Marwan and i tak decide lagi nak hantar hantaran masa engagement bulan 12 ni nanti ataupun masa nikah nanti. Kalau hantar masa engagement, tak gaduh nak fikir pasal hantaran masa nikah nanti. Kalau hantar masa nikah pun takpe. I tak rasa menyusahkan pun. Along hantar masa nikah. Sekarang Along gigih sebulan beli dua baranglah, sebulan beli satu baranglah.
Marwan cakap kalau ada rezeki awal and lebih, bolehlah kita hantar masa engagement. Ok, kalau nak cerita lebih-lebih pasal hantaran apa semua tu kena cerita dekat weddblog. I cuma nak cerita i dah jumpa hantaran untuk kasut + beg yang murah dan boleh jimat.
I yang sedar diri ni takkan mintak kasut Guess ke Bonia bagai ke. Tak biasa pakai dan tak akan pakai pegi mana-mana pun. Tak sesuai dengan lifestyle orang macam i. Tambah-tambah pulak, Marwan i tu bukannya engineer pon, land surveyor cabuk sajos. Seboleh-boleh i nak mintak kasut below RM150. Dah jumpa dah! Dekat Nose.
Marwan jugak pesan, beli barang hantaran yang lepas kahwin pun kita boleh pakai. Beli barang hantaran yang biasa kita pakai. So, i choose this kind of ankle boot. Bukannya ankle boot sangat pun sebab ada stripe dekat belakang, cuma i tak tau nak panggil kasut ni kasut apa.
Kasut tu hanya berharga RM113.90. Clutch tu sebagai pelengkap gaya sahaja. Harganya RM89.00.
Clutch ni kalau tunggu lama lagi mesti time sales ada 50% off. So tunggu je lah. Kalau tak, tak payah beli pun takpe. Sebab selalukan orang bagi hantaran kasut sekali dengan beg.
Tapi i tertanya-tanya jugaklah, takpe ke buat kasut macam tu sebagai hantaran. Then Shyda and Fatin cakap, gasak je lah. Buat apa nak ikut apa orang cakap. So, i stick dengan kasut itu sajos. Oh i loikeee. Penjimatan besar disitu.
Lotsa love,




No comments:
Post a Comment