Rasa agak lama jugaklah tak update blog. Padahal baru je semalam. Takpelah, i don't need to update my blog so often. Bak kata sorang tu kan, blog tak famous amos bila update entry macam nak termuntah je baca. Ye la kan, update pasal hidup sendiri la, pasal boyfriend yang konon-konon boyfriend dia sorang yang handsome la, macam manalah tak termuntah bila baca. Ahahah. Tapi takpelah, dah sedia maklum, fungsi blog, lain orang, lain caranya. But it's ok. Daripada menipu tak tentu hala anak kacukan yang sedang belajar di Australia tak pandai cakap Melayu tapi handal gila berpuitis, lebih baik blog macam ni. Lagipun i dah bagi taukan, dekat side bar pun ada letak widget yang cakap ni bukan blog ilmiah. Sah-sah ni blog peribadi, jadi hal peribadilah yang nak diceritakan. Tapi takdelah sampai kedalm kelambu pun nak cerita. Tak sampai tahap tu lagi kot. Followers tak ramai tak kesah langsung. Lebih senang macam tu. Bak kata Kak Rye<-Click), dia takut kalau followers dia makin ramai. So, biarlah mereka dengan blog-blog mereka sendiri. Janji mereka bahagia dengan blog mereka. ;)
So, semalam yang tak update blog tu sebab, macam rasa letih. Hari Isnin tu pegi jogging belah paginya, pukul 2 pm masuk swimstad pegi swimming pulak. I tak tidur langsung, bangun pagi terus pegi jogging. Balik ingat nak nap tapi ter-distracted dengan benda-benda lain. Terus pulak pegi swimming. Balik swimming tak dan nak sampai rumah lagi i dah terlelap. Balik bantai tidur sampai pukul 3am+ baru bangun. Lepas tu dah tak boleh tidur sampai lepas Subuh pun tak boleh tidur. Baby Piqah datang, main-main dengan dia. Pukul 11am+ time dia tidur baru i tidur sekali. Sampai ke petang. Semalam tidur agak awal, pukul 3am+, kira awallah tu kan. Ahahah! Bila tidur time macam tu so bolehlah bangun pagi. Awal bangun hari ni. Pukul 7.15am alarm berry biru berbunyi. Hiks. Semalam dah buat date dengan Shyda, swimming date lah, apa lagi. Session macam biasa, 2pm to 5pm. Disebabkan minggu ni dah 2 kali ambik session 2-5, kulit i dah menghampiri kulit 'Wahab' yang bekerja di MSyed. Ahahah! Terasa jugaklah sore sana sini, bermakna berkesanlah kan? Hihih. Dah, nak pegi mandi. Lepas tu nak pegi pasar malam cari makan. Toodles!!


No comments:
Post a Comment