Dia & Aku Kata by Zahiril Adzim
Sayang betul dia kat aku.
Aku buat salah teruk, dia menangis satu malam.
Dan kemudian esok pagi, dia jumpa aku, dia tersenyum.
Kesalahan aku memang tak layak untuk terima senyuman tu.
Apakah memang ada manusia yang murni macam ni?
Dia nak marah, tapi dia nak ketawa.
Dia nak pukul, tapi dia nak ketawa lagi.
Dia nak tunjal kepala aku, tapi dia takut kepala aku sakit.
Dia nak lepaskan kemarahan dia, tapi dia takut aku terasa.
Dia nak merajuk, tapi dia nak berbual dengan aku.
Dia nak paling muka, tapi dia nak tengok muka aku.
Dia nak menangis, tapi dia tak nak bersedih masa tu.
Dia nak maafkan aku, sebab dia nak terus sayang aku.
Dia kata aku bodoh, aku kata, memang.
Dia kata aku tak fikir, aku kata tu lar pasal.
Dia kata aku tak guna otak, aku kata itu betul.
Dia kata aku bangang, aku kata paling bangang.
Dia kata aku jahat, aku kata takda niat.
Dia kata aku takut bila buat salah, aku kata takut gila.
Dia kata dah agak dah, aku kagum dengan firasat dia.
Dia dah tak tahu nak kata apa, aku kata, jangan kata apa, pukul je.
Dia dah tak nak pukul, aku kata maaf.
Dia tanya dah makan? Aku kata nak makan sama.
Dia kata jom.
Aku kata dalam hati..
"Tuhan, kalau betul dia jodoh, biar aku lawan untuk jodoh ini!"
Dalam kelisa putih,
4 Ogos 2008
(Pernah) sayang kamu.
********************
lately neh i suka betol bace blog Zahiril Adzim
kalo sape yang x kenal Zahiril
die neh sekarang banyak je belakon sane sini
ingat x Kami The Movie?
die yang belakon jadi Boy the drug dealer
teingat dialog die dalam tuh
"ayang, air da naek kepale neh bile nak.."
pastuh panngggg kene tampo dengan Leen roled by Liyana Jasmay
mse 1st time i jalan2 kat blog Zahiril
macam x sangke pulak yang die neh sangat 'berkata2' orangnye
ayat2 die sume macam brilliant
macam tuh jugak puisi kat atas neh
sangat..*tataw nak cakap macam mane*


No comments:
Post a Comment