
I dalam pangkuan arwah Wa.
Hari neh sepatutnye adalah birthday nenek i, Hajah Hawiah Ali. Tapi nenek i dah meninggal 5 tahun yang lepas. Dia meninggal sehari sebelum harijadi dia, 8 April. So, semalam genaplah 5 tahun nenek i dah meninggal. I panggil nenek i Wa sebab family sebelah Abah i adalah daripada suku Bawean.
Abah cakap, mungkin esok baru nak pegi jenguk kubur Wa. I rasa nak ikut sebab honestly, walaupun kubur Wa dekat Manjoi, i memang jarang ziarah. Kalau Abah tak pegi, i pun tak pegi la. Tunggu raya puasa or raya haji je baru nak pegi. Tapi tak pe kan as long i selalu sedekahkan Fatihah and baca Yassin untuk dia.
Sebenarnye kan, i tak pasti Wa meninggal sakit apa. Tapi sebelum dia meninggal, memang dia terlantar sakit. Masa dia sihat, dia memang kuat. Tak padan dengan umur dia yang dah tua. Ke sana ke mari sorang-sorang dia je naik bus. Pegi Kuching naik flight pun sorang-sorang. Nenek i sangat independent. Tak bergantung kat siapa-siapa.
Sebab tu la bila dia dah mula sakit, semua orang macam tak sangka sebab nenek i tuh seorang yang sangat kuat.
Masa dia sakit, banyak masa dia habiskan kat Penang, rumah aunty i. Aunty i yang banyak jaga Wa masa dia sakit. Sepanjang Wa sakit, i tak berkesempatan nak pegi jenguk Wa sebab masa tu i sekolah Teknik. I memang yakin yang Wa akan sihat macam selalu. Memang i tak rasa tak sedap hati langsung.
Sampai la 8/4/2005 tu, lepas rehat, i kena panggil masuk HEP office. Masa kena panggil tu pun i tak rasa apa-apa. Yang i fikir mungkin pasal team hockey i sebab esok nye ade game kat Pengkalan Hulu. Tengok-tengok, Cikgu Kamal Mat Sabri bagi tau yang nenek i dah meninggal then kena balik dengan segera. Meraung la i, ape lagi.
Tapi masa tu kan, i boleh pulak cakap tak nak balik sebab esok ada game. Mati-mati i tak mau balik. Cikgu Kamal pun call Abah i cakap i tak nak balik. Pas tu Abah cakap apa entah kat i, terus i pun balik.
Sampai-sampai Ipoh, hujan lebat gila. Elok-elok je i sampai terus letak Wa dalam kubur. Masa tu pun hujan lebat jugak. Cuaca pun sejuk. Abah bukak kain kapan nak bagi i tengok muka Wa for the last time. I tengok muka Wa senyum je.
Nasib Wa baik sebab dia sempat jugak tengok cucu, Abang Fariz kawin. Dia jugak sempat tengok cicit, Irfan anak Abang Fariz lahir. Cuma dia tak sempat tengok cucu-cucu yang lain berjaya, masuk universiti, masuk polytechnic, nak betunang, nak kawin and so on.
Al-Fatihah. Semoga roh Wa sentiasa dicucuri rahmat. Amin.
Love,
No comments:
Post a Comment