Thursday, November 18, 2010

"Tak taulah nak salahkan siapa, dik."

My Mak, Along and i was sitting in the hall, sembang-sembang sementara Buletin Utama ke udara. Along bercerita, how excited he is about the upcoming reunion with his Ampang's schoolmates on 4th of December ni. Mak pun tanyalah, nanti apa activiti yang ada, siapa yang dah confirm pegi, apa yang kawan-kawan Along buat sekarang, ada yang dah kahwin ke, ada yang dah ada anak ke and so on.

Bila Along dah habis cerita, Mak tanya i pulak, "kawan-kawan adik takde ke nak buat reunion?". I tanyalah kawan-kawan yang mana. Seingat i, raya last year, classmate Sungai Rokam i ada buat mini reunion, tapi i tak pegi pun sebab i don't know them well. I masuk Sungai Rokam for a year sajos. Lagi pun diorang buat a day before raya kot. Memanglah i dah balik kampung masa tu. Kawan-kawan Ampang pulak, i just keep in touch dengan mana yang i kenal saja. My classmate for 3 years in Ampang for sure. Same goes dengan kawan-kawan SEMETRIK. Yang selalu buat reunion nye dengan Shyda, Mojo and Lia sajalah. 

Mak pun tanya lagi, "kawan-kawan Seberang Jaya takde ke ajak balik Penang buat reunion?". I cakaplah dekat Mak, maybe before fly ke Kuching nanti nak ajak jumpa. Sebab nanti kan i board dekat Penang. Siapa je pun kawan-kawan i yang ada dekat Ipoh tu. Semua dah kerja, belajar dekat luar. Lantas, Mak tanya lagi, "diorang buat apa sekarang dik?".

Hanif, ambik Marine Engineering dekat Russia.
Sarah, baru je register master dekat USM.
Afiqah, dah selamat jadi FA dekat AirAsia.
Asyrab yang suka dekat orang dulu tu, tengah buat housemanship dekat HUKM.
Priveena, dekat India ambik medic dekat sana.
Naim, semester depan register degree lah dia tu.
Hisyam, dah habis degree dekat UTP tu, nanti jadi tutor kat sanalah tu.
Fadzilah, pun dekat UTP, ambik mechanical engineering.
...dan i pun terus bercerita mengenai classmates di SKSJ II dulu, jenuh jugak nak ingat semua and apa yang diorang buat sekarang...

"Hebatnya kawan-kawan adik sekarang, adik je yang tak kemana-mana". And i was like, apa Mak ni, rezeki orang kan tak sama. Mak pun tambah lagi, "kalau kita tak pindah Ipoh, adik mesti boleh jadi macam kawan-kawan adik sekarang, dulu dekat Seberang Jaya, dalam satu kelas tu semua sama taraf, cikgu ajar bagi pandai, semua pun jadi pandai."

Dekat situ, i dah nampak apa point besar Mak. Sebenarnya, pindah ke Ipoh adalah satu langkah yang boleh dikatakan agak silap jugak. Its hard to face but its damn true.

Not to brag or exaggerate the story, tapi i rasa, kalau i habiskan darjah 6 dekat SKSJ II, mungkin potensi i untuk jadi pandai lebih besar. Masuk tahap dua i dalam first class kot. I rasa semua sekolah pun kalau murid-murid dalam top 5 class memang cikgu-cikgu dia push to work harder to get flying colours in every exams especially for UPSR. Cikgu-cikgu jaga semua murid yang ada dalam class top 5 ni supaya tak dapat markah yang corot.

I pindah Ipoh masa nak masuk darjah 6. Masuk sekolah baru, Sungai Rokam. Sungai Rokam dulu memang antara sekolah terbaik dalam Ipoh. I masuk first class jugak. Tapi tulah, budak baru, cikgu-cikgu tak kenal, so cikgu tak ambik berat pun pasal pelajaran i sangat. Bukanlah nak kata, cikgu-cikgu dekat Sungai Rokam sangat pilih kasih. Sangat ok! Dengan budak-budak dalam kelas yang masa tu sombongnya, dengan cikgu yang pilih kasihnya, macam mana i nak belajar? Alas, i only get 2 A's for UPSR.

Form 1 masuk sekolah Ampang, sekolah biasa-biasa saja. Dengan 2 A's pun boleh masuk kelas nombor dua. I suka sekolah Ampang, great friends and great environment. I tak suka Mathematic sebab masa dekat Sungai Rokam, i tanya cikgu Mathematic apa yang i tak paham, tapi dia jawab soalan budak-budak pandai je. Sebab tu la PMR, Math i C. Salah cikgu Math Sungai Rokamkah?

Form 4 sampai form 5 masuk sekolah teknik. Masuk teknik was my own choice and decision. I sendiri yang nak masuk teknik. Teknik was ok, memang ada hard time dekat situ, but certain time, i enjoyed myself in that hell on earth. Lepas SPM masuk polytechnic, Abah suruh sambung dalam engineering jugak.

Ok, *senyap*

Kalau difikirkan balik, silapnya bukanlah bila my family and i move to Ipoh. Bagi i, belajar kat mana-mana pun boleh, kalau dah pandai tu, pandai lah jugak walau dicampak kat mana-mana pun. Plus, i bukanlah pandai pun, bodoh pun tak. Memang, tak nafi pun kalau i terus stay dekat SKSJ II mungkin i akan lebih excel dengan didikan cikgu-cikgu dekat sana.

Cuma, silapnya adalah pilihan yang dibuat. Sebenarnya, boleh je lagi kalau nak betulkan apa yang salah. Contohnya masa decide dekat mana dan course apa nak ambik bila sambung belajar after SPM. Pembelajaran selepas SPM tu sebenarnya lagi penting. Yang menentukan level gaji, level kerja apa semua.

Salah Abah ke yang suruh i sambung belajar ambik Civil Engineering dekat polytechnic? Salah orang-orang ke yang suruh i strat from the lowest level, supaya banyak ilmu kata mereka. What the hell??

Bukanlah apa, kawan-kawan SEMETRIK yang tak terus sambung engineering after SPM, boleh dikatakan, sekarang semua tengah sambung degree. Yang dah ada degree pun ada. Yang tengah apply untuk master pun ada. Kalau nak dibandingkan dengan i ni kan.

Masa sembang dengan Mak tadi, bila i cakap dekat Mak yang i menyesal sambung engineering, Mak cakap, "tak taulah nak salahkan siapa, dik".

Dahlah. After all, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna kan?



Love,
  Photobucket

Heaven!

Last makan masa dekat kampung siang tadi. Dalam pukul 5pm lebih kot. Lepas tu takde makan apa-apa dah. Balik rumah, Facebook-ing, blogging bagai, perut sudah lapar balik. Cuci muka dululah. Lepas tu baru masuk dapur cari makan sebab rasanya Mak ada je bawak balik makanan dari kampung tadi. Sekali bukak tudung saji, ada pizza dengan hot wing. Along beli petang tadi. Oh my~ Sangat syok! Walaupun sudah sejuk gedi i tetap mau makan. Rumah i takde microwave. Kalau tak boleh je panaskan. Huhuh. Nak makan sambil tengok Gossip Girl episode 9. Owh ya, selalu i tunggu Fatin balik baru i ambik dekat dia latest episode. Tapi masa i blogwalking, i jumpa link ni, tengok series online, Blinkx Tv. Boleh tengok segala series dekat sini. Selalu tengok dekat YouTube kadang-kadang restricted sebab luar daripada America, area code tak samalah apa lah. Masa Shyda tengok KUWTK latest season tiba-tiba keluar dekat screen macam dah tengok untuk sekian-sekian jam, tunggu lagi beberapa minit, baru boleh tengok balik. But fyi Shyda, i tak pernah pulak experienced benda macam tu. Takpe, nanti kita kaji balik. Huhuh.


Bakal masuk perut kurang daripada setengah jam dari sekarang. Hiks! ;p



Love,
Photobucket

Wednesday, November 17, 2010

Home!

Sekarang dah ada dekat rumah. Pukul 8pm+ tadi pun dah sampai rumah. Tapi bukak Facebook dengan tengok blog apa yang patut dulu. Lepas tu, terpesona pulak dengan kids reeact dekat Babelgum, distracted nak tulih blog.

Raya at kampung was ok. Tak ramai pun yang balik. Family i dengan family makcik Timah je. Yang lain, dah memang ada dekat kampung. They live nearby my Opah's house. Ada jugaklah suasana raya tu. Ada lemang, rendang dan lain-lain. We even go beraya to Pak Ngah's house. So, berayalah jugak kan?

Mungkin hari Sabtu ni baru ramai yang balik kot as Makcik Timah said ada family meeting. I tak tau lagi nak balik ke tak. Baru sangat baliknye. Nanti i bosan dengan kampung. Tapi rasanya weekend ni takde program apa-apa kot. My other half pun sekarang tengah cuti semester so hari Sabtu mesti dia kerja. Kalau rajin, i balik lah kampung.

Ouh, ternakan ayam tu dah berapa round dah proses. Sedap jugak daging dia. Takdelah macam ayam kampung biasa, daging dia liat dan keras. Masak rendang pun pakai ayam ternakan tu. Lawak pulak bila cousin-in-law i, Abang Razif cakap masak rendang guna 'ayam belakang' ke. What he meant was guna ayam dekat ladang belakang rumah Opah tu la.

Kat bawah ni ada gambar ladang cili fertigasi tu pulak. Hari Sabtu ni baru menanam besar-besaran. Sebab tu lah Makcik Timah suruh ramai balik supaya boleh tolong. Nanti hasilnya sama-samalah semua orang boleh merasa. Ahli koperasi kan, janganlah jadi sleeping member je. Huhuh.

Sorrylah 2,3 hari nampak dalam entry i asyik pakai tudung ni je. I tengah feeling pakai gypsi shawl ni. Mungkin shawl neh sudah menipis akibat dibasuh selalu. Eheheh!

Banyak neh nak kena tanam Sabtu nanti. Sedara mara, moh le balik nolong! ;)




Love,
Photobucket

The Kardashians Kids Version. ;)


Tadi tengok dalam blog Shyda. Lawaklah. Terus i cari. Rupanya bukan satu ni je yang kids reenact. Ada beberapa lagi. Memang menjadi budak-budak neh. Ahahah!



Love,
Photobucket