Thursday, February 10, 2011

I'm Lovin' It!!

Nettylicious shawl by CHS.
Ni lah akibatnya kalau bekerja dengan hijab company. Ada je stock baru sampai dekat CHS, Shyda and i yang tengok dulu. Mana yang berkenan, kita ambik. I pulak gila ambik Nettylicious shawl neh. Senang sebab sekarang i gila pakai style side knot. Tak payah pakai 1 pin pun. Pin pun, haha, lawaklah pulak ayat tuh. Kalau siapa yang suka buat style side knot, wajiblah ambik Nettylicious neh sebab material kainnya ala-ala kain guni tapi bukanlah kain guni betul-betul tuh. Pernah tengok kain guni tak? Kalau pakai pin takut rosak pulak. Kena extra careful kalau pakai pin. Oh, speaking of CHS, kitaorang dah markdown harga untuk several instant hijabs. Senang-senang, singgahlah Facebook and blog CHS. Lagi, nak tulih ape ye? Ouh, sekarang i tengah gigih ganti puasa. Every Monday and Thursday. Monday i buat puasa sunat, Thursday i buat puasa ganti. I tak sure boleh ke buat puasa ganti and puasa sunat sekali. Nanti i tanya orang yang pakar. Lagi, pasal orang di sekeliling. I tengah risau dengan 1 hal ni. Dengan kawan-kawan i. Risau sebab taknak perkara 'kucing kurap' berulang kembali. I tell you, sebelum kucing kurap tu jadi kucing kurap, she was a good friend of us jugaklah. Bila dah start buat perangai macam tak bertimbang rasa and pentingkan diri sendiri, semua ketidakpuasan hati pun terluah among us, lalu dia dibuang macam kucing kurap. Sekarang ni pun macam ni lah. Tak puas hati dengan sorang kawan tu. Harap-harap takdelah jadi macam kucing kurap first version tuh. I pun adalah jugak tak puas hati dengan orang yang berkenaan tapi i just want to put this behind us. Tambah-tambah lagi orang berkenaan dah nak menuju hari bahagia dia. Walau macam manapun kita tak puas hati dengan orang berkenaan tu, as a friend, kita kena tolong dia jugak. Tak rugi rasanya kalau kita buat baik dengan orang walaupun kebarangkalian orang tu nak balas jasa kita adalah kecik. I am not trying to be a perempuan di bawah lindungan Kaabah here tapi manusia kan tak selalu berada di tempat yang selesa. 1 hari, kita balaslah balik ye girls. ;p Guess, i'm not gonna sleep until sahur. Along already bought me nasik kerabu. Kalau puasa biasa-biasa ni, i mean, kalau puasa di luar bulan Ramadhan, i kena sahur sebab i yang puasa, orang keliling i tak. Kalau i tengok diorang makan nanti i terliur. Hehe. Macam budak-budak, i know. Oklah, sementara nak tunggu sahur, i nak layan movies dulu. Till then, toodles!
Ni lah side knot style yang i cakap tuh. Tak nampak sangat eh? 



Lotsa love,
Photobucket

Monday, February 07, 2011

Apa sudah jadi dengan hidup i?

Lamaaaaa gila tak tulih dekat blog. Walaupun takde orang baca. blog ni kan unprivate diary i. Ok, reason being lama tak tulih adalah;

1. Hijab Party by CHS.
The party was successful. Alhamdulillah. After the party, CHS break for 2 days, sempana CNY and owner-owner nya pun ada kenduri masa cuti CNY. Oh, this party was held on Wednesday, 2nd of February.

2. Sleep over at Shyda's.
Parents dia pegi KL, ada kenduri dekat sana. So after the party, i sleep over rumah dia terus. Fatin pun datang rumah i so usunglah dia sekali. And Mojo too. But we end up tak tidur rumah pun. After kemas-kemas rumah after party tu, we all keluar ronda-ronda Ipoh sampai ke pagi. Lepak Riverfront, jalan-jalan dekat De Garden, makan dekat MSyed, bersembang dekat highway, oh, dah azan Subuh. Balik rumah Shyda, tidur sampai pukul 12pm lebih. Pukul 3pm lebih went to Jj sebab Mojo ajak teman mini-gathering dorm dia. After taht pegi rumah customer kutip hutang, Shyda ajak teman dia pegi kenduri sebab parents dia balik Jumaat pagi. I tidur rumah Shyda lagi. Hari Jumaat, lepas lunch baru i balik rumah.

3. Kenduri.
Jumaat malam pergi rumah Aunty Nana, ada makan-makan family. Home-made capati was awesome. Segala kuah-kuah dia mak Fatin and Aunty Syema yang buat. Diorang memang handal memasak. Sabtunya baru kenduri. Aunty Nana buat kenduri sebab anak saudara dia dapar straight A's dalam PMR. Supposedly, i teman Marwan pegi kenduri kawan dia dekat Simpang Pulai tapi Marwan ada urusan dengan rumah baru dia so dia tak dapat pegi. I stay je lah dekat kenduri Aunty Nana.

So, itulah yang berlaku dalam hidup i. Gambar malaslah nak upload. kalau nak tengok, pegi dekat Facebook. Dah, toodles!!



Lotsa love,
Photobucket

Tuesday, February 01, 2011

Hello February!

+ Sudah masuk second month of 2011.
+ Sekejap saja dah masuk February.
+ Sekejap saja rasa baru start business dengan Shyda.
+ Padahal sudah 19 hari.
+ Semoga February ni akan lebih productive.
+ Semoga February business akan bertambah ok.
+ Semoga February akan menjadi manis. ;)
+ InsyaAllah.
+ Amin!
+ Toodles!!



Lotsa love,
Photobucket

Monday, January 31, 2011

Un Homme De Bon Coeur.

Chris sang to Juliana during her coma.
Masa on the way nak ke UTP tadi, Fatin ada cerita pasal American Idol Season 10 punya contestant, Chris Medina. Fatin cakap masa audition sedih sangat. Judges pun menangis masa tu. Steven Tyler frontman Aerosmith yang i anggap otai tu pun touched. Apa entah lagi Jennifer Lopez. Ceritanya macam ni. Chris dah bertunang dengan girlfriend dia, Juliana. Sepatutnya tahun 2009, diorang kahwin. Tapi malangnye, 2 bulan before the wedding, Juliana accident teruk gila sampai otak Juliana rosak teruk. Chris ni punyalah setia di sisi Juliana. Sekarang ni, Juliana kiranya dah jadi OKU lah. Tapi masa i tengok video audition tu, i rasa Juliana tu mungkin dah banyak pulihnya. Chris Medina pun dah made it to the next level in American Idol. Bila i google pasal Chris and Juliana, i baca yang sekarang dah ada dah pun fundraiser untuk Juliana. Duit yang dapat tu mungkinlah untuk kesihatan Juliana.

I kagum tengok lelaki macam Chris ni. Setia gila kot. Kalau lelaki yang entah apa-apa tu, girlfriend yang elok pun ditinggalkan apa entah lagilah kalau tiba-tiba girlfriend accident then brain damaged semua, jadi OKU. Mula-mula tuh maybe lah akan stay sebab rasa bersalah. Lepas tu, dah jumpa yang baru, choww lahh. Tak guna sungguh lelaki macam itu. Chris nak jaga Juliana sampai sembuh, sampai mampu cakap "I do" so that diorang boleh kahwin. Ramai yang touched bila tengok video tu. I pun. Tak sangka wujud jugak lelaki macam ni. Bukan dalam drama je. Hopefully, Marwan boleh stay dengan i through thick and thin. I would do the same to him. InsyaAllah. Mari berdoa supaya lelaki-lelaki kita pun bersikap macam Chris. ;)

Juliana and Chris. Sangat cantik Juliana tu. After the accident, muka dia dah tak sama macam dalam gambar ni.



Lotsa love,
Photobucket

Murah dan Jimat.

Marwan and i tak decide lagi nak hantar hantaran masa engagement bulan 12 ni nanti ataupun masa nikah nanti. Kalau hantar masa engagement, tak gaduh nak fikir pasal hantaran masa nikah nanti. Kalau hantar masa nikah pun takpe. I tak rasa menyusahkan pun. Along hantar masa nikah. Sekarang Along gigih sebulan beli dua baranglah, sebulan beli satu baranglah.

Marwan cakap kalau ada rezeki awal and lebih, bolehlah kita hantar masa engagement. Ok, kalau nak cerita lebih-lebih pasal hantaran apa semua tu kena cerita dekat weddblog. I cuma nak cerita i dah jumpa hantaran untuk kasut + beg yang murah dan boleh jimat.

I yang sedar diri ni takkan mintak kasut Guess ke Bonia bagai ke. Tak biasa pakai dan tak akan pakai pegi mana-mana pun. Tak sesuai dengan lifestyle orang macam i. Tambah-tambah pulak, Marwan i tu bukannya engineer pon, land surveyor cabuk sajos. Seboleh-boleh i nak mintak kasut below RM150. Dah jumpa dah! Dekat Nose.

Marwan jugak pesan, beli barang hantaran yang lepas kahwin pun kita boleh pakai. Beli barang hantaran yang biasa kita pakai. So, i choose this kind of ankle boot. Bukannya ankle boot sangat pun sebab ada stripe dekat belakang, cuma i tak tau nak panggil kasut ni kasut apa.

Kasut tu hanya berharga RM113.90. Clutch tu sebagai pelengkap gaya sahaja. Harganya RM89.00.
Clutch ni kalau tunggu lama lagi mesti time sales ada 50% off. So tunggu je lah. Kalau tak, tak payah beli pun takpe. Sebab selalukan orang bagi hantaran kasut sekali dengan beg.

Tapi i tertanya-tanya jugaklah, takpe ke buat kasut macam tu sebagai hantaran. Then Shyda and Fatin cakap, gasak je lah. Buat apa nak ikut apa orang cakap. So, i stick dengan kasut itu sajos. Oh i loikeee. Penjimatan besar disitu.



Lotsa love,
Photobucket

Akitiviti Selepas Menjual.

Fatin datang rumah i semalam. So hari ni dia nak balik UTP, dia mintak tolong hantarkan. Lepas menjuallah baru hantar dia balik. So masa menjual dia ikut. Sebelum balik UTP, pegi Jj sebab ingat nak redeem pizza hot ticket tuh tapi pizza dekat Jj dah habis yang pan personal punya so pegi dekat Ipoh Garden. Pizza dekat Ipoh Garden lembab gilaaaa service. Lama kot tunggu semata-mata hanya kerana pizza yang kecik tuh. Pukul 10pm lebih baru gerak ke UTP. Sebelum masuk tuh, Fatin treat Shyda and i makan dekat Tomtrop.

Sampai UTP, berhenti dekat Canselor Hall. Kita yang perak ni, tangkaplah gambar dekat Canselor Hall UTP yang sangat cantik tuh. Seriously cantik ok. I felt smarter already bila ada dekat situ. Sampai apartment Fatin, naik bilik dia kejap sebab nak menbuang bahan dalam badan apa yang patut. Lepas tuh gerak balik Ipoh.

Meh tengok gambor.














Lotsa love,
Photobucket