
Bagi yang tak tau, service aku untuk make-up adalah RM120 sahaja untuk engagement, solemnization, portfolio, photoshoot or whatever, rate untuk dalam Ipoh dan untuk luar Ipoh aku tambah mengikut lokasi untuk duit minyak dan tol. Setakat ni, aku tak pernah kena job luar lagi. Untuk function, RM50 tapi kalau customer request untuk make-up mata, aku charge RM20 sahaja.
Untuk trial session, aku tak charge apa-apa. Mind you, TAK CHARGE APA-APA.
Sementara mak andam lain charge RM150 - RM180. Itu yang freelancer macam aku. Yang attach dengan bridal house, tak dapatlah harga nak macam itu, semua mesti RM200 ke atas.
So, mahalkah service aku?
Ok, fine kalau nak mintak kurang. Ni mintak kurang sampai RM70? Doesn't make sense ok. I have my standart. Kalau kamu fikir aku tak layak memberi service dengan harga yang aku dah bagi, don't even ask me in the first place. Aku bukan jual ikan, jual ayam boleh tawar-menawar. Even ikan dan ayam pun orang dah tak tawar-menawar lagi.
Aku rasa, ini kali ke empat kot, aku dapat backout client. Semua situasi hampir sama di mana ingatkan masa majlis taknak make-up heavy tapi mak/kakak suruh make-up sebab nak nampak cantik dalam gambar, last minute cari mak andam, mintak kurang gila-gila, and tiba-tiba 3, 4 days before the majlis, cancel sebab dalam family happen to have someone yang pandai make-up.
I mean, really?? It's good enough aku tak ambik any deposit tau tak?
Yang backout client kali ke empat ni siap cakap, selain daripada harga aku mahal, dia cakap aku make-up tak cantik. Masa dia tengok portfolio aku, masa trial session, tak kata apa pulak. Bila aku tanya confirm ni nak ambik service aku? Dia kata masa dah singkat, takde masa nak cari mak andam dah. And out of the blue, bila taknak ambik service aku, kamu kata service aku mahal dan aku make-up tak cantik? The hell??
Nak murah, hah memang pegi make-up sendirilah. Suruh mak saudara atau kakak saudara kamu tu ke. Nak murah saja! Hello, fresh graduate make-up artists pun keluar-keluar training center dah charge RM180. Nak kata aku charge mahal lagi?
Seriously, aku bukanlah nak marah ke apa ke. Dah bukan rezeki. Tapi as a client, kamu pun kena ada ethic dalam berurusan dengan apa-apa hal pun. Even hal yang remeh macam carik mak andam ni.
Fahamilah aku. Aku ni freelancer je, tak attach dengan mana-mana bridal house pun. Aku berdiri on my own feet. It's hard and dengan client yang macam ni, it is even harder.
Haih, letihlah! Lepas ni kalau ada yang berhajat nak ambik service aku, aku kentalkan hati ambik deposit. Walaupun kamu tu kawan aku ke, kawan atas kawan aku ke, apa ke. Kalau nak backout, at least 50% deposit dah ada dalam tangan aku.
Dan untuk latest backout client, dahlah kamu backout kan, lepas tu kata aku macam-macam pulak. So, aku tak halalkan walau secalit barang make-up aku yang ada di muka kamu waktu trial session. Boleh gitu?
Enough rambling. Till then.
Lotsa love,



No comments:
Post a Comment