
Tahukah anda, semakin smart handphone anda, semakin kuat ia akan makan battery life. So, tak la best mana bila pakai smartphones tetiba battery cepat habis. Sila bagi tau aku, siapa yang beli smartphones hanya sekadar mahu receive/send sms dan pick-up/making calls saja?
Banyak orang, at least, orang-orang sekeliling aku (kalau kau rasa kau bukan berada di sekeliling aku, dah la) beli smartphones untuk lebih sekadar fungsi handphones biasa. Contoh, Facebook-ing, Twitter-ing, instant messaging, blogging, browsing the internet etc on the go dan benda-benda yang macam ni la yang akan membuatkan your batter drain faster.
Sebab tu orang nak pakai smartphones. Untuk orang yang macam aku sekurang-kurangnya, yang sukaaaaa gila dengan social networks dan blogging.
Bleeerrrghhh, handphones asalkan ada wap boleh je kan buat semua tu? Ok, memang boleh guna mobile internet tapi post aku kali ni bukan la untuk cakap pasal benda tu.
Aku nak cakap pasal battery life. Ulang, battery life.
Selain langkah-langkah asas untuk menjimatkan battery life anda seperti charge sekurang-kurangnya 8 jam bila beli handphone baru to obtain maximum capasity, minimize backlight usage, disable apps yang tak guna, enable vibrate untuk yang perlu saja etc, kita juga boleh menggantikan battery handphone kita yang sedia ada dengan high capasity battery.
Ok, ni pengalaman aku.
Untuk Blackberry Storm, standard battery yang datang dalam packaging adalah 1380mAh. Pengalaman masa aku pakai battery ni, lepas dah fully charged, tak on BIS pon by Maghrib dah tingal 10-20%. Bila aku on BIS after fully charged, bukak Facebook, update status sebarang dua, baca wall 6, 7 muka, bukak Twitter, baca tweets apa semua, battery aku dah tinggal 70%.
Bukak Facebook, baca wall, bukak Twitter, baca tweets ada la dalam 10 hingga 15 minit. Dalam masa 15 minit battery aku drain 30%. Gilakan? Kalau aku keluar rumah pagi, tak bukak BIS pon tak sempat sampai rumah handphone aku dah mati.
Lagi 1, kalau battery aku dah tinggal dua bar, jangan la bukak Facebook segala jadah tu. Tak sampai seminit, puffff, kaput. Usahkan nak bukak Facebook segala jadah tuh, nak send sms pon sama.
Kesimpulannya, masa aku pakai battery lama, BIS kena switch off kalo tak guna. Network pon aku kena tukar daripada 3G ke EDGE.
Ini untuk BB Storm la. Feedback yang aku dapat daripada BB Curve users, battery-nya takde la seteruk macam standard battery Storm. Adik aku, si Danial yang pakai Curve cakap, battery handphone dia tahan at least sehari dengan BIS on.
So, aku buat kesimpulan sendiri, battery life mungkin akan affected jugak dengan network handphone kita, sebab Curve speed-nya hanya EDGE. Tu kesimpulan aku sendiri la. Mungkin salah.
Bila aku merungut dekat Along pasal battery life aku neh, dia cerita dekat aku yang kawan dia pakai high capasity battery tahan 3 hari which is 1800mAh. Aku pun memulakan misi mencari high capasity battery dekat Ipoh neh.
Before that, aku google, capasity yang paling tinggi aku jumpa dekat internet adalah 2200mAh. Bayangkan berapa lama boleh tahan, mau seminggu. Tapi malangnya, kebanyakan 2200mAh yang aku jumpa tu dekat site oversea. Dekat Malaysia, hanya jumpa paling tinggi punya battery hanya 1800mAh dekat Lelong dan Mudah.
![]() |
| 2200mAh battery. |
Tak tau la pulak aku kalau Blackberry memang ada jual battery yang originaly from Blackberry yang berkapasiti tinggi.
So, dekat Ipoh, paling tinggi yang aku jumpa ialah 1600mAh. Aku beli dekat Firmaniaga dengan hanya RM50. Kalau nak beli, ni contact person; Firmaniaga Enterprise (Fadzlee), 019-5120040, fadzlee@firmaniaga.com. Kedai ni jugak ada jual high capasity battery untuk model dan smartphones lain. And the best part is, kalau malas pegi kedai, dia boleh hantar dekat rumah kita by Pos Laju.
![]() |
| Macam ni la rupa battery aku. Nak tangkap gambo battery sendiri, kalo aku cabut battery macam mana nak tangkap gambo. Huhu. |
Pengalaman pakai 1600mAh battery?
Aku ada buat battery observation. Kalau battery lama, on BIS selama 15 minit battery drain to 30%. Dengan battery baru ni, after 6-7 hours, baru la battery drain to 30% with BIS on all the time at 3G speed and heavily use. So, dengan BIS on, dapat la tahan dalam sehari lebih. Kalau tak on BIS, almost dua hari lebih.
| Battery observation. |
Untuk orang macam aku yang kisah pasal battery life ni, silalah melabur duit untuk beli high capasity battery kalau pakai smartphones. Kalau tak kisah, lantak la kan. Kira apa?
So, menukar standard battery anda kepada high capasity battery adalah one of the tips.


Tips on Blackberry battery life.





+(2).jpg)


