Sunday, June 12, 2011

Konsep tak dengar dari sebelah pihak.

Aku salute dengan orang yang tak dengar cerita-cerita kurang enak dari sebelah pihak saja. Aku pun takde sifat macam tu. Biasalah kalau individu A tak suka individu lain dia akan bercerita dekat kawan-kawan yang antaranya kenal dengan individu yang individu A tak suka tu.

Jadi bijaknya 'kawan-kawan' ni bila dia bertanya kepada individu yang individu A tak suka tu untuk tau jugak cerita di sebelah individu yang individu A tak suka tu. Maknanya 'kawan-kawan' tak buta tuli nak percaya 100% dari sebelah pihak saja.

Tapi, aku dekat sini sebagai individu yang individu A tak suka, malas nak mempertahankan diri. Buat apa? Bila dah jadi macam ni, dah tak guna pun nak cakap apa-apa.

Untuk apa lagi pun?

Cuma aku nak cakap, kalau la kau tersinggah baca blog aku, silalah percaya saja cakap-cakap 'mereka' tu sebab kau rapat dengan 'mereka'. Aku, dari dulu sampai sekarang cuma watak tambahan (macam yang kau cakap, itu yang 'mereka' cop aku kan?). Aku sedar diri dan cuba tak nak masuk dah dalam circle kamu semua. Aku dah pilih jalan tu.

Nevertheless, terima kasih sebab kau kesiankan aku asyik kena cakap buruk dengan 'mereka' tu. Walau hakikatnye, kita takde la rapat mana pun. Aku kenang sisi baik kau. :)



Lotsa love, 
Photobucket

Penyu takde la slow sangat.

Terengganu juara Piala FA season ni. Congrats. Walaupun tadi mula-mula Kelantan lead and macam tak nampak bayang dah pun Terengganu akan menang tapi dengan penuh semangat Terengganu main sampai seri satu sama dengan Kelantan dan terlebih semangat score lagi satu goal untuk kemenangan.

Tadi siang berkira-kira nak sokong mana tapi nampaknya aku takkan sokong Kelantan, plus aku bengang lagi masa Kelantan lawan Perak hari tu. Kelantan kaki gaduh, daripada fans sampai la ke officer nya. Haihh.

So tadi tengok game berselang-seli dengan Konsert Kenangan AfNil tuh. Haha. Voleyy?

Dah, toodles!



Lotsa love, 
Photobucket

Saturday, June 11, 2011

I love anything in PINK!

Pink adalah salah satu favvy color aku. Trying to be more girly each and every day. Haha. Recently, Nokia dah keluar N8 Pink Edition. Oh my~ I want one! I'm dying to have one. A smartphone with 12mp HD cams, tak payah nak usung DSLR dah. Huhu. Aku macam dah terbiasa pulak pakai Nokia as recently i'm using my brother's N97mini. Dah belek dah handphone ni. Fiqah pakai N8, green color, masa lepak dengan dia aku dah godeh-godeh. Cinta dekat BlackBerry makin berkurangan sebab surrounded by Nokia and iPhone. 



Lotsa love,
Photobucket

Lappy yang misbehave.

Aku perasan yang lappy aku akan berada dalam keadaan yang normal bila malam, bila time-tima macam ni sampai la aku off nak tidor karang. Screen tak blank tiba-tiba, tak sleep dengan sendiri. Cuma bunyi yang annoying tu tetap ada.

Bila siang, tak taulah kenapa, on je akan off balik. Belum kira dengan screen blank secara tiba-tiba masa tengah tengok movie etc.

Lepas lappy dah misbehave, aku lari ke bilik Along, pakai desktop dia. Desktop best, besor. Tapi sumpah aku benci pakai keyboard desktop. Selalu salah tekan, susah tekan and bising some more. Aih, complaint pulak.

Ok dah, wanna masak my supper now. Toodles!



Lotsa love, 
Photobucket

Friday, June 10, 2011

Reunion.

Jumpa balik dengan kawan-kawan sekolah memang la best kan. Walaupun ada antara kita yang sampai sekarang saling tak suka. Tapi berapa percent reunion yang dirancang beriya-iya dengan teliti berjaya? Dalam kes sekolah Teknik aku, o%.
Reunion yang tak dirancang dengan teliti tu jugak yang berjaya. Walaupun sikit orang yang datang dan balik-balik orang tu jugak yang kita jumpa.

Recently, sekolah Teknik aku plan nak buat reunion dekat Pangkor. Ramai yang comment.

Aku bukan la against reunion. Tapi, berapa kali dah sekolah Teknik aku tu plan. Alas, jadi mini-reunion/gathering saja. It's better that way i guess. Small circle senang nak bersembang.

Elle cakap, siapa yang nak pegi tu, tak payah tanya siapa yang nak pegi jugak. Sebab siapa yang dah pegi tu mungkin akan hilang value-nya. Membawak pulak kepada konsep 'kawan semasa' yang di-mentioned oleh Shyda. Betul jugak.

Sekarang, kita berkawan dengan 'kawan semasa' kita yang dari sekolah dulu. Kalau 'kawan semasa' kita tak join reunion tu kita pun macam berat nak pegi. Betul tak?

So, aku anggap reunion tu akan jadi berharga untuk 10, 15 tahun akan datang.



Lotsa love,
Photobucket

Gen.

Arwah nenek aku suka gila tengok Hindustan. Tapi aku tak pasti la dari era mana dia minat tengok Hindustan. Sama ada dari era cerita Bobby ataupun sejak zaman kegemilangan Shah Rukh Khan. Cuma yang aku pasti, dia memang minat gila dengan Hindustan, dari zaman tape sampai la ke cd. Masa zaman dvd, nenek aku dah meninggal. 

Tadi masa aku keluar nak memerut, on the way nak pegi toilet dalam bilik Mak tu, aku kerling Abah yang tengah tengok cerita Hindustan. That was not the first time. Banyak kali dah aku nampak Abah tengok cerita Hindustan

Mungkin seperti Mak dia, Abah jugak minat dengan cerita Hindustan?

Makcik aku which is Mak Fatin, memang terbukti dah suka dengan cerita Hindustan. Gen tersebut sudah pun selamat diwarisi oleh Fatin. Pakcik aku pulak, Obek Bidi, kalau datang rumah aku, ada jugak aku perasan dia tune in channel 133 B2U.

So, dapat aku simpulkan disini, anak-anak Hajah Hawiah Hj Ali memang menurun gen-nya yang suka tengok cerita Hindustan. Hehe.

Aku? Tak berapa sangat la.



Lotsa love, 
Photobucket