سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي
Minggu ni asyik berjalan sajos. Start daripada hari Rabu sampailah tadi, hari-hari pun keluar. Meh ai cerita ai pegi mana. Ai skip cerita hari Khamis sebab hari tu ai pegi interview dekat TNB Kajang. Takde ape cerita yang menarik pun nak cerita masa pegi sana. Plus, takde pun snap-snap gambar.
Rabu - Sabak Bernam, Teluk Intan.
Ai ikut Shyda hantar/ambik Ekka, adik dia pegi poly Sabak Bernam. Ekka ada last paper for her final exam tapi disebabkan gap sangat panjang so dia balik Ipoh. Masa last paper tu hantar dia so bolehlah dia angkut bawak barang balik sekali. Next semester pun dia dah internship. Ai agak eksited untuk ikut sebab ai pernah study dekat poly Sabak Bernam, walaupun sebulan. Hiks!
Masa balik, lunch dekat Teluk Intan. Teluk Intan have nothing, sorry to say. Ouh, ada la Rapid Mall. Maybe bersesuaian dengan namanya, berjalan dalam tu sangatlah rapid, tak sampai lima minit dah habis pusing mall.
Lunch dekat mcD. Their staff was very rude and unethical. Mula-mula masuk je dah bising-bising and 'phewwit-phewwit' some more. Aren't they supposedly greet us with 'hai, selamat datang ke mcD, boleh saya bantu?' Dari dalam kitchen boleh dengar diorang bising. I was wondering, floor manager yang bertugas tak marah ke? Ke floor manager pun sama je perangai dengan staff.
Jumaat - Taiping.
Idea nak pegi Taiping terlintas masa balik daripada interview dekat Kajang tu. Sebab ai dengan Shyda teringin nak pegi zoo. So, gerak awal dalam 9am+ macam tu. Sampai sana terus menuju ke zoo. Sangat senang nak cari zoo sebab keluar je toll signboard sepanjang jalan ada.
Nak masuk zoo ni tak mahal pun. RM12 for adult. For kids, ai tak sure. Zoo sangat besar. Kalau jalan kaki 2.5KM. Memang ai tak laratlah. So kita naik train je. Best jugak naik train. Nampak jugak almost semua binatang dalam zoo tu.
After taking some pictures, we headed to Muzium Perak. Muzium ni pun kecik jugak macam dekat Ipoh. Tapi kat muzium ni ada jet besar. Hihih. Disebabkan weekdays, orang pun tak ramai so ai jadi agak scary bila masuk muzium tengok patung-patung yang hampir sempurna sifat kemanusiaannya. Hiks!
Dah lunch hour, so kita pun mencarilah mcD. Bila berjalan senang makan fast food saja. Kalau ai lah. Senang macam tu. Makan mcD dekat Taiping Central, tak jauh pun dari muzium tu. Lebih kurang jalan satu setengah roung dekat zoo, sampailah Taiping Central.
After lunch, kita pun jalan-jalanlah cuci mata sampai ke Tesco yang hanya bersebelahan dengan Taiping Central tu. Ai dengan Shyda sempat rembat selendang sorang satu. Jalan-jalan dalam tu tak sedar dah pukul 5pm+. Kita pun pegilah pulak ke Taman Tasik Taiping.
Ingat nak naiklah swan kayuh-kayuh tu but per boat it will cost you RM10. Masa tu duit pun dah berkurangan so kita lepak je lah kat situ. Lepak tepi tasik, siap baring-baring lagi. Dengan tak lapik apa-apa, lepas tu badan ai memang miang.
Hujan pun dah start turun rintik-rintik, kita menuju ke kereta. Ai ajaklah Shyda pegi tengok tugu peringatan perang. Bila sampai kat situ, macam deretan kubur. Dahlah takde orang, agak scary untuk masuk.
Then we headed to Ipoh saja. Perjalanan diiringi hujan yang sangat lebat sampai Shyda kena bawak kereta slow-slow. Singgah kat R&R Sungai Perak. Guess what? Kita terserempak dengan Uncle Paul! Ahahah! Sempatlah kita borak-borak dengan dia dekat tower.
| Us. |
| Me. |
| Shyda. |
| Shyda with burung nuri biru. |
| Me yang walaupun tak jalan tapi rasa penat. |
| Mungkin dia tengah panggil burung kasawari tu supaya datang dekat dia. |
| Me and camel. |
| Me and camel again. |
| Shyda say hi to the camel hoping the camel would do the same to her. ;p |
| In front of the zoo. |
![]() |
| Cool blog takde dekat Ipoh. :( Tapi Leomag punya waffer memang terbaiklah! Hoping one day this two best foods ada dekat Ipoh. |
![]() |
| At Taman Tasik Taiping. Over edit, i know. |
![]() |
| Seronok mak hayam baring atas rumput sambil tengok burung-burung berterbangan di angkasa raya. |
Sabtu - Date with girlfriends; Mojo and Shyda.
Mojo treat us dinner. Niat katanya. Selagi tak belanja selagi tu teringat-ingat. So, she brought us to Vegas. Mojo dah biasa makan dekat sini so dia boleh recommend makan apa yang sedap. Vegas ni macam food court tau. Ada macam-macam stall dalam satu kedai conner lot yang besar. It is one of famous restaurant in Ipoh.
As usual, kita ni tak boleh berjumpa. Sekali jumpa sembang bagai nak rak, gelak sampai nak pecah perut. Lama jugak kita lepak dekat situ. Reason being sebab hujan tiba-tiba jadi sangat lebat sampai kilat-kilat semua. Sempat call Mak suruh switch off modem wifi takut kena sambar kilat. Ahahah!
Agak dah lama dekat situ, hujan masih belum menunjukkan tanda-tanda untuk reda so kita redah jelah pegi dekat kereta yang parking agak jauh tu. Jadi half wet bila dah masuk dalam kereta. Masa on the way nak hantar Mojo balik, lalu tepi Jj tu jam gila. Rupanya banjir dekat traffic light depan tu.
Nak u-turn agak susah so we had no choice, kena masuk jugak Jj, ingat nak pusing dalam tu lah untuk keluar balik. Tapi bila fikir, orang tengah ramai berpusu-pusu nak keluar, line nak punch ticket saaangat panjang. So, kita lepak dalam tu kejap.
Sempat pegi toilet apa semua then nak balik lah. Nasib nak punch tiket line tak panjang. Tapi bila nak keluar tu pulak lah jam nak mati. Sebab apa ai pun tak tau. Sebab hujan kot. Yang minyak kereta Shyda lampu dah kelip-kelip.
Nasiblah sempat sampai dekat Petronas tepi mcD Bercham tu. Then kita terus hantar Mojo balik rumah je. Lepas tu pun ai dengan Shyda terus balik rumah sebab jam masa tu dah menunjukkan hampir pukul 12am. Takut Abah Shyda bising pulak nanti.
So, itulah siri jalan-jalan ai untuk minggu ni. Pinggang sakit sebab hari-hari berderet duduk dalam kereta. Penat but i had a lot of fun! Day out with girlfriends never disappoint me. ;)
Love,







No comments:
Post a Comment