2 more days to 2011. Orang-orang dah pong-pang pasal 2011's resolutions ni. I pulak? I selalu takde resolutions. Agaknya sebab ni lah kot hidup i tak berapa nak berjaya. Ahahahah. Sebab takde matlamat yang nak dicapai. But i always have a wishlist though. Wishlist tak cukup ke? Okay, i cuba fikir apa resolusi i untuk 2011 ni.
Kerja.
I berdoa, tahun 2011 ni, biarlah i dapat kerja yang betul-betul kerja. I mean, kerjalah. You know, kerja. Dengan gaji yang berpatutan dan environment kerja yang stabil so that i boleh buatkan kerja tu sebagai 'career'. So that, sampai i tua pun i kerja kat situ.
Business.
I always wanted a business. Business apa, rahsialah. Ahahha. My business partner, tentulah my best girl, Shyda. Kalau menjadilah business tu, tak kerja pun takpe. I sanggup jadi full timer kalau buat business tu. I tengok here and there, ada je orang yang buat business tu full time, berjaya je.
Relationship.
2011 dah masuk 4 tahun dah i bercinta dengan Marwan. Always ada ups and downs. Resolution-nya adalah untuk menjadi yang lebih baik untuk Marwan. 2011 pun kita dah nak bertunang. Lepas tu nak kawin. Lagi, nak belajar cooking and baking banyak so that bila Marwan request je nak apa, pejam mata je i boleh buat. ;)
Image.
Resolution untuk bertudung dah i buat. Cumanya, tak 100% lagi. Resolution untuk bertudung 100% adalah selepas i kawin. Jangan tanya kenapa. Huhuh. Then, slowly i akan ubah cara berpakaian jugak supaya sesuai dengan image bertudung tu. Its hard, i know but ill try to be a better muslimah.
Lifestyle.
Untuk yang ni, i akan cuba untuk mempraktikkan Muslim lifestyle dalam hidup i. Sedikit, demi sedikit. Lama-lama ok lahhh. Mana boleh berubah terus. Gila ke apa. And, for my dear friends; Uncle Paul, Dan Bukit and Siti KeLembai, i won't see you in next year. :(
Dah, i rasa, setakat itu je resolutions yang i nak buat. Insyaallah. Harap-harap takde apa yang menghalang dan takde godaan juga. Ahahah. ;)
Love,


No comments:
Post a Comment