Friday, October 14, 2011

Pimp my berry!


Photobucket
Sorry for the colors. Haha. Agak macam kap la ya nga sikit kan? But it's a rainbow. Sekali sekala aku guna colors yang ceria cenggini apa la salahnya. Henpon dah besor gedabak, memerlukan 3pcs diamond sticker neh. Kejap je buat, less than 2 hours. Sebab takde corak and senang potong.







Lotsa love,
Photobucket

Hari ini, sorang-sorang.


Photobucket

Pegi Jj sorang-sorang aku hari neh. Kebelakangan ni banyak benda aku buat sorang-sorang. Sebab aku kena biasakan buat semua benda sorang-sorang sekarang as Marwan dah takde by my side. Kalo dulu ada dia, apa-apa dengan dia saja. Macam tu jugak dia, semua nak kena ada aku. Oh memories, how beautiful you are.

Keluar rumah sebelum lunch. Hari Jumaat biasa la, perempuan-perempuan gomen banyak memenuhi ruang Jj.

Plan asal aku adalah untuk tengok Klip 3GP. Ada saja Zahiril Adzim, cerita tu wajib aku tengok walopon sebenarnya Klip 3GP takde la menarik perhatian aku sangat. Plus, aku rasa, pengajarannya apa? Jangan jadi jutawan siber? Mungkin ada pengajaran behind the story line, tapi tak dizahirkan dengan baik. 

Ganas, gerun dan ghairah.

Sebab apa dan mengapa pun satu hal jugak. Aku yang dah 23 tahun ni pun agak tertanya-tanya apa kejadian disebalik kilp-klip format 3gp yang di-upload-kan tu. Kalo scene-nya kena rogol, tau-tau sudah kena rogol. Sebab apa kena rogol, apa punca dirogol macam jadi tanda tanya.

Lagi, dengarnya cerita ni lulus 100% dengan Lembaga Penapisan Filem. Aku agak frust sebab aku terdengar perkataan 'pukimak' dalam cerita ni. Macam dalam Hantu Bonceng dulu, perkataan 'babi'. Ok fine, babi hanya binatang. Plus, untuk sex scene yang di-record, walopon tak ditunjuk, hanya menggunakan bunyi dan dengus si perempuan gila real. Dah macam soft-porn dah aku rasa. Pandai MimiFly One Nation Emcee buat bunyi, dah biasa mungkin.

Mind you, cerita ni 13PG.

Moving on, i did some unnecessary shopping. Dari rumah dah mind set takmo keluar duit selain makan dan movie, tapi apakan daya. Sebenarnya benda yang perlu la jugak. Dan yang tak diperlukan jugak macam kamera lomo yang murah dan novel Ombak Rindu. Heh!




Lotsa love,
Photobucket

Thursday, October 13, 2011

Rasa hati.

Time-time Subuh macam ni la paling hati rasa sayu. Tak pernah solat Subuh aku lancar disebabkan menangis. Solat Subuh tu permulaan hari, tapi aku memulakan hari tanpa Marwan.

Dah sebulan pun Marwan pegi. Satu benda je aku tak boleh elak iaitu menangis sendiri. Depan Mak, depan orang, kenang la Marwan macam mana pun, aku senyum saja. Tak setitik pun air mata aku jatuh.

Tapi bila sendiri, tak boleh tipu perasaan dengan diri sendiri.

Just 1, 2 nights ago, baru aku sedar. Bila Marwan pegi, dia bawak beberapa harapan dan impian aku pegi bersama dengan dia.

Harapan untuk kawen, impian untuk ada anak yang banyak, harapan untuk kaya bersama, impian untuk bersama sampai tua.

Banyak. Sangat banyak kami bina impian dan harapan bersama.

But still, Allah kata bukan dengan Marwan aku dapat akhiri impiam dan harapan aku tu. Mungkin dengan orang lain atau mungkin aku takkan dapat kongsi impian dan harapan aku dengan siapa-siapa pun.

Semua Allah punya kerja.

Aku tunggu, lihat dan redha saja.


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Wednesday, October 12, 2011

Product Review: Claudia Stevens Lid & Lip Primer Base.



Photobucket

Aku dah lama mencari eye primer. As we all know, eye primer akan membuatkan eye color melekat dan tahan lebih lama. Plus, eye primer jugak akan membuatkan color lebih vibrant. I've been looking for an eye primer for a quite long time.

Ada beberapa brand yang menjadi idaman kalbu which is Benifit and Urban Decay. Those two brands are the best among make-up gurus dekat Malaysia and overseas.

Tapi, those two brands agak mahal. Urban Decay will cost you around RM80++ which is aku rasa, emm, eye primer tak diperlukan sangat dalam donia make-up. But, i still want one. Rasa macam tak lengkap barang make-up aku kalo takde barang-barang base ni.

Bila aku tengok videos make-up tutorial yang orang Malaysia buat, ada la 2, 3 orang yang guna this brand of eye primer. It's Claudia Stevens Lid & Lip Primer Base. Aku beli dekat Sasa dengan harga RM29.90 saja. Well, i did some research sebelum betul-betul aku nak beli. Kebanyakan orang yang review semua kata ok.


I tried it myself dan hasilnya takde la mengecewakan, takde la mengagumkan sangat. Sebab sebelum ni pun aku tak biasa dengan eye primer, so bagi aku Claudia Stevens punya eye primer ok sahaja. 

Bila aku cuba pakai hari tu, rasanya for 6 or 7 hours kot, my eyeshadow didn't fade out or creasing or even bleading. Kira ok la kan? Oh, by the way, this product is a two-sided twist up cream. Macam lip stick. One side is for lids and the other is for lips and as for lips aku tak try pun lagi. 




Overall, i give this product 3 and a half star. Worth buying it. Dua gambar dekat bawah ni aku guna Claudia Stevens punya eye primer.





Lotsa love, 
Photobucket

Monday, October 10, 2011

Farewell General.


Photobucket

Makcik aku, Obek Nana (Obek adalah panggilan untuk Makcik bagi suku kaum Bawean) meninggal tengahari tadi. Mak, Abah, Aunty Syema and Obek Sam pegi hospital, sampai saja hospital, Obek Nana dah nazak. Kita selalu panggil dia general, sebab dia garang. Macam general askar.

Tadi agak sedih. Sebab dia meninggal sama hari dengan Marwan. Walaupun sama hari je kan. Aku terbayang macam tu la suasana masa Marwan meninggal. Saudara mara yang tau pasal Marwan pun tadinye la pun nak tanya aku ok ke tak. Memang aku tahan air mata la sebab tanya tentang kematian di dalam kematian.

Tapi aku cool je. Bajet cool.

Esok around 10am baru nak kebumi.

Dah, toodles!



Lotsa love, 
Photobucket

Sunday, October 09, 2011

Eye Make-up: Color scheme for Along's solemnization.



Photobucket

Ok, aku beriya. Walaupun bukan aku yang nak menikah, aku dah buat color scheme untuk tepek dekat mata masa Along aku menikah dekat Kuantan nanti. Haruslah aku pun nak men-diva malam tu. Rugi la gambar nanti tak cantik. Hehe.

It's a smokey pink, a simple one, anybody could do that. Why pink? Sebab aku nak pakai jubah yang supposedly aku pakai untuk engagement year end ni. But, there will be no engagement aite?

Eye primer: Claudia Stevens.
Eye shadow: Mini Dubai Pallete, Elianto Pallete.
Eye liner: Maybelline Gel Liner.
Mascara: Maybelline Magnum Super Film Mascara.



Lotsa love,
Photobucket