Friday, April 06, 2012

Social networks dan selepas kita mati.


Photobucket
Sejak minggu ni, heboh sana-sini tentang seorang Ibu yang merayu supaya account Facebook anak perempuannya yang telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di-hack. Mengikut cerita, anak perempuannya telah meninggal dunia 5 atau 6 hari yang lepas.

Ini kerana si Ibu telah bermimpi yang si anak perempuannya telah diseksa dengan azab akibat gambar-gambar allahyarhamah yang tidak menutup aurat di Facebook milik allahyarhamah, Nur Farrahin, seorang pramugari di AirAsia.

Bila tengok di Facebook kawan-kawannya, dikatakan ramai yang dah cuba hack tapi still tak berjaya. Alhamdulillah lah ramai yang nak tolong ibunya sampai sudi berhubung dengan pihak Facebook sendiri.

Hmmm. Aku bukan la nak cakap pasal akibat mendedahkan aurat dekat social network dan apa akibatnya. Rasa macam tak layak, walaupun sesama umat Muhammad WAJIB nasihat menasihati. Cuma, dah memang kan, aurat tu wajib. Tiada alasan. Itu hal lain.

Sebenarnya macam ni. Aku rasa la, segala password social networks yang kita ada, be it Facebook, Twitter, Blogspot, e-mail/s, atau apa sajalah, patut diwasiatkan kepada orang yang dipercayai contohnya dekat darah daging sendiri ke kan, untuk di-deactivate-kan atau terus di-delete-kan.

Dedah aurat or tak dedah aurat, bagi aku segala account social harus ditutup selepas kita meninggal dunia. Bagi aku, itu jugak satu penghormatan. Tambah-tambah pulak dekat social networks, macam-macam yang kita pernah cakap kan? Sebaik-baik manusia tu pun, akan pernah tersalah langkah dekat social networks jugak. So, benda macam tu la yang kita tak nak terus-terusan dilihat selepas kita meninggal.

Kalau kita tau bila kita nak meninggal, senang. Dapat delete gambar-gambar yang mana tak tutup aurat tu sebelum meninggal, dapat delete post-post yang tak seindah bahasa ayatnya tu sebelum meninggal. Ini, sebab taktau bila nak meninggal la, langkah wasiatkan password adalah yang paling efektif.

Itupun kalau taknak renyah la. Sebab aku baca comments pasal kes Nur Farrahin ni, untuk pembatalan akaun Facebook yang dibuat oleh pihak lain (selain submit report), segala sijil kematian dan yang berkaitan harus ada pengesahan dari pembesar.

Segala account social networks arwah Marwan dah selamat kena delete sehari selepas dia meninggal. Thanks Irra yang masa tu tolong aku pasal Marwan's account cancellation.

Password semua social networks aku pulak, dah tulis untuk waisatkan lama dahhh. Huhu. Cuma belum diserahkan lagi kepada orang yang berkenaan sahaja. Aku bagi dekat dua orang yang aku sangat percaya. Seorang kawan dan seorang darah daging. 

How about you guys? Be ready!


Lotsa love,
Photobucket

No comments: