Wednesday, November 23, 2011

Sendiri-sendiri.

Tak kira la kita dengan kekasih kita berpisah mati atau hidup, tak perlu kot kita mengongoi dekat orang lain beriya-iya sangat.

Memang la, meluah perasaan tu perlu. Boleh rasa ringan serba sikit.

Tapi kalau dah setiap kali jumpa, setiap kali call, setiap kali bbm dah kita nak melepaskan keluh kesah kehilangan kekasih, orang jadi meluat.

Belajar la buat benda sendiri-sendiri. Dah kita kena sedar yang sekarang kita memang sendiri.

Sedih? Menangis la sendiri. Stress? Tenangkan la diri sendiri.

Dua, tiga kali boleh la kita nak mengongoi dekat kawan-kawan kita. Kalau dah melebih sangat, kebarangkalian untuk kawan-kawan kita tu untuk menjauhkan diri daripada kita tu tinggi.

Walaupun diorang tu bff kita malah sepupu rapat kita sekali pun.

Memang, nak move on tu lambat. Tapi tunjukkan la kematangan kita. Sekurang-kurangnya untuk kita yang dah berumur 23 tahun ni.

Perbezaan aku dengan kau nipis saja. Aku menangisi kekasih aku yang dah meninggal dunia, kau menangisi kekasih yang meninggalkan kau.

Kalau kau rasa aku cukup tabah menghadapi kematian kekasih aku, aku dengan yakinnya kau pun tabah menerima takdir.

Kadang-kadang, kita janji nak sama-sama but it wasn't meant to be like that. Itu takdir. Benda paling basic yang kita kena terima dalam hidup.

Kau belajar la untuk sendiri-sendiri. Bila kau dah jumpa mana letaknya bless dalam sendiri-sendiri tu, I know both of us will be at ease.

Insyaallah.

Senyum sikit. Kerana sebenarnya, kau, aku dan kita semua tak pernah sendiri-sendiri.

;D


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

No comments: