Sunday, June 09, 2013

Lari.

Ada satu-satu masa, kita kena berhenti berlari. Mungkin sebab kita dah penat berlari. Boleh jadi jugak, kita terpaksa berhenti berlari, walaupun kaki masih rasa nak berlari.

Atau, ada tempat yang kita boleh berlari lagi jauh.

Run Forest, run!! :)

___
#MobileBlogging

Tuesday, June 04, 2013

[DIY] Spiral paper rose.

Spiral paper rose ni senang yang amat dan hasilnya memang cantik. Bolehlah digunakan untuk hiasan apapun. Be it for weddings, engagements, solemnizations, for parties, for craft etc. Aku pulak, buat ni cadangnya untuk center piece. Oh, kalau tak faham dengan penerangan aku ni, silalah tengok video kat YouTube ye. 

Lets begin! Step by step. Harap-harap faham la ye! ;D
 
Kertas tu tak kira la kertas apa, tapi jangan la tebal sangat. Potong bentuk bulat macam ni. Aku free hand je.

Daripada bentuk bulat tu. Start cutting the paper spiraly. Pun freehand, tak payah proper sangat.


Jangan potong sampai habis, tinggalkan tapak macam kat atas ni. Then, start gulung dari hujung sampai aca-aca nak habis ke tapak.

Then, letak gulungan tu atas tapak, lepas kan. Biar dia loose.

Lepas benda alah ni dah habis meng-loose-kan diri, susun elok-elok gulungan bagi nampak cantik.

Birthday Boy: Iman Zharfan & Irfan Haziem.

Iman Zharfan is my nephew. Nephew yang paling, paling, paling, paling, palinggggggg sayang sekali. Dah pandai ambik hati Aunty, suka tease Aunty dengan smile dia tu, tak crancky dengan Aunty, Aunty sayang la. Hihi. Iman is turning 1. Aunty doakan Iman membesar dengan baik dan jadi anak yang bijak. Aunty sayang Iman sepenuh hati Aunty!

Irfan Haziem pulak is my unbiological son. He's turning 4 today. 4 years already? Mummy still remember the very 1st time mummy hold you on your 1st day in this world. :') Epan dah abang-abang sangat semenjak dah ada baby Danzley ni. Mummy harap Epan jadi anak yang soleh, jadi orang yang berjaya so that Epan dapat senangkan Mama, Ayah, baby Danzley dan bakal adik-adik Epan. Only if your Mama nak tambah anak la. Hahah. Mummy love you, Epan!


___
#MobileBlogging

Irfan Haziem, 4/6/2009.


Iman Zharfan, 4/6/2012.

[Application Review] Cocoppa.

Photobucket
Aku ni sejenis yang suka customize handphone. Aku suka je tengok homescreen tu cantik. Entah, sebab aku rasa aku pegang handphone sepanjang masa. Ok, tipu. Takde la sepanjang masa but most of the time. So,bila dah selalu pandang handphone, aku nak la handphone aku tu cantik-cantik.

Teringat masa pakai N97mini, kalau nak customize icon semua kena cari sendiri, buat sendiri pakai themes creator. Masa tu la. Sekarang senang, pakai application je. 

Cocoppa it is!

Kalau korang jenis yang suka custom icon, Cocoppa memang best! There's like, thousands on icon available for download. Semua cantik-cantik, comel-comel. Bukan icon saja, ada wallpapers and stamps jugak. And of course, it is free of charge!

Inilah rupanya homescreen ku sekarang. 8 ni yang selalu guna.
By the way, i'm using Cocoppa with GO Launcher and i still using the GO Launcher theme.

Icons for Facebook. Ni baru sikit, ada banyak gila following pages tu.

Icons for Instagram.

Wallpapers.

Guide to use the icon.

Boleh guna untuk shortcut for phone numbers jugak!

Guide to use the icon.

Sunday, June 02, 2013

Fikri's solemnization + Penang trip.

29/5/2013, Rabu hari tu Fikri dah selamat jadi suami orang. Alhamdulillah, sekali lafaz je. Isteri Fikri iaitu Hidayah orang Kulim, makanya awal-awal pagi hari Rabu tu kami bergerak ke Kulim. Kamu gerak 4 kereta dari Perak. Nikah pukul 10am. Sampai on time walaupun kereta Cik Timah and Cik Cek singgah RNR untuk breakfast.

Congrats Fikri. With le familia.
Disebabkan nikah pun awal, makan kenduri pun awal la. Dan habis pun awal. Pukul 12pm macam tu semua dah selesai. So, boleh la kami jalan-jalan pegi Penang.

Kitaorang pegi Bukit Bendera. Best! Sebab i couldn't remember when was the last time aku pegi sana. Tiket biasa RM8. Tapi kitaorang naik guna family package plus pesara kerajaan dan pesara tentera. Total jadi RM61 sahaja instead of RM80. 



Spent about 2 - 3 hours up there. Bergambar sakan. Turun dah petang, perut pun lapar. So, we headed to Padang Kota Lama. Sebenarnya teringin nak makan tepi pantai, tapi tak tau tempat. Tak dapat makan tepi pantai, makan tepi laut jadilah. Orang kata makan kat Padang Kota Lama ni tak best. Aku pernah la jugak makan kat sini, memang la tak berapa best. Tapi, nasib baik hari tu, aku makan pasembor dapat yang sedap.


Balik nak feri. Singgah solat jamak kat RNR Bukit Merah, lepas tu terus balik rumah Opah. Kereta Cik Cek terus balik KL. 


Ok dah. Toodles!