Sunday, August 07, 2011

Hai!

Photobucket

Laaaaaaamanya tak tulih blog. Rindu la jugak. Padahal bukannya ada readers pun. Kira macam zaman tulih diary manual dulu la. Kalau lama jugak tak menulih, akan tulih dalam diary rindu lama tak menulih la apa la.

Been busy at stall with Shyda and Elle. Kan aku kerja dengan Shyda for the whole Ramadhan. Start Rabu last week dah set up bagai. Jumaat kemuncaknya, stay sampai pukul 11am. Esoknya dah start meniaga. Baru-baru ni rasa penat sikit la sebab tengah set up semua kan. Balik rumah mandi pun tak ingin, dengan masam-masam tu aku dah berdengkur. Huhu.

Aku jaga sampai pukul 6.30pm saja sebab Elle ambik night shift. Shyda stay la sebab dia big boss. So dapat la aku buka puasa dengan family. Tapi start weekend next week aku jaga full day. Sebab orang dah start keluar cari keperluan Syawal dah bila 2nd week of Ramadhan ni.

Kejap je kan dah 7 hari Ramadhan. Pejam celik saja. Dah pun bulan August.

Ok, nak buka puasa dah. Toodles!!



Lotsa love,
Photobucket

Wednesday, August 03, 2011

Wordless Wednesday #007: You bitch!

Photobucket

AKSI Safee dan Amirulhadi ketika menentang Singapura dalam pusingan kedua kelayakan Piala Dunia di Bukit Jalil pada 28 Julai lalu. (Gambar - sumber internet)
A tweet from a bitch, Hidayah Shahril. Wife of Singapore's captain, Shahril Ishak.



Lotsa love,
Photobucket

Monday, August 01, 2011

First try: Triffle.

Photobucket

Dah lama dah nak try buat triffle ni. At last, last Sunday aku buat jugak untuk break-fasting hari ni. Last Sunday jugak Mak nak shopping groceries untuk Ramadhan so aku pun ikut la sekali ke Tesco.

Triffle ni aku ikut recipe Cik Epal. Cumanya aku tak letak whipped cream sebab dekat Tesco takde whipped cream yang murah. Kalau keluar awal boleh la ajak Abah pegi kedai jual barang-barang nak baking dekat pekan. Tapi kita kejar masa hari tu sebab malamnya Abah dengan Along nak pegi terawih.

Aku ingat nak improvise la buat whipped cream sendiri guna plain yougurt campur fresh milk. Tapi ratio yougurt sangat sikit and aku terletak fresh milk tu sekotak terus. Last-last, whipped cream tak menjadi tu aku buat yougurt drink. Sedap woh!

Ni 1st time aku buat. Aku kira, tak berapa nak menjadi sangat. Tapi Abah cukup suka. Maybe next time, ada benda yang kena tambah and kurangkan and guna bekas yang lebih proper.

So, here are the ingredients.

1. Crystal jelly. (I bought Nona brand, strawberry flavour)
2. Castard flour.
3. Evaporated milk. (I bought Ideal brand)
4. Swiss roll cake any flavour. (I bought chocolate flavour)
5. Nata de coco/fruit cocktail.
7. Whipped cream.
8. Deco stuff. (Optional)

Disebabkan whipped cream pun takde, aku improvise triffle ni. So ni cara-cara aku buat triffle ikut suka hati aku. Aku takde gambar nak tunjuk sebab aku camera-less kan. Along ada snap some pics tapi aku tak ambik pun kat handphone dia. Huhu.

1. Potong swiss roll nipis-nipis and susun dalam bekas yang disukai. Kalau boleh bekas yang transparent so kita boleh nampak lapisan-lapisan triffle tu. Padatkan swiss roll.

2. Sementara tu, masak crystal jelly. Cara masak ade dekat belakang kotak. Letak gula sikit kalau nak manis. Dah masak, tuang atas swiss roll. Biar sejuk dan beku. Nak cepat masuk dalam freezer.

*Time aku buat, crystal jelly tu meresap ke swiss roll. Don't know why but it taste better. :)

3. Bila crystal jelly dah beku, letak fruit cocktail atas dia, atur sama rata.

4. Sepatutnya lepas letak fruit cocktail, kena lapiskan whipped cream. Disebabkan aku takde whipped cream, just skip this step.

5. Masak castart. Cara masak castard;
- Bancuh castard dengan air sejuk dulu.
- Masukkan air bancuhan castard dalam periuk.
- Masukkan evaporated milk pulak.
- Tambah gula kalau nak bagi manis sikit.
- Kacau sampai pekat.

6. Castard dah masak, lapiskan. Tabur la apa-apa deco stuff yang disukai.

7. Siap!

So, that's it. Senang je buatnye. Tapi disebabkan tak berapa nak cukup bahan, rasa tak best pulak. Maybe la agak sedap sampai Along pun request suruh buat untuk VIP table masa wedding dia nanti. Huhu. Next time buat, buat betul-betul.

Abaikan quality camera. Taken from my blueB only.



Lotsa love,
Photobucket

Product Review: Mini Dubai Romantic Color Eyeshadow Palette.

Photobucket

Sangat susah aku nak dapat palette ni. Sebelum ni orang lain beli takde la susah pun. Cuma bila tiba time aku nak beli semua online cosmetic shop dah habis. Selling fast katanye deme. Aku memang nak Mini Dubai ni dulu sebab Shyda dah beli dulu. Aku dah test color dia sangat cool ok!

Hampir berputus asa jugak la aku. Sampai aku hampir nak beli palette Manly 120 color tu saja. Tapi mengenangkan aku memang nak palette yang ni, usaha aku google. Masuk cosmetic blog siapa entah, yang tak pernah aku beli dengan dia sebelum ni, text dia, dia cakap ada lagi. Aku terus order and wire transfer.

Tapi, harga, ya ampunn. Kalau dekat blogshop-blogshop biasa yang aku dah familiar, paling mahal pun RM35 saja. Dekat orang yang aku beli ni RM49 ok. Postage RM7 lagi. Tapi takpe la, dah memang aku nak sangatkan. Sebab kebanyakan yang aku tanya, stock akan sampai lepas raya. Habis raya aku nak melawa macam mana? Ahahah.

Ok, like i said early, colors dia sangat cool. Shimmering and vibrant. Rasa dah macam pakai cream eyeshadow pulak. Long lasting. But, senang dicuci. Guna wet tissue saja pun boleh.

Yang macam aku punya ni, mini palette. So dalam palette ni ada 44 eyeshadow, 20 lipstick/lipgloss, 3 blusher, 4 compact powder and 1 bronzer/shading.

Sad to say, lipstick/lipgloss dia aku tak berapa suka. Color tak berapa nak terang unless kalo letak banyak-banyak. Blusher boleh tahan, bronzer/shading dia memang aku suka. Compact powder aku buat as touch-up saja.

So, sebab aku sangat suka and puas hati dengan palette ni, aku tak rasa rugi pun RM49+RM7 tu. :)

Vibrant colors.

The palette

Ni masa Shyda pakaikan dekat aku dekat Pameran SLDN guna palette yang sama.
Tahan sampai malam.



Lotsa love,
Photobucket

First day Ramadhan.

Photobucket
How was your 1st day puasa? Mine was ok. Ok la sebab tak puasa. Haha. Aku tengah merah, nak puasa apa benda. Kecewa la jugak kan. Tapi apa nak buat. Semangat puasa, walaupun tak puasa, aku pegi jugak bazar Ramadhan. Aku pegi dekat area rumah saja, dekat ITP sana. Biasa-biasa je, tak best sangat. Masa aku pegi, makanan and kuih tak berapa nak ada dah. Kat situ ada hostel KPTM, memang budak-budak serbu situ saja la.

Hari ni Mak masak mee Singapore. Family aku biasa la, mana berbuka makan nasik. Time sahur saja makan nasik. Kalau pun makan nasik time berbuka, mesti nasik yang lain sikit la macam nasik tomato ke, nasik goreng ke and nasik-nasik yang lain la. Bukan nasik putih berlauk.

Aku 5hb baru start jaga stall dengan Shyda. Esok dengan lusa masuk barang. Weekend start next week aku jaga sampai malam. Biasa la weekend, ramai orang. Tambah-tambah last week Ramadhan tu. Mesti tutup dekat pukul 1am.

Ok la. Aku nak mandi. Toodles!



Lotsa love,
Photobucket

Saja testing.

Photobucket
Cantik tak banner salam dekat atas ni. Nazuha adik si Nad yang buatkan. Dia baru sekolah rendah. Gila terer blogging skills dia. Biasa la budak zaman sekarang, membesar dalam zaman kebangkitan dunia IT. Teringat pulak masa aku part time teaching last month, tadika tu in front of SMK and SK Rapat Setia. So ada la jual junk food apa jadah. Sebelum balik aku singgah nak beli keropok. Ada sorang budak tu sementara nak tunggu parents or bus dia datang, dia pegang iPad. iPad kotttt! Sangat advance untuk budak sekolah menengah. Haihh, kehendak anak-anak, ikut kehendak teknologi semasa. Parah jugak kan?




Lotsa love,
Photobucket