Thursday, February 17, 2011

Ber-dating dengan KomunisKu.

Marwan datang rumah ambik vet card sebab nak bawak kucing dia, Mot pegi vet. Curlast kucing tak berapa selera nak makan, tuan dia terus bawak pegi vet. Haha. Masa dia datang ambik tu, hujan agak heavy. So i bagilah dalam kereta. Lepas bagi vet card tu, agak keberatan mau keluar, reason being, i kangennn bangat sama itu komunis.

Masa i tengah bersiap-siap nak keluar meniaga, Marwan called tanya the exact location i meniaga tu sebab dia nak datang sana. Masa dia text cakap dah sampai tu, dia katalah yang dia datang sebab i cakap i rindu dia. Oh so sweet of you! Walaupun sebenarnya tak berapa sweet pun sebab i cakap i rindu baru nak datang dekat tempat meniaga? What the?

So sepanjang 2 hours meniaga tadi dia stay dengan i. Siap boleh joking-joking yang dia seronok duduk dekat tempat meniaga i, ramai perempuan. Once again, what the?! Haha. But i know you lah b. Even there is no Malay girls exist in the world anymore, you won't fall for the Indos right? Ooopsss~

Lepas habis working hours i, i request mau makan KFC. Dengan senang hati, komunis pun bawak i pegi KFC. Diesbabkan si komunis degil takmo hantar si Mot balik rumah dulu (dah komunis, memanglah suka degil kan?), kita pun take away meals je lah. Tapi, tiba-tiba komunis ajak makan dekat taman belakang rumah i. Motif sangat tau si komunis neh.

Thank you very much ye komunis sayang. Hujung bulan ni ada treat besar untuk you. ;)

Sebelum i berambus;

I won't catch a grenade for ya.
I don't want to throw my hand on a blade for ya.
I won't jump in front of a train for ya.
You know i don't do anything for ya.

I wouldn't go through all this pain.
I won't take a bullet straight through my brain.
No, i wouldn't die for you, baby.
I know you will do the same.
Yes, yes, yes, yes.

(Sentences yang berlawanan dengan lagu Grenade by Bruno Mars.)

Marwan cakap, walau macam manapun kita cinta dekat orang tu, jangan sampai sangup buat apa demi cinta, sampai diri sendiri pun sudah tunggang terbalik. ;)



Lotsa love,
Photobucket

Wednesday, February 16, 2011

The bitch is back! But the bitch is back-off again? WTH?!

Apa neh? Tak ultimate bitch langsung. Sia-sia usia andartu hang dok buat perangai ghapla macam ni. Sat nak tunjuk hebat sangat dok berlawan dengan baby-baby yang masih pakai pampers neh. Baru si Shyda bukak kata sikit, terus hang back-off balik. Apa punya turr. Muka saja otai. Kuku hitam, bukan takat kuku je hitam, sekali dengan mulut hang hitam akibat pengambilan rokok secara berlebihan. Sabit tu la kot lipliner hang pun dok tebal-tebal belaka. Mungkin hati hang pon dah turut hitam. Ni bukan la aku pandai-pandai nak mengata. Dah doktor pun kata, hisap rokok banyak-banyak hati boleh hitam wooo.

Dah lah, hang ni betul-betul buat aku gelak. Terer sungguh hang walopon sudah berusia 31 tahun masih mampu membuat lawak bodoh. Syabbas betti!



Lotsa love,
Photobucket

Tuesday, February 15, 2011

Quick Updates.

+ Oh, mengantuk awal gila hari ni.
+ Im about to jump on to my bed.
+ Kalau kejap lagi terjaga balik, sambung lagi online.
+ Sales was very awesome today!!
+ Berkat Rasulallah's birthday agaknya.
+ After working, Shyda and i went to stadium, swimming.
+ After that, dinner at restoren tomyam somewhere in Simpang Pulai.
+ Dah habis makan, stuck in there sebab hujan lebat.
+ Tak kesampaian nak makan hand-made capati Naseer. ;p
+ Dah, mata i pun dah berat gila.
+ Tidur kejap, toodles!!



Lotsa love,
Photobucket

Monday, February 14, 2011

Di hari Valentine's ini...

Oh, tak. I tak sambut pun segala jadah Valentine's ke hapa ke. Bukan ke orang dok pong-pang pong-pang dekat Facebook and Twitter suruh jangan sambut benda alah tuh. Berdosa kata mereka. Tapi nasib i agak tak baiklah bila orang yang dok pong-pang pong-pang secara extream yang kata sambut Valentine's tuh haram dekat wall Facebook and Twitter i tu pun macam tak berapa nak betoi. Tak pakai tudung tu, takpe lah. Hak individu lah katakan. Sekali bukak albums dekat Facebook dia, tuuu diaaaa, peluk sakan dengan bopren dia, gambaq pi clubbing tak kira lagi. Oh, takpe lah, dia sebarkan benda yang baik kan? Valentine's tu haram. So, takpe lah kannnn~

On Valentine's eve, i demam. Ni sebab sakit gigilah. Gigi i neh bila nak menumbuh secara penuh pun i tak tau lah. Everytime dia nak tumbuh sikit-sikit tu, sakit yang amat. Kali ni, nasib tak baik, demam lah pulak. Balik dari menjual, tunggu lepas Maghrib, i goal terus. Pukul 11pm lebih, i terjaga. Perut lapar, tapi nak makan takde mood. Nak suruh Along beli poridge dekat mcD, dia pulak baru balik rumah. Sebab lapar jugak, i makan je lah nasik keras. Seksa woh nak makan. Boleh kunyah sebelah kanan je. Tu pun i makan dok bersulam dengan air. 

Tahu tak, sakit gigi boleh menyebabkan kita cepat marah. Rasa nak sepak, pukul dan terajang orang. Hehe. Disebabkan i demam, i jadi sejuk. Rasa sejuk macam dekat Russia. Tak taulah pasaipa, kalo sejuk je i rasa macam dekat Russia. Weird, i know. Huhu. Ubat satu apa pun i tak makan lagi neh. Ubat dah habis sebenarnya. Pain killer ke, panadol 650 ke, semua i dah habis stock. Kalau esok tak ok lagi, kena call my other half suruh hantar ubat. I kalau sakit, tak payah pegi clinic. Sejak bercinta dengan Marwan, dia yang provide ubat. Kakak dia nurse, ubat free. Siapa tak mau.

Ok, dah lah kot. Toodles!! 



Lotsa love,
Photobucket

Sunday, February 13, 2011

Football Date: Perak vs Negeri Sembilan.

Mula-mula ingat tak jadi pegi dah sebab siangnya Marwan cakap ada kelas ganti sebelah malam. Tapi disebabkan first game at home kita tak pegi (sebab company Marwan buat makan besar CNY) hari tu, so Marwan cakap dia nak ponteng kelas ganti tu. Tak sia-sia jugaklah Marwan ponteng, Perak belasah Negeri Sembilan with 2 goals. The best part was, in the end of the game, Perak supporters shout "Rita, Ayu, Rita, Ayu" all over again. Kinda pissed off the twins you know, bila both Zaquan and Zaffuan cekak pinggang sambil tengok ke arah supporters Perak. But it just happened for a second, kalau sempat snap tadi, fuhhh bagus gila.

Macam biasalah, kalau kita tengok bola dekat stadium, bestfriend Marwan, Loq and his brother mesti ada sekali. Tadi pun, dia yang belikan ticket dulu sebab Marwan and i datang agak lambat. And sebab tu jugaklah, kami tak dapat duduk dekat seat yang berbumbung. Nasib tak hujan walaupun masa mula-mula start game tu, adalah rintik-rintik sikit. By the way, first goal scored on penalty, second goal, goal biasa saja. So, here are some pics taken. ;)

Full dekat seat yang berbumbung.

1st goal celebration.

Mercun, bunga api is not allowed in stadium. Tapi tu lah, degil. Yang baling tu supporters Perak.

Its 2 bebeh!

2nd goal celebration.

Marwan. ;)

Me. Semangat woh, siap pakai baju Perak.




Lotsa love,
Photobucket

Friday, February 11, 2011

I'm letting go some stuff.

I have to make some space in my room. HAVE TO. I seorang yang sayang nak buang benda. Bayangkanlah, boxes pun i tak buang, inikan pulak barang-barang. Mak dah mula suruh kemas bilik untuk majlis December nanti. So, i start let go-ing some small things dulu. Semua barang ni free saja. Bagi tahulah pada siapa-siapa ye.

Drawing pencils and such.

Pencils ni semua still in a very good condition walaupun beli masa 2006. I beli pencils ni masa i ambik architecture yang mana student nya wajib ada semua jenis pencils daripada terang sampailah yang paling pekat and daripada nipis sampailah setebal-tebal yang boleh buat line. Tapi tak boleh go on then tukar ambik engineering. In engineering, cuma technical drawing saja so tak pakai pencil sebanyak student architecture. Sebab tu pencils ni semua masih in a good condition.

Drawing board pulak bersaiz A3. Normal size untuk technical student buat drawing. I let go dengan T-square sekali. Lenght T-square ni standart, 60cm. Sila maafkan gambar-gambar My Chemical Romance itu ye. Nanti cabutlah eh. Zaman rebel i, i minat dengan MCR. Hehe.







Various square-hijabs.

Sekarang, i memang dah tak pakai dah tudung bawal yang square tu. Sebab sekarang dah ada shawls and instant hijab. Once again, disebabkan after SPM i kerja dengan textile boutique, tudung-tudung i semua adalah tudung yang quality nya bagus, orang kata, bawal pramit number 1 kan? Tudung ni semua pun still in a very good condition. Kalau yang ada batu diamond tu, takde yang tercabut lagi. Mula-mula, ingat sayang jugak nak let go. Tapi dah tak pakai kan, buat apa tersimpan je. Nanti kain tu mereput pulak.





Books.

Buku pun banyak gila dalam bilik i. Tapi rasanya kalau educational books tu i tak let go lah kot. Sebab silibus pun memang dah lain gila. Time i belajar still in Malay language. Buku-buku yang i nak let go, macam majalah, encylopedia, dictionary, novels and comics. Nanti i update lagi. Tapi, buku yang dekat bawah ni, i nak jual.

Biomass renewable Energy, Fuels and Chemicals by Donald L. Klass.

Add caption

Tengok price nya, RM555.77 so buku second hand i jual RM300 sajos.

Ok, ok. Buku dekat atas ni bukan untuk dijual. Tujuannya adalah untuk mencuakkan si pemilik buku, Fatin yang gemar ajaaaa tinggal barang merata. Haha. Tell you what, buku dekat atas neh tertinggal dalam kereta Shyda, compact ZA dia pun tinggal dalam bilik Shyda, hair mousse dia macam mana entah boleh ada bawah katil i. Cuak tak Fatin aku nak jual buku kau? Haha.



Lotsa love,
Photobucket