Friday, February 15, 2013

P.S: I Love You.

"Finding someone you love who loves you back is wonderful, wonderful feeling. But finding a true soul mate is an even better feeling. A soul mate is someone who understands you like no other, loves you like no other, will be there for you forever, no matter what. They say nothing lasts forever. But i am a firm believer in the fact that for some, love lives on even after we're gone."

From P.S: I Love You by Cecelia Ahern.

#nowlistening Biar by Faizal Tahir. This song complements with what i'm currently reading. Keep on repeating.

"Biar saja air mata menangis terus menangis. Biarkan lepas semua rasa perit, perit yang manis. Biar saja air mata mengalir terus mengalir. Biar habis semua di bahu ku."

Sent from my Xperia™ smartphone over the TuneTalk network.

Wednesday, February 13, 2013

Rindu.

How do you express your feeling when you are missing someone? That someone, be it your love ones, your family, your pets, your whatever. Of course, you'll express your feeling by say it to them in front of their face, by calling them, by texting them or whatever methods exists in the world.

But, when you're missing somebody who is not there, what will you do?

Hmm.

"Kerinduan tak akan menghilang. Akan selalu ku rasa, tak mampu ku menghindar. Kau berikan apa yang ku pinta. Kau mengikat ku dalam cinta, temani ku dalam setia." --Sheila Majid, Kerinduan.

Sent from my Xperia™ smartphone over the TuneTalk network.

Tuesday, February 12, 2013

Lagi tentang senang.

Lagi tentang senang bila dengan aku.

Aku sumpah tak kesah bila ada tiba-tiba yang unfriend/block aku di Facebook, Twitter atau mana-mana social network yang wujud dan boleh diakses dalam Malaysia ni. Seriously, memang tak kesah.

Sebab, sama seperti aku yang kadang-kadang kurang senang dan annoyed dengan cara penulisan sesetengah orang di laman sosial, orang lain pun MESTI ada perasaan yang sama terhadap aku. MESTI.

I'm loud in my social network(s). And i'll always be loud. Belum lagi kalau aku share/retweet hal-hal agama atau aku sendiri yang stat/tweet pasal agama. Ada orang yang tahu yang aku ni lantang dan random dan diorang tak kesah. Ada orang tahu, tapi dia kesah. 

Dan untuk orang yang kesah ni la aku nak bagi tahu aku tak kesah di-unfriend/block oleh kamu-kamu semua.

Sebab, what matters to me is friendship in real life. Tak semestinya kalau kita dah tak berkawan di alam maya, dalam dunia nyata kita pun tak boleh berkawan, ye tak?

Aku anggap benda ni senang, tak payah rumitkan. Ok?

Sent from my Xperia™ smartphone over the Tune Talk network.

Monday, February 11, 2013

Cinta dan benci.

Bagi aku senang je. Kejap, sebelum tu, dengan aku memang senang. Tak payah susah-susah. Rileks-rileks, mudah-mudah saja aku nak orang/waktu/benda di sekeliling aku.

So, dengan aku senang. Sangat senang.

Budi hanya diungkit bila orang yang diberi budi tak reti nak kenang budi. Pertolongan jadi tak ikhlas bila orang yang diberi pertolongan tak reti nak hargai pertolongan.

Senang bukan?

Tajuk tak ada kena mengena.

Sent from my Xperia™ smartphone over the TuneTalk network.

Sunday, February 10, 2013

On working fulltime.

Aku tengah mencari kerja fulltime. But in the same time, aku tetap freelancer mak andam. Aku taknak tinggal passion aku. Ramai yang tanya kenapa. Kenapa selepas dua tahun freelancing, nak cari kerja yang fulltime.

Your early speculations.

Jadi freelancer mak andam tak masyuk.
Dah give-up jadi freelancer mak andam.
Nak buat dua kerja, nak simpan duit lebih untuk kahwin. (LOL)

Jawapan aku ialah...

Aku nak cepat-cepat pakai Mary Katrantzou dipadankan dengan silver Pigalle Spikes 120 Christian Louboutin sambil tangan aku menjinjit black ostrich Birkin.

Sekian.

Sent from my Xperia™ smartphone over the TuneTalk network.

Saturday, February 02, 2013

Hoi.

"Dah ada boifren baru?" "Dah ada pengganti arwah Marwan ke belum ni?" "Dah jumpa replacement lover?" Dan beberapa soalan lain yang lebih kurang sama soalannya.

BELUM. Jawapan by default. 1 perkataan.

"Macam mana nak jumpa. Kalau asyik teringat-ingat je. Kena bagi lelaki lain masuk dalam hidup baru boleh lupakan Marwan." Dan beberapa jawapan lain yang lebih kurang sama jawapannya.

Muka kelat. Lagu background dalam kepala otak, Kill Me by The Pretty Reckless.

Kejam gila suruh lupakan Marwan. Memang tak la! Tunggu laki-laki/boifren-boifren korang mati aku nak try cakap benda yang sama, tengok apa korang rasa. Rasa oren?

Oh, sekarang aku dah ada boifren. Tunggu la aku announce kat Facebook. Tahu? #sarcasm


Sent from my Xperia™ smartphone over the TuneTalk network.