Sunday, July 31, 2011

Ramadhan Mubarak!

We wait for it long enough. Welcome Ramadhan!! Semoga tahun ini bukan menjadi Ramadhan yang terakhir, insyaAllah. 




Lotsa love,
Photobucket

Friday, July 29, 2011

Tolong, Awek Aku Pontianak!

Hero and heroin Tolong, Awek Aku Pontianak!
Semalam on the way to Cameron Highland tengok cerita ni. Aku suruh Marwan datang awal so that aku boleh transfer cerita ni masuk dalam SG tab dia memandangkan lappy aku bukan sihat sangat pon. Plan nya nak tengok bila dah sampai CH so time Marwan kerja takde la aku boring.

Tapi tak sabor punya pasal on the way dah tengok. Huhu. All the way up to CH tu jugak la Marwan dengar aku puji-puji Zahiril Adzim. Aku kan memang suka dia. Berlakon la cerita apapun, best ke tak best ke, aku tetap suka dia. Haha.

Memang boring tunggu Marwan kerja dekat CH. Luckily tak sampai petang. Habis semua level Angry Birds pun aku main dekat tab dia. Nak jalan-jalan pun sorang-sorang memang tak la. Dengan aku yang camera-less nye. Nak bawak kereta jalan-jalan pun memang tak la. Macam aku berani pulak kan bawak kereta dekat atas jalan macam CH tu.

So, tunggu saja si komunis tu habis kerja. Tempat yang company dia buat land survey tu cantik. The Smokehouse nama dia. Sayangnye takde camera.

Dah la, toodles!!



Lotsa love,
Photobucket

Current.

Rolling In The Deap by Adele.




Lotsa love,
Photobucket

Quick Updates.

+ Would love to blogging.
+ Tapi mata mengantuk gila.
+ Ok dah.
+ Toodles!!



Lotsa love,
Photobucket

Wednesday, July 27, 2011

Practice make-up, tapi...

Aku practice la make-up. Lepas Maghrib tadi aku try buat wearable make-up to class/office. Tapi sekarang aku camera-less. Aku dah tak pakai N97mini yang ber-pixel mega 5 tu dan DSLR Fatin pun dah bagi balik. Yang ada cuma cams blueB aku yang ber-pixel mega cuma 2. Tapi kualiti tak macam 2 MP pon. Sedih! Aku try la snap pakai webcam. Tapi, lagi sedih!!

Dah la esok komunis ajak teman kerja dekat Cameron Highlands. Going to Cameron without any camera?? Oh my~ Sobs.

Haram tak nampak apa.

Ok, try tangkap pakai blueB. Muka tak semenggah.
*Abaikan sepah di belakang.

Namun, cuba senyum. Tak nak bagi blueB terasa. Haha.
*Abaikan sepah di belakang.

Ok, hampa.
*Abaikan sepah di belakang.



Lotsa love,
Photobucket

Kinda.

I miss my school. My tech school, SEMETRIK. How odd kan? Padahal SEMETRIK adalah sekolah yang tak layak dirindui. Hahah. Kejam gila. But, i miss the fresh air, the cheap goods and the hills surrounds my school though.

Udara segar dan bukit bukau yang mengelilingi sekolah aku tu adalah benda yang decent enough untuk merindui sekolah di Hulu Perak tu. Dengan mild-tension yang aku rasa sebab first time jauh daripada family walaupun masih dalam Perak, perasaan tak suka dengan warden dan hostel serta seniors, udara segar yang dan bukit bukau yang ada dekat Gerik tu mampu menenangkan aku. 

Dekat kelas aku duduk tepi tingkap. Bila aku rindu dekat family aku, mesti aku pandang luar tengok bukit bukau tu. Dalam otak fikir, konon-konon di sebalik bukit tu adalah Ipoh. Padahal sumpah aku tak tau mana hala Ipoh dari Gerik. Kahkahkah.

Bila aku masuk tech school dekat Gerik baru aku kenal dengan barang-barang murah. Ada satu kedai dekat Pekan Gerik, Wah Seah nama kedai tuh, memang sasaran budak-budak hostel shopping la. Ouh, dekat Gerik, selain tech school aku, ada MRSM dekat situ and sekolah menengah separa asrama. Masa zaman aku sekolah dekat sana, mana ada The Store lagi, mana ada KFC lagi.

Hulu Perak. Nama pun hulu, what do you expect?

Bohong la kan kalau kita cakap kita tak rindu dekat sekolah kita. Walau macam mana kita tak suka dan benci dengan sekolah kita, mesti ada satu-satu part of the school yang kita akan rindu. Ada benda yang aku tak nak ingat langsung masa aku dekat SEMETRIK.

Tapi, ada certain things yang masih fresh dalam kepala otak aku. Yang nak aku ingat selalu. Yang nak aku ceritakan pada anak-anak aku bila aku bawak diorang jalan-jalan ke alma mater aku.

Yes, i kinda miss you, SEKOLAH MENENGAH TEKNIK GERIK.
:)

See, bukit-bukau. :)

I don't remember SEMETRIK this cantik back in my years.

Open Hall. Assembly dekat situ every morning sebelum masuk kelas.

Masa batch aku takde lagi menatang alah neh.

Blok Pentadbiran.
Picture source: SEMETRIK.



Lotsa love,
Photobucket