Tadi keluar misi sebenarnye adalah untuk mencari tudung raya and si other half jugak nak cari baju melayu. Ive decided yang baju kurung kedah tu nak pakai pagi raya. Asalnya nak pakai untuk engagement Along nanti sebab Along yang suruh. Tapi kuning tuh adalah warna sebelah pihak perempuan. Yang dia nak suruh kitaorang pun pakai warna kuning jugak apahal, kita sebelah lelaki. Ngek punya Along. Sebut pasal engagement Along, plan dah berbalik ke asal which is seminggu selepas raya. Kalau tak dua minggu selepas raya. Pihak sebelah sana mintak dipercepatkan. I pun tak tau kenapa sebab tadi i dah nak keluar dengan si other half baru terdengar Mak and Abah bincang-bincang. So, tudung raya pun dah dapat. Tak nak la tunjuk gambar, tak nak reveal, tak surprise nanti. Ahah! As usual lah si other half kalau shopping barang dia memang cerewet. Belek punya belek last-last satu hapah pun tarak. Jahit tak kemas la, poket terlebih sudah la, tangan labuh sangat la. Haish dah nama pun ready made, mana ada yang ngam-ngam kena kat badan. Katanya nanti nak tengok kat Megoplex pulak. Lepas balik dari GM lalu kat Polo tengok ada laksa bukak. Singgah jap makan laksa. Then sebelum balik rumah pegi kedai dvd ape tengok dvd apa yang baru. I beli Eclipse walaupun dah tengok kat wayang dengan Shyda hari tuh. So other half beli dvd apa ntah cerita perang-perang. Ok, dah. Nak basuh muka, tengok Eclipse. Toodles!


No comments:
Post a Comment