Tuesday, September 24, 2013

Duit.

Kawan-kawan, maafkanlah aku kalau kamu datang kepada aku dan mengadu tentang masalah duit dengan aku dan berharap aku dapat tolong kamu menyelesaikannya.

Percayalah, kalau aku banyak duit atau ada lebihan-lebihan duit, tak banyak cakap dan tak banyak tanya, aku boleh bagi pinjam duit. Betul. Aku pun taknak tengok orang sesak fikiran kerana duit. Aku pernah rasa.

Aku bekerja sendiri dan pendapatan aku tak tetap dan tersangatlah limited-nya. Memang, aku masih tinggal dengan parents. Aku makan apa yang mereka makan. Selebihnya, aku sara diri aku sendiri.

I really am sorry, kawan-kawan. I really am.

___
#MobileBlogging

Friday, September 20, 2013

Monday, September 16, 2013

[Make-up job] Kak Nisa's solemnization.

Kak Nisa | Solemnization | 14/09/2013, Ipoh.
*Click picture for a better view!

Monday, September 09, 2013

All about Raya.

Memang sengaja tunggu habis Syawal baru nak cerita pasal raya. As always, it was great. Kalau dah berkumpul dengan kaum keluarga, mesti akan jadi best. Macam biasa la, balik beraya kat Sungai Siput, sebelah Mak. Sebab, nenek sebelah Abah dah takde.

Cuma, kelainan sikit this year, petang raya pertama kami balik Ipoh kejap sebab nak pegi open house cousin Abah kat Sungai Rokam. So, i get to see Fatin la. Miss her so much.

Kami balik kampung malam raya. Mak nak masak kat rumah dulu. Disebabkan balik malam raya, panjut tak sempat nak pasang which is, aku rasa kurang meriah. Ingat nak pasang malam raya kedua, tapi tak pasang-pasang sampai ke sudah. Budak-budak pun tak dapat main bunga api dan mercun. 

Tahun ni kami banyak beraya ke rumah orang. Dan banyak keluar merewang. Sebab Along bawak balik kereta. Raya ke tiga ada Malaysia vesus Barca. Kat rumah ada tv, bukan takde. Tapi nakkkk jugak keluar pekan tengok kat restoren.

Perihal baju raya. Kalau tak tahun ni aku tak beli baju raya. Sebab nak pakai baju time aku jadi bridesmaid Fatin je. Baju tu masih baru. Tapi aku fikir dah pakai banyak kali dah baju tu. Huuu. So, aku rotate pakai baju raya tahun 2010 yang sebenarnya aku tak pakai pun masa raya 2010 tu. Entah macam mana rezeki, jiran depan rumah yang berniaga baju sedekahkan aku sepasang baju. Ada laaa baju baru nak dipakai.

Tahun ni jugak, kamu tak duduk kampung lama. Selalunya seminggu. Raya jatuh hari Khamis dan Jumaat. Sabtu dan Ahad memang dah cuti. So, cuti agak panjang. Isnin semua dah start kerja.

Kurang sangat tangkap gambar tahun ni. Entah kenapa. Dekat DSLR aku memang takde langsung.Nasib la kat DSLR Nadiah ada. Tu pun masa tengok bola. Hehe. Dekat handphones, ada la beberapa keping.

Nah, tengok la gambar yang agak raya related ni. Eheee.

Tunjuk sikit Mak Long Nadiah ni.

Aku semangat. Siap pakai baju Malaysia.

Open house raya pertama. Tak lalu dah nak pakai corset. Pakai corset masa pagi raya time nak tangkap gambar je. Hehe.

Pagi raya, sebab nak ambik gambar punya pasal, aku torture diri pakai corset. Mak aiii, memang senak gila laaa. Sampai pening katakooo.

Sunday, September 01, 2013

A friend of mine.

Aku ada sorang kawan lelaki ni. Aku tak rasa dia alim. Sometimes aku rasa dia memang alim. Since i knew him 6 years ago, he almost didn't make any eye contact with girls. Bila sembang dengan perempuan mesti dia akan pandang tempat lain. Tak, dia tak pemalu. In fact, dia peramah gila and he's a joker. So i assumed dia alim by the fact he always lower his gaze towards girls.

Tapi, tu laa. Bukannya aku tau macam mana nak mengukur tahap alim seseorang. Kalau perempuan pakai tudung pun tak bermakna dia alim.

So, dalam sebulan mesti ada at least sekali kita akan gather. We're besties yo! Kita pun sembang la macam-macam. Kadang-kadang, 1 topic semua masuk sembang. Kadang-kadang, tak sembang sekali. Kadang-kadang, lelaki sembang sesama lelaki and perempuan sembang sesama perempuan. Ada 3 lelaki and 3 perempuan, by the way.

Ada this one time, one my girl friend sembang pasal suami dia suruh jangan pakai tudung (weird right?) bila keluar dengan suami dia. Then, kita pun sembang la pasal aurat and such. Aku pun cakap, ala takpe, kita berubah la slowly.

Tiba-tiba, kawan lelaki aku ni cakap, "Mati mana datang slowly. To make it worst, kita taktau bila kita mati." Lepas tu dia sambung sembang dengan the other 2 boys.

Masa tu kita gelak-gelak je lagi. Tak habis lagi topik pasal tudung, suami dan aurat tu. Aku cakap lagi, lepas kawen aku akan cover semua terus. Taknak dah bagi nampak lengan apa semua.

Kawan lelaki ni tengah makan. Dia tanya, kenapa lepas kawen nak cover semua? Aku cakap la, kesian laki aku tanggung dosa.

Dia sambung, "Sayang suami, taknak bagi tanggung dosa hang. Bapak hang, abang hang yang you have known for the whole time hang tak sayang, hang tak kesian pulak nak bagi deme tanggung dosa hang sekarang?" Dia sambung makan bulgogi.

Aku, senyum. Sambung makan daging kambing grill. Awkwardly eating my lamb grill.

___
#MobileBlogging

Foundation.

Ok, let's do some beauty talk.

Tapi, i'm not that expert la. In fact, aku baru nak dekat 3 tahun menjadikan beauty world as part of my meal ticket. So, what i'm gonna share with you is based on my experience.

We all know that we wear a foundation to get a flawless effect. Semua orang ingat, kalau pakai foundation, muka akan jadi flawless. But, telan ini walaupun pahit, if your face is not flawless itself, it's almost impossible to get that flawless effect. Tolong la telan this fact walaupun pahit.

I said almost imposibble so there's still possibilities. Contohnya, kalau muka takde jerawat yang tengah membengkak. Parut, dark circles takpe, it can be covered by a good concealer. Tapi kalau jerawat yang tengah membengkak, even you wear a good foundation pun, you can still see the bump. So, tak flawless bila pakai foundation dah la kan?

Lagi, you can't expect when you wear a foundation, even a good or a high-end one, your face gonna stay like the first half an hour after you finish your make-up sesh. Your face is not gonna stop to produce oil.

Sesetengah orang ada smiling line yang dalam. Selalunya bahagian ni akan jadi 'merekah'. Tepi hidung jugak selalu 'merekah'.

Bila nak touch-up. Girls, please, please, please, please and thousand times please, bloat the extra oil on your face first using bloating paper. Tolong jangan terus tepek bedak kat muka. Sebab foundation akan jadi cakey. Cakey face isn't cool girls! Believe me, you gonna thanks your bloating paper after that.

However, flawless face or not, bila pakai foundation, insyaAllah la, dalam gambar you'll look great. In real life, hmm, well, hahahah.

Till then! Toodles!!

___
#MobileBlogging