
Recently, Digi tidak lagi awesome. Sebab yang utama adalah Digi suka potong credit tiba-tiba. Bukan aku sorang yang kena, banyak dah customer Digi tengah meroyan. Bila call service center, CS dia macam haremm ok. Nak-nak bila CS dia tanya aku balik, "BB APN tu apa?" Omaigod!! Your CS are not well-trained!
Dan bila dah ramai customer Digi yang meroyan tu merungut nak change to other telco, aku pun mengambil keputusan untuk tukar telco jugak. Aku gugel sana gugel sini, TuneTalk dapat pujian yang tertinggi.
Disebabkan aku adalah BlackBerry user, what matters to me is the BlackBerry Internet Service. Setakat ni TuneTalk offers the lowest rate BIS which is RM18 monthly and unlimited. Call/sms/data TuneTalk pun antara yang termurah iaitu call, 16 sen/minute, sms, 5 sen/sms (all telcos) and data, 5 sen/MB. Murah kan? Tambah-tambah lagi dekat data charges tu, 5 sen per MB weh!!
![]() |
| Starter pack hanya RM5 dengan RM2 preloaded. Murahkan? |
Ok, kenapa aku cakap happy experience?
Dari sebelum aku nak beli starter pack TuneTalk lagi, aku dah tanya berderet soalan dekat Twitter @TuneTalk and they answered every single questions. Daripada soalan basic sampailah ke technical.
Even masa lepas beli starter pack, aku ada problem login diorang punya SelfCare, less than 15 minutes, diorang dah reply e-mail aku. So efficient! Diorang dah bagi a very good impression from the very beginning adalah antara faktor-faktor aku nak jugak bertukar kepada TuneTalk ni.
Harap-harap, bila layanan macam ni punya bagus, line pun ok la hendaknya. Bila tengok review, setakat ni tak menghampakan lagi. Sebab TuneTalk guna line Celcom yang kononnya ada di ceruk mana sekalipun. Hehe.
Tak payahlah aku bercerita benifits TuneTalk ni, korang boleh tengok sendiri dekat website TuneTalk. :D
![]() |
| The best thing is, the sim card is BlackBerry ready! Just have to subcribe to the BIS. |


My happy experience with #TuneTalk.

