Adda dengan Arif, seperti biasa ada dekat rumah aku walaupun weekend. Apa yang syok sangat rumah aku ni pon taktau la. Deme dari tengahari dok jack Along aku suruh bawak pegi tempat bagi makan ikan, Eco Park la tuh. Along aku mula-mula takmo. Biasa la hari Ahad, semua orang jadi malas melampau.
Tiba petang, tak tau mana datang rajin Along, dia ajak pegi Eco Park. Seronok la budak-budak tuh. Siap usung basikal masok dalam boot. Mak tiba-tiba nak ikut jugak. Abah, masih dengan malas dia. Huhu. Aku pulak, tak boleh nak resist ajakan Along walaupun muka aku senget sebelah akibat pembengkakkan pipi kerana sakit gigi. Ayat!
Tapi tak dapat stay lama la. Mendung berarak kelabu sudah. Sempat la bagi makan ikan, main-main, snap gambor apa semua.
Nasib baik jugak la kami gerak keluar awal. Memang keluar Eco Park terus hujan berat turun. Dah la kami bawak basikal segala. Huhu.
Balik, aku buat bubur lambuk. Not to brag, tapi kesedapan aku masak bubur diperakui seluruh kaum keluarga. Wahahaha. Dah, aku nak pegi makan. Toodles!
![]() |
| Ikan yang sentiasa kelaparan. |
![]() |
| Kat belakang Along aku yang serabai. |
![]() |
| Berebut roti. Huhu. |
Lotsa love,





No comments:
Post a Comment