Monday, June 06, 2011

Weekend.

Friday, Fatin sampai. Bosan, ajak Shyda lepak. Melepak De Garden. Main-main dengan gear baru Fatin. EOS 550D.

Saturday, kenduri dormate dari form 4 sampai form 5, Aien Ismail dekat Lenggong. Ikut Shyda, bawak Fatin. Dari Lenggong shoot Gopeng untuk photoshoot. Buat dekat pekan mati Gopeng.

Sunday, kenduri lagi, Abah's cousin dekat Desa Perwira. Balik rumah siap-siap nak photoshoot sambil Fatin mengasah skill dengan sebelah jiwa, Marwan Hamzah dekat Eco Park Botani.

Itu je.

Gambar? Besor sangat. Tengok dekat Facebook yang dah upload beberapa keping tuh.

(Dah cuba upload dekat sini but it took ages! Larat pulak aku nak tunggu.)



Lotsa love, 
Photobucket

Friday, June 03, 2011

14 tahun aku.



Boyfriend.
Boyfriend? Apa tu? Eeee, malunye nak couple. Eh, takut la nak rapat-rapat dengan lelaki. Tak nak la couple, takut Mak and Abah kite marah. Buat apa nak couple? Bukannye kite nak kawen pun dalam masa yang terdekat ni. 

Masa aku 14 tahun, kebanyakan budak-budak sekeliling aku masih berperangai seperti budak 14 tahun. Masa-masa ni la kita carik geng sama gender untuk buat sorority. Takde masa pon nak fikir pasal lelaki.

Sex.
Sex? Never thought of doing 'it' at my age of 14. Pernah aku terfikir, untuk have sex, kita kena kawen. To be honest, aku dapat tau about sex sepenuhnya bila masuk form 3. Kan kita belajar pasal pensenyawaan manusia dan haiwan dalam Science and cikgu Science aku 'cerita semua' dan 'tunjuk semua'.

Bila dah masuk Teknik, aku ingat lagi ada satu malam tu, dekat katil Ita, aku and several dormmate yang lain cerita pasal sex dan ketakutan kami terhadap benda tu. 

Bila bercerita pasal sex masa umur 17 tahun pun still malu-malu. Masa 14 tahun nak cerita pasal sex?

Social life.
Social life aku takde la teruk sangat. Aku berkawan jugak, perempuan dan lelaki. Kalau sekolah buat trip, Abah bagi je aku join. Masa aku 14 tahun, pegi mana-mana nak jumpa kawan, Abah mesti hantar. Even sampai aku habis sekolah pun. Lepas tu, antara parents, mesti ada simpan phone number.

Limit, mesti kena balik before Maghrib.

**********

Macam mana pulak dengan 14 tahun korang? Ada macam budak-budak urban sekarang tak? Ni bukan nak cerita pasal dara. Tapi pasal peredaran masa. Apa aje yang budak 14 tahun zaman sekarang buat yang korang tak buat masa korang 14 tahun dulu.

Phewww. 

Kita takde la baik mana. Tapi sebab kita tak baik la kita tak mau anak kita jadi tak baik macam kita jugak. Tapi, kita boleh halang ke? Nak-nak pulak, anak kita nanti lahir dalam zaman yang laaaagi canggih dan urban.

Hmmm.



Lotsa love,
Photobucket

Thursday, June 02, 2011

Apa tengah hot sekarang?

1. Nadia Elliza.
Budak berumur 14 tahun yang mengaku sudah biasa beromen dan takde dara dah dekat blog dia. Difahamkan, post tu sudah di-delete. Tapi agak sia-sia la, sebab dah ramai jugak yang print screen benda jadah post dia tu. What do you expect? Zaman dah maju kot. Kerana keterbukaan dia jugak la, sekarang dia trending dekat Twitter. Senang kau dik, dah fofuler. Tapi pasal kau takde dara. Nan hadooo sangat. Kalo bakal mak mentua kau canggih manggih pakai Twitter, tau bukak blog cam mano dik? Nak ke bakal mak mentua kau ambik jadik menantu?

Takde dara ke, ape ke, itu mungkin hak peribadi. Tapi rasanye tak perlu kot nak bagi tau satu dunia. Walaupun blog tak femes, benda ni akan spread jugak. Tulih sesuatu dalam social network, tak kira la Facebook, Twitter atau blog, once dah tulih, tak boleh undur balik.

Tambah benda yang tak elok, cepat je orang nak print screen.

2. Fahmi Fadzil.
Dia didenda oleh mahkamah untuk buat 100 tweet mintak maaf dekat BluInc sebab kes fitnah. Curlast zaman sekarang. Semua pakai technology. Agak-agak, kalo aku masuk balik bidang mengajar, aku boleh la guna kaedah ni. Anak murid aku buat salah nanti, pegi dekat Twitter, tweet 100 kali mintak maaf.

3. Seth Tan.
Watak dalam Nora Elena yang sekarang neh raaaaamai perempuan tengah suka. Nak suka buat apa weh? Seth yang rogol Nora. Seth yang bagi tau dekat Eid yang Nora dah tak suci. Yes, i read the novel. Twice.



Lotsa love,
Photobucket

Konsep tak suka.

Kita perasan kalau orang tak suka dengan kita, macam-macam cara yang orang tu akan buat untuk tunjukkan yang dia tak suka kita. Bukan sekadar cakap depan-depan. Orang tu mungkin akan kutuk pasal kita dekat orang lain, menyinis dengan kita dekat social network diorang dan macam-macam cara yang lain lagi.

Setengah orang suka bagi alasan. Ada jugak yang kalau kita cakap pasal satu benda, orang yang tak suka tu ada je yang nak dijawabnye atau dibangkangkannye.

So, aku dah bagi banyak gila alasan sampai alasan yang kau fikir tak logic sekalipun. Apa yang kau cakap semua tak kena pada pandangan aku.

Tak faham-faham lagi?



Lotsa love
Photobucket

Wednesday, June 01, 2011

Nan hadoo sangat balut hadiah mak tau.

Siri mencari hadiah wedding diteruskan ke IP. Takde nak survey-survey lagi dah. Si komunis suruh terus beli je sebab lepas ni dia koje outstation balik lambat tak boleh nak bawak keluar. Hazab tau komunis, padahal outstation dekat Lumut je. 

Sampai IP pun dah pukul 930pm. Aku terus tuju dekat tempat pinggan mangkok. Kalo orang kawen aku suka bagi barang-barang kaca. Berkenan 1, terus pegi kaunter nak bayor. Mintak deme balut sekali. Tengok deme terus balut hadiah tu tak letak dalam kotak.

Aku tanya la mana kotaknye. Deme cakap takde kotak. Aku suruh pegi cari dalam stor, deme cakap dah nak tutup, tak sempat. Kimekkkk. Malas nak bising, mak rela je uolss. Dah la balut pon serupa orang takde jari. Hish!

Lepas tu kita cepat-cepat masok Popular nak beli paper bag so that lawo la sikit hadiah aku tu bila letak dalam tuh. 

Dah settel bab hadiah, aku ajak si komunis makan dekat KFC. Sempena menebus keteringinan semalam. Sorang satu beli cheezy wedges. Puas aku makan tak kongsi-kongsi. Haha.

Dari bontot pinggan ok la jugak.

Tengok deme balut!

Card untuk pengantin.



Lotsa love,
Photobucket

Good bye May and hello June!!

Sekejap saja dah setengah tahun. Setengah tahun lagi dah 2012. Tahun lepas, time-time macam ni bukan main seronok lagi aku berjimba ria dengan Shyda, Elle dan kawan-kawan lain. Tahun ni tak sama macam tahun lepas. Tapi takpe. Aku masih happy. Sama jugak macam bulan-bulan yang lepas, mengharapkan Miss June will treat me better. Miss May, i'll miss you. Terima kasih atas layanan anda. ;)



Lotsa love,
Photobucket