Friday, February 17, 2012

[Islamik] Hukum make-up dan contact lense.

Going through about some hukum on make-up and contact lense sebab tadi Mak tiba-tiba curious about those 2 topics and secara automatic membangkitkan jugak my curiousity. Nak-nak pulak I've made make-up as my part time job.

So dekat bawah ni adalah antara jawapan yang aku dapat. Well, semua orang ada pendapat sendiri masing-masing tapi, yang haram tu tetap haram, tetap berdosa.

Contoh macam concept cover dosa tu. Buat dosa macam-macam tapi cover dengan tak pernah tinggal solat dan puasa. Kita tak tau pun ibadah kita diterima Allah after we commited all those sins tapi tu hal kita dengan Allah dan hal ni pun masing-masing ada pendapat sendiri.

Cuma, kita boleh mintak Allah swt ampunkan dosa-dosa yang lepas dan dosa-dosa yang kita dah buat tanpa kita sedar serta lindung kita dari buat balik dosa-dosa tu.

Waallahu'alam.

Nanti aku cari lagi apa pulak hukum kalau kerja sebagai make-up artist ni. Dah dapat nanti aku tempek dekat sini ye. :)

********************
Aspek bersolek dan menghias diri ada dijelaskan dalam firman Allah swt yang bermaksud:

"Dan janganlah kamu mendedahkan diri (bersolek) seperti cara orang Jahiliah zaman dahulu." (Al-Ahzab:33)

Bersolek ini meliputi solekan pada pakaian dan tubuh. Islam membenarkan solekan dan hiasan bagi wanita di hadapan mahram atau untuk melayan suami.

Di sini juga kita dapati sesetengah wanita yang berhijab pakaian tetapi tubuhnya, terutama wajah, dihiasi dengan pelbagai solekan yang menarik perhatian lelaki. sesungguhnya perkara ini tidak dibenarkan dalam Islam apabila solekannya itu mendorong pandangan mata lelaki yang bukan mahram tertarik padanya.

Di sini jelas bahawa kalau nak make up tu boleh tapi hanya untuk mahram. Tapi memang sekarang ni ramai yg bersolek kerana tuntutan kerja sebagai penyeri muka. Kalau ikut dalil, memang tidak dibenarkan tetapi kadang kala ada yang mengatakan bahawa berdasarkan peredaran zaman, bersolek itu boleh asalkan tidak keterlaluan.

Hukum memakai contact lens adalah harus bagi yang rabun tetapi haram kalau ianya mengubah warna mata yang asal sebagaimana perintah Rasulullah saw, maksudnya:

"Allah mengutuk wanita yang bertatu atau minta ditatu, wanita yang mencukur alis dan mereka yang meminta dicukur alis mereka, wanita yang membentuk giginya agar kelihatan cantik dan mereka yang mengubah ciptaan Allah." (HR Ibnu Mas'ud)
********************


Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

No comments: