Tuesday, July 05, 2011

Sambil menyelam, minum air.

Semalam dengan hari ni, practical dekat spa Kak Nani. Semalam buat aromatherapy massage, hari ni buat body scrub and body mask. Aku godeh Shyda, Shyda godeh aku. Sambil practical, sambil diri dimanjakan. Tak best ke macam tuh? Bahagia je rasa. 

Massage sangat meletihkan. Even buat body scrub and body mask tuh jugak. Duration dalam 1 jam setengah paling sekejap. Massage tu la, sebab nak keluarkan tenaga kita kan. Tuh baru aromatherapy punya massage. Kalau traditional massage. Sorry, i say a big no to it.

Bulan July ni sangat banyak make-up course yang under Program 1Malaysia Kolej Komuniti tu. Almost every week. Aku dengan Shyda yang dah 'senior' ni and kebetulan pulak kitaorang student Kak Nani and Kak Nani pulak mengajar course tu, dia mintak kitaorang assist la masa course tu. 

16hb pulak ada hi-tea sempena penyampaian sijil-sijil course P1MKK dekat Hillcity Hotel. Nak pakai baju apa pun tak tau. Ingat nak pakai baju bertunang tak jadi tuh. Huhu. And, they requested Shyda and i to open henna booth on that day. Oh seronok!

Ok dah. Letih, very early night for me. Gonna hit the sack now. Whattt? Baru 9.48pm kot. Huhu. Good night and toodles!!



Lotsa love,
Photobucket

Sunday, July 03, 2011

Penakut.

Tak semua kau rancang akan berlaku
Mungkin nasib tak menyebelahi aku
Entah mengapa engkau yang aku cinta
Mungkin lebih baik kau ku lepas saja

Ini tidak adil tidak adil baginya
Ini tidak adil tidak adil bagiku
Ini tidak adil
Untuk engkau bertanya jika ku mencintaimu juga
Tidak adil tidak adil baginya

Kau tak pernah cuba memahami aku
Cinta kau ucap tak pernah engkau tunjuk
Dan bila tiba saat ku kehilangan
Beban yang tak pernah cuba kau ringankan

Kau bukan milikku
Dan aku memang penakut
Mengakui cinta kepadamu
Seribu kali ku cuba ucapkan
Bila bersamamu
Kau bukan milikku
Dan engkau pun tahu
Kau bukan milikku

by, Yuna Zarai'i.



Lotsa love,
Photobucket

Luncheon with Mommeh and Aunties.

Hari ni pegi lunch with Mak and aunties sekalian; Aunty Syema, Aunty Naemah and Aunty Lili. Lunch dekat Heritage Hotel. Tapi macam hi-tea pulak sebab sepatutnya lunch ada la lauk-pauk semua, ada booth panggang-panggang. Tapi, nan hadoo. Instead, the main menu is nasi lemak and nasi goreng.

Tapi tak kesah la sebab aku suka makan and i love buffet the most. Tak rugi bawak aku makan buffet sebab semua makanan aku rasa and setiap makanan yang aku ambik aku makan habis, tak membazir.

Persidangan meja bulat makcik-makcik.

Ahhh, my drug. Tapi bukan brand 'M'? Haha.

Habis.

Aunty Syema and Aunty Naemah.

Hanya kami, takde orang lain.

Mommeh and i.



Lotsa love,
Photobucket

Another...

I was sooo boring tadi. Bergayut dengan Marwan, lepas tu text-ing dengan Marwan sampai dia nak tidur, lepas tuh tak buat apa dah. Awal aih tidur, pukul 9pm pun belom. Penat sangat dia kata. Still, minggu ni dia tak balik Ipoh lagi. Rasa dah 5 weeks gamaknya dia kerja 7 hari seminggu. Dah sebulan jugak la aku tak jumpa dia. Sejarah woh! Masa dia intern pun 2 minggu je paling lama tak jumpa. Takpe, kita dah besar. Rindu, rindu la jugak. Tapi takde la nak merintih meratap rindu di kalbu. Haha.

So, untuk mengisi ke-boring-an, aku henna-ing la sambil mengasah skill. Henna yang lama dah hilang so boleh meng-henna yang baru. Tangan aku pantang kosong sekarang neh, mesti aku nak meng-henna, sebab aku takde model, aku buat kat tangan sendiri. Setakat neh, aku kumpul je dulu. Dah banyak sikit baru la aku advertize dekat Facebook sana.

Kali ni aku try buat dekat kaki jugak. Agak horrible jugak la. Mungkin sebab aku tak pernah buat. Tambah pulak aku buat dekat kaki sendiri, rasa susah sikit.

Ugly i know. Siap ada line salah buat lagi. Haha.

Buat contoh design simple. Sebab bukan semua orang suka sarat-sarat kan?



Lotsa love,
Photobucket

Saturday, July 02, 2011

Kucing.

Susah bila dah besar gabak gini baru berhasrat nak membela kucing. Sebab kucing takmo lekat kat aku woh. Aku asalnya bukan la seorang yang penakut kucing. Masa aku kecik-kecik Abah aku bela kucing. Jojo nama dia. Bila kami pegi Kuching, Abah letak dekat luar. Maybe sebab lama sangat kami takde dekat rumah, dia lari.

Fatin dengan family dia suka kucing. Masa aku kecik-kecik jugak, dia ada bela seekor Persian. Pinky nama dia. Aku yang masa tu suka lagi dekat kucing, gomol-gomol la jugak si Pinky bila jumpa. Tapi, nasib malang hari tu, dia cakar aku dekat pipi. Sakit dan agak deep la luka tu.

Start situ aku dah takut kucing and fobia dengan kuku dia. Semua sebab Pinky! Haha.

Bila dah besar cenggini, agak mengada-ngada la kalo masih nak takut dekat kucing. Cuma kuku dia yang aku masih tak boleh blah. Aku takut kena cakar. That's all. Huhu.

Masa aku rapat dengan Shyda, dia ni cats lover. So hari-hari aku pegi rumah dia, i was surrounded by her cat, Bobo. Mula-mula aku takut la jugak. Tapi dah hari-hari jumpa, si Bobo pun dah kenal dengan aku, dah boleh manja dah dengan aku.

Sebab tu la aku berhasrat nak bela seekor. Tapi aku nak cari yang still baby. So that bila aku jaga dari baby, bila besar dia kenal la aku and manja dengan aku. 

Dekat belakang rumah aku belambak kucing liar. Ada yang kecik. Tapi aku umpan-umpan, dia takmo jugak masok rumah aku. Seekor pon taknak dengan aku actually. Mungkin sebab aku ni bukan cat lover. Haha. So aku ingat, kalau ada kawan-kawan aku yang kucing dia beranak, aku nak ambik satu.

Tu pun kalau Mak tak bising. :D

Yang ni mesra. Tapi bila ajak masuk rumah deme takmo. Huu.

Yang ni yang paling aku usha neh! Kecik lagi. Comel!

Bunga misai kucing dan kucing?

Snap dekat-dekat pun tak takut.



Lotsa love,
Photobucket

Friday, July 01, 2011

July.

Today is the first day of July. As usual, be nice to me July. Your sister, June, didn't treat me well i suppose. Any how, thank you June. You will be remembered. Hello July, nice meeting you. Let's take a ride with me. :)



Lotsa love,
Photobucket