Wednesday, July 20, 2011

Killing some times.

Sekarang tengah buffer cerita Cun tengok online. Tadi dah tengok Annissa. Tengah tengok, lappy off sendiri. Try restart banyak kali, sampai merampuih, mintak lappy Adek Along.

Sementara tuh nak tengok Poseidon. Just to kill some times. :)




Lotsa love,
Photobucket

Wordless Wednesday #005.

Image source: Dr. Hannan.



Lotsa love,
Photobucket

Tuesday, July 19, 2011

Dosa kita.

Aku baru tadi siang dok fikir. Kadang-kadang bila kita buat dosa, dosa apapun la, bukan kita yang dapat balasannya. Tuhan bagi balasan pun kadang-kadang bukannya on the dot. Kadang-kadang tuhan bayar cash. Kalau kita buat dosa, kita yang dapat balasan takpe la.

Cuba kalau kita buat dosa, tapi orang lain yang kena tanggung. 

Contoh, kalau kita buat dosa, tuhan tunjuk balasan berupa mak ayah kita jatuh sakit, keluarga kita ditimpa bencana, dan banyak lagi contoh-contoh lain. Kesian kan? Kita buat dosa, orang lain yang tanggung dosa kita. Tapi kita tak sedar pun semua tu.

Kenapa kita macam tu ha? Kenapa aku sendiri macam tu?

Susah nak elak dosa. Apa entah lagi dosa-dosa yang kecik-kecik kuman tuh. Tapi untuk aku, sebagai langkah untuk mengelakkan dosa aku orang lain yang tanggung, aku akan ingat apa akibatnya kalau aku buat dosa. Kalau aku tak dapat balasan tuhan, mungkin orang-orang yang aku sayang akan dapat balasannya.

Kau, kau dan kau. Juga kau dan kau. Pernah kau tanya apa kesan dosa-dosa yang kau buat tu? Jom kita sama-sama renungkan.

Tak payah nak fikir concept ahh-kau-bukan-baik-mana-nak-nasihatkan-orang sebab selagi diri kita ni ISLAM, jatuh hukum WAJIB nak bagi nasihat dekat orang lain walaupun seorang muaalaf yang baru masuk Islam yang tak cukup ilmu di dada.

Ok?

Dah, toodles!



Lotsa love,
Photobucket

Monday, July 18, 2011

Harry Potter 7 Part 2: The Deathly Hallows.

Aku bukan peminat franchise Harry Potter. Be it the novels or the movies. Novel dia satu pun aku tak pernah baca, cerita dia pun satu aku tak pernah tengok. So hari ni (semalam), Fatin berjaya memujuk aku untuk tengok Harry Potter. Sangat pelik bila aku start tengok dekat Part 2, dah la final series pulak tuh. 

Mungkin la cerita tu bersambung-sambung. Tapi takde la pulak aku tak paham jalan cerita tu. Cuma aku tak tau siapa jahat, siapa baik. Dekat movie tadi i kept on asking Fatin yang mana baik, yang mana jahat. Huhu.

Tadi, pegi dengan Shyda and bawak Adik Along yang tengah bercuti dekat rumah aku tuh. Dua-dua pun die hard fan Harry Potter jugak. Aku sorang je tak. Sempat jugak aku tidor 10 minit dalam wayang tadi.

Dah, banyak dah aku post malam neh. Mau tidur sudah. Toodles!!





Lotsa love,
Photobucket

Hi-tea P1MKK [16.07.2011]

Hi-tea untuk penyampaian sijil Program 1Malaysia Kolej Komuniti tu. Aku dengan Shyda pegi dengan Kak Ida. Again, kitaorang buat service make-over and henna. Seperti biasa, i love the buffet the most! Tapi majlis, sorry to say, macam hampeh. Ramai yang bengang sebab tak well-organized. Sampai Kak Nani mengamuk-ngamuk.

Bab hadiah untuk best student, best appearance, best student in each class, lucky draw sangat hampeh ok. Well, pihak pengurusan pusat bertauliah tu memang problem sikit. Tu pun aku tau dari tenaga-tenaga pengajarnya. Susah bila orang yang dapat duit banyak, tapi simpan untuk makan sorang. Hmm.

Pictures banyak sangat. So pegi je la dekat Facebook aku tuh kalau nak tengok.



Lotsa love,
Photobucket

Pameran SLDN [15.07.2011]

SLDN adalah shortform kepada Sistem Latihan Dual Nasional. Program macam ni diwujudkan untuk melahirkan tenaga mahir pelbagai bidang. Selalunya dibuat dalam bentuk apprenticehip program dan diberi elaun.

Last Friday, kitaorang telah dijemput untuk join pameran SLDN anjuran MIC untuk belia-belia India. So memang ramai la India dekat situ. Aku salute diorang, bila cuma minoriti Melayu yang ada dalam majlis diorang, punyalah diorang welcome kitaorang gila-gila. Cuba kalau Melayu buat majlis, panggil India join buat pameran, kebanyakan mereka dipandang sebelah mata je.

So, kitaorang buat service henna dengan make-over dekat situ. Henna la yang mendapat sambutan. Make-over, make-up dekat sendiri-sendiri je la. Haha. Kak Ida pulak letak barang craft dia dekat situ.

Sampai pukul 4pm kitaorang lepak situ. Hari pun hujan. Tapi still ramai. Ada menteri datang rasmikan. Tapi tak ingat menteri apa.


















Lotsa love,
Photobucket