Baru tadi dekat Facebook ada orang share berkenaan dengan kebenaran disebalik lagu Alejandro by Lady Gaga. Kata mereka, si Gaga adalah Illuminati puppet. Di terangkan jugak satu persatu, rangkap demi rangkap maksud-maksud illuminatus tersembunyi dalam lagu Alejandro ni. I tak nafi, setelah banyak kali dengar i agak hafal lagu ni. Illuminati ni sebenarnya apa? Agama baru? Maaflah, i tak berapa familiar dengan benda-benda macam tuh. Yang i tau, masa tengok cerita Angel and Demon, Illuminati bermusuh dengan Christian sebab Christian tak benarkan agama dicampur adukkan dengan sains. Dalam erti kata yang lain, orang-orang Illuminati ingin maju tapi ditentang Christian. Correct me if im wrong, itu apa yang i faham sahaja. Regarding the song, kata mereka, si Gaga telah reject agama Christian. Bukan ke setiap manusia bebas beragama? Jadi, i tak kesah satu point disitu. Ouh, dulu heboh jugak kata Anugerah Juara Lagu tahun lepas penuh dengan unsur-unsur illuminatus. KLCC tuh pun 'orang-orang berkenaan' cakap dibuat untuk menyebarkan Illuminati. So, pegi la roboh KLCC tu. ;) Point, i tak rasa pun diri i ke minda i ke terpengaruh dengan konsep illuminatus tersebut? Jadi, boleh dianggap sebagai perkara yang remeh kan?


No comments:
Post a Comment