok but I'm not. They say it's a broken heart but I hurt in my whole body. What if I stay like this forever? What if I never get over this situation?"

"You will. You'll see."

I've been missing you this 3 weeks. I know where you are but I'm still asking to myself where have you been and what took you so long to come to me.

Hang in there sayang. I'll come to you soon.

Al-Fatihah.


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Friday, September 30, 2011

Let's move on!

Aku beli pewangi kereta yang sama Marwan pakai, aku letak dalam bilik aku. Supaya aku rasa aku macam naik kereta dengan dia.

Every night I sleep with Marwan's t-shirt (lucky I kept one) so that I can still feel him.

I occasionally talk to Marwan (sebenarnya bercakap dengan diri sendiri) sebab aku tak nak connection tu putus dan yes, I still feel the connection.

Orang nampak aku kuat, boleh keluar kerja, lepak dengan kawan-kawan but you guys don't know I still cry before I fall asleep. And I cry hard.

Aku menangis bila baca Fatihah macam betul aku mati suami (padahal dia hanya boyfriend).

Ya, memang, aku dengan Marwan hanya terbatas sebagai kekasih saja. Tapi tak bermakna aku kena cepat move on. Aku dengan dia berpisah mati. Lain rasanya. Unlike you guys yang break up sebab cheating and what not.

Move on, memang kena move on. But i'll move on with my own ways la ye. No need directions from you guys. I know you guys trying to help me but without realizing your action and speak, you did hurt me and my feelings.

So, move on my assssss!!


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Saturday, September 24, 2011

Tekad.

Perjalanan kehidupan
Di kiri dan kanan dugaan cabaran
Keseorangan menempuh ujian
Meneruskan perjuangan

Keimanan, keyakinan
Sinar harapan penunjuk haluan
Walaupun payah kau harus tabah
Demi mencapai segala impian

Takdir maha Esa, restu ayah bonda
Menggapai cita-cita
Usah putus asa, kelak kau berjaya
Membela nasib mu
Masanyakan tiba

By, Hazami.


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Thursday, September 22, 2011

Waktu sakit.

Aku tengah tak berapa sihat. Sakit gigi datang balik. Macam ni la selagi gigi bongsu tak habis tumbuh lagi. Sakit gigi boleh buat badan rasa nak demam. Badan jadi tak best saja.

And time-time cenggini la memang aku teringat gila dekat arwah Marwan. Hmm.

Mak Abah aku tak ambik port sangat pasal sakit demam aku. Bukan salah deme, aku yang dari kecik suka tunjuk sifat berlagak kuat dan survivor.

Bila dah ber-boifren, teringin nak mengada-ngada dengan boifren, bila sakit pening nak mengadu domba.

And as caring person as he was, dari mula lagi bila aku try test mengadu domba sakit pening, cepat saja Marwan bawak ubat untuk aku. FOC. Kebetulan, kakak dia (yang sekarang meng-iblis-kan aku) adalah seorang nurse so senang dapat ubat. Ubat yang paling mujarab pulak tu.

Sekarang dah takde. Bila kenang hati sebak.

Normal lah kan?

Hmm.


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone