Thursday, November 04, 2010

Sex & Love.

سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي


Credit: Fatin Mahadi | Canon EOS 7D | Cameron Highlands

Having sex is also called ‘making love’ right? I think, that means you do it with someone you love the most and preferably when you’re married. You know, when you ready to take that ‘love’ and turn into a baby. Because that’s what love is. ;)



Love,
Photobucket

Wednesday, November 03, 2010

Tudung: Sayalah antara orang-orang itu.

سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي


Pakai tudung tapi :
- baju ketat
- seluar ketat
- pakai legging
- baju lengan pendek
- lengan panjang tapi jarang
- berperangai buruk
- gelak kuat macam orang gila
- warna kuku
- berpeleseran seperti pelesit
- pegang tangan boyfriend/fiance

You list it down, semua benda yang buruk.

Tak payanh cerita pasal orang lain. Tengok diri i sendiri. Sekarang dah fully pakai tudung. Tapi masih jugak pakai sendat lagi ketat, suka lagi dok warna kuku, bila keluar dengan Marwan pegang tangan dia. Mereka selalu kata orang bertudung bila berperangai macam list kat atas ni, memalukan orang yang bertudung. Jadi, i lah salah seorang daripada mereka ye?

Bila wujud satu situasi dimana orang yang bertudung mengata orang yang tak pakai tudung itu perangainya tak elok dan orang yang tak pakai tudung mengata orang yang pakai tudung itu hipokrit bilamana dia masih pakai ketat dan berkelakuan tak elok, semua orang pun jadi tak sedap duduk. Silap-sila, bila dua golongan ni diletak dalam satu tempat, boleh membunuh sesama sendiri.

Kita tak payah nak tegakkan benang yang basah. Dah sah-sah manusia ni Allah cipta memang tak sempurna. Orang Islam sikit punya beruntung bila dilahirkan sebagai Islam. Mestilah kita nak mati pun, nak mati sebagai seorang Islam. Senang saja. Walau banyak mana dosa yang kamu buat pun, tapi buatlah lima perkara yang Allah dah wajibkan tu. Mati tu bila-bila. Sekurang-kurangnya, ingat lima perkara sudahlah, sebelum datang lima perkara, walaupun itu bukan syarat untuk kita jadi seorang Islam yang baik.

Manusia ni, tak suka dicucuk-cucuk. Bila dicucuk, dia akan menyucuk balik. Takde satu pun umat manusia kat muka bumi ni suka di-provoke. Sebab manusia sesama manusia boleh cakap elok-elok. Tak kiralah bab apa pun. Lagi-lagi bab-bab yang sensitive macam issue tudung ni. Manusia tak kan berubah sekelip mata. Sedangkan baby pun lepas lahir tak terus dapat berjalan. Semua ada step.

Cerita pasal tudung, dah lali kot selalu dok dengar "pakai tudung tapi pakai ketat-ketat", "pakai tudung tapi perangai macam haram", "pakai tudung tapi jalan dengan boyfriend/fiance pegang tangan semua". Itulah, manusia tak sempurna. Bilalah manusia nak faham? I wonder when. Cakap kat orang tu macam ni, cakap kat orang ni macam tu sedangkan diri sendiri sangat tak sempurna.

Kata mereka yang dah sedia bertudung tentang perempuan melayu Islam yang memakai legging, "pakai legging serupa tak payak pakai seluar saja, baik tak payah pakai tudung, memalukan perempuan bertudung!". Kata mereka, memakai legging tapi menutup punggung masih mengharamkan cara. Si pengata-pengata seorang yang pakai tudung, tidak memakai legging dan berpakaian longgar. Tapi bila buka profile meraka di Facebook, tudung yang dipakai tak pun menutup dada. Iya, pakaian longgar walaupun masih berfesyen. Pakai tudung tak tutup dada walaupun masih berpakaian longgar menghalalkan cara ke?

Bila pusing-pusing cerita sama je kan? Jadi lebih baik kita berdiam, betulkan saja diri kita. Tengok saja diri kita. 

Pasal hipokrit. Pakai baju seluar ketat tapi masih mahu bertudung tak mengurangkan dosa pun. Iya, betul sangat tu. Tapi it is a good start to be a good Muslim. Hipokrit atau tak, bergantunglah pada pandangan orang yang melihat sebenarnya. Mulut orang tak boleh tutup. Dosa, bukan manusia yang tentukan, tentunya. Jadi, berpegang saja pada pegangan kamu masing-masing.

Yang bertudung jangan mengata yang tak bertudung, yang tak bertudung jangan cucuk yang betudung. Senangkan? 

Sesama Islam harus menasihati. Jangan provoke, nasihat elok-elok.

Till then, toodles!!



Love,
Photobucket

Tuesday, November 02, 2010

Kerana kasut Bata itu.

سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي


Nak sangat pakai 'Gucci Guilty' tu kan masa pegi Cameron. Tak ingat ke yang kasut tu dah berusia 8 tahun dah pun. Kasut putih ni kan, i beli masa raya tahun 2002 kat Vincci. Abah yang pilihkan. Masa beli tu rasa macam pattern orang tua sangat. Jarang pakai. Bila dah tua ni baru la nak pakai sebab nak feeling-feeling pakai kasut Gucci la konon. Ahahah.

Tapi, masa pegi Cameron tu la pun dia nak tamatkan riwayat dia. Tak bagi chance langsung. Dah lah tengah berjalan dekat Rose Valley tu. Kereta park agak jauh. Mujur tak naik Rose Valley lagi. Kecewa the girls sebab kena patah balik. Ingat masa balik tu nak singgah tapi masa balik tak singgah pun.

Nasib baik si Shyda bawak selipar. I tak bawak kasut spare pun. Dengan selipar dia lah i berjalan merata Cameron tuh. Walaupun nak tangkap gambar tak glam kan. Ahahah. Ingat nak cari lah selipar lawa sikit, rupanya Cameron takde supermarket yang betul-betul supermarket. Itu pun kat Tanah Rata.

Masuk supermarket tu takde langsung selipar yang lawa. Tengok pulak ada Crocs tiruan tapi takde saiz pulak. Sekali nampak kasut Bata. Flat pump. Pump ke? Boleh la kot nak kata pump. Ahahah. The girls kata alang-alang nak beli, beli je lah kasut Bata tu terus sebab harga dia murah, RM19.90 je. Beli je lah, nanti nak pegi Kuching tak payah beli dah. Huhuh.

Selain kasut sekolah, tak pernah pun ada kasut Bata dalam collection so i tak tau saiz dia. Try saiz 7 pun dah muat. Tapi menyakitkan hati betul pekerja kat situ tengin gila. Waddehel lah! Macam balak liat. Pemalas nak mampus. Lepas tu main hempas-hempas kasut depan i pulak. I pun buat lah kerek balik.

Masa nak bayar kat bawah i tanya la cashier tu dia owner supermarket tu ke? Dia cakap dia lah owner nya. I pun dengan lajunya mengadu yang staff dia kat atas sangat kerek dan pemalas tapi boleh pulak owner merangkap cashier neh buat bodoh je. Sah-sah pekerja kat situ semua tengin-tengin belaka.

Oh 'Gucci Guilty' sedah tercabut tapaknya.

Masih maintain bergambar.

Tetap mahu bergaya bila bergambar walaupun hanya berselipar.

Melayang RM20 i!

I fak this pasar raya!!

Kasut baru.



Love,
Photobucket

Quick Updates.

سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي


- i tengah gila download lagu Ziana Zain.
- sementara nak tunggu Marwan habis study.
- sampai pukul berapa dia nak study pon i tak tau.
- mata pon dah mengantuk.
- dah, tu je.



Love,
Photobucket

Monday, November 01, 2010

Oh sayang~

سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي


"B nak jmpe syg mlm ni leh x.nak mtk maaf.sbb sok b exam.tp x taw lg kul brape."

My better half esok ada paper, Engineering Mathematic. Sekarang sudah final. Kejap je rasa. Hope, he will doing fine. Dah lah tak berapa terer Math. Ahahah! Dia hantar text tadi cakap nak jumpa malam ni sebab nak mintak maaf, tiba-tiba i teringat, i tak pernah kot mintak maaf dekat dia bila nak final exam. Even with my parents. Patutlah tak pernah nak cemerlang. Uhuhuh! Dah, till then, toodles!



Love,
Photobucket

Fake.

سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي


Sekarang ramai orang tengah cakap pasal Fida Aishah dan fake profiles-nya. Ya, ada 's' di belakang means semua profile dia adalah fake which is, her blog and her social networking profiles including Facebook. I dah masuk dah blog cik Fida Aishah ni. Dah baca dah pun.

Her writing was awesome. So very awesome. Writing style dia adalah lebih kepada puisi dan sajak. Sekali sekala baru cerita pasal diri dia dan keadaan sekeliling dia. Dia jugak seorang pelukis. Ada jugak lukisan dia letak dalam entrinya.

I tak tau bila orang mula mempersoalkan Fida Aishah ni. Rajin betul orang research sebab nak pastikan genuine ke tak dia tu. But the result is, she is nothing but a fake person. Mungkinlah karya-karya dia original, cuma orang mempersoalkan bila dia letak gambar, she claimed that the pictures is hers.

Nak-nak pulak orang yang sangat handal dalam dunia IT ni, dia check segala IP address si Fida Aishah ni sebab Fida claimed she is an Australian but IP address nye from Malaysia. I dapat tau ni pun sebab i baca segala comments kat Tubelawak. Senang-senang, bacalah kat sini. Barulah tau.

Haihhh, tak tau lah nak kata. Tapi seriously, kalau bukan Fida pun yang punya karya, karya dalam blog tu memang best. Tapi tu lah, sayang betul sebab dia pakai gambar orang lain. Kalau pakai gambar sendiri kan bagus. Nak tengok Fida Aishah yang berdarah kacukan? Tengok la gambar kat bawah ni. Cantikkan?





Love,
Photobucket