Saturday, March 05, 2011

Kerana terlalu excited!

I suka terlebih eksited dengan sesuatu perkara. Sangat-sangat. Nanti sekejap reda ke-eksited-an tu. Bila-bila, datang balik, terus semangat balik. Sebab i eksited sangat pasal engagement and wedding i, i dah beli pun notebook untuk dibuat journal nanti. Memanglah wedding journal tu not necessary sangat. Tapi sekarang macam a-must-have thing pulak untuk bride to be. Sebenarnya senang bila ada satu medium yang boleh kita gunakan untuk mencurahkan segala idea kita pasal wedding.

Selain tu jugak, bride to be selalunya kan memang akan buat research pasal benda yang berkaitan dengan wedding, vendors lah, photographer lah, khemah lah, catering lah. So bila dah dapat maklumat pasal sesuatu benda tu, bolehlah tulih dalam journal tu so that takdelah tercicir sana sini bila tulih dalam sehelai-sehelai kertas. .In my case, biarlah i start from engagement. Dah terlebih eksited, nak buat macam mana?

So, i bought this book at Popular, IP last Thursday with my komunis. Marwan tak nampak tau i beli buku ni. Sebab i cakap dekat dia nak pegi Popular sebab nak cari buku lajer je. Masa i ambik Marwan dah pegi magazine section. Huhu. Kalau Marwan nampak, mesti dia bising sebab eksited sangat.

Pity me. I bukanlah seorang yang creative. I might be creative at some point, tapi bukan dalam bab-bab yang melibatkan menghias sesuatu benda. Buku yang i beli tu kosong sahaja. Untuk sesuaikan buku tu jadi engagement/wedding journal, kenalah hias serba sikit. Dengan tak malunya, i menyendeh dekat Shyda. Suruh dia hiaskan buku tu. For the time being, hias sikit-sikit je lah. Sebab takde idea pun.

Lets take a look!

Before.

Blue dengan pink adalah padanan warna menarik for 2011. Nanti by the time i kawen, tak taulah warna apa yang tengah in. 

Tak taulah melambangkan apa. This is a 'king' sign. Nak cari 'queen' sign tak jumpa pun.

I just love the way Shyda decorate this book.

After. Yes, banyak lagi kosong. Tapi nanti i nak letak gambar Marwan and i kot. Tengoklah macam mana. 

Sub divider yang penting.


Here are some tips untuk memilih buku untuk dijadikan wedding/engagement journal.
1. Pilih buku yang ada sub-divider supaya boleh tulis ikut kategori such as vendors, dream wedding, sketches and such.
2. Kalau rasa banyak nak buat sketch, pilihlah buku yang kertasnya kosong, bukan garis-garis.
3. Biarkan kertas warna putih saja, senang nak guna pen warna apapun.
4. Jangan besar sangat sebab nanti journal ni kita nak usung here and there dalam beg. Ideas come without warning remember?
5. Jangan pulak kecik sangat, nanti tak muat pulak nak tulih segala details. 

Jom tengok pulak wedding journal yang orang putih buat. Cantik-cantik woh. Kalau rajin DIY, bolehlah buat sendiri. Tapi kalau buat mesti tak jadi. SHYDA!! Puhlesssss~ ;p







Lotsa love,
Photobucket

Thursday, March 03, 2011

Favourite actor selepas Bront Palarae.

Ya, Zahiril Adzim favourite actor i after the handsome and good looking Bront Palarae. Hihi. Lagi bertambah suka bila dia perasan tweet i. Laaaaaaaaaagi bertambah gila gila gila gilaaaaaa suka bila dia reply tweet i. Oh, i love you Zahiril! #HeroMalaya sangat tau! ;p

Oh, what? Artis tak seberapa reply tweet kau pun kau nak kecoh? Ahhh, lantaklah! blog aku, suka hati aku. Kau ada? Nan hado! 



Lotsa love,
Photobucket

Orang nak nyanyi, dia pun nak jugekkkk.

"Tetek saya original ye!" So said Kim K.
Kim Kardashian ada buat single. Jam (Turn It Up) title nya. Masa interview dengan Ryan Seacrest, i tak dengar pulak Ryan puji suara dia. Ryan puji lagu tu je. Memanglah, lagu dia not bad. Suara? Tell me about it. Nak dengar? Masuk sini.



Lotsa love,
Photobucket

Wednesday, March 02, 2011

Amanah Ikhtiar yang rasanya tak bagi ikhtiar langsung.

Tadi Shyda and i pegilah meeting Amanah Ikhtiar dekat Meru. Oh, Amanah Ikhtiar ni, bagi pinjaman dekat peniaga-peniaga kecil sekitar RM500 hingga RM20 000. Kiranya diorang bagi bantuan modal, bayaran balik secara weekly. Nak pinjam duit dekat AI, tak susah mana pun. Tak payah bank statement bagai. Ok, kalau nak pinjam dengan AI, apa yang kome kena buat?

1. Datang meeting every week.
2. Bayaran RM5 dikenakan every week. (Tak tolak pinjaman)
3. Kena panggil orang-orang yang incharge dengan panggilan 'cikgu'. (WTH?)
4. Bersiap sedia dengan interest sebanyak 1% setiap bulan. Bayangkan kalo buat pinjaman untuk setahun? Gila tinggi interest dia!
5. Bersiap sedia untuk tunggu lama untuk dapatkan pinjaman tu. Ada yang tunggu lebih 6 bulan.
6. Nak buat pinjaman dengan AI, kena duduk dalam group. Mungkin ada LDK.
7. Kalo ahli group tak bayar hutang untuk minggu tu, ahli yang lain wajib kena tolong bayarkan.

Plus, ahli baru yang diorang dok panggil sebagai 'sulaman' tu tak akan dapat pinjaman yang banyak. Paling banyak pun boleh bagi RM2500. Lagipun belum tentu lepas nak pinjam 2 nama. Sebab Shyda and i buat business yang sama. Shyda cakap, macam tak berbaloi nak buat pinjaman dengan AI ni. So, tak buat kot loan dengan AI ni. 

Have to find another solution. 



Lotsa love,
Photobucket

Day-off lagi, IP dan bola.

Cerita semalamlah eh. Cerita hari Selasa, sekarang hari Rabu. Pagi, teman Shyda pegi hospital. Dia ada masalah dengan telinga dia. Patutlah masa dinner dekat mcD semalam dia kurang dengar. Haha. Lama woh! Banyak step pulak tuh. Dokter garang. Orang jaga counter muka ketat. Rasa nak report je tapi tak jumpa complaint box. Itulah, macam mana orang tak kata gomen staff ni macam-macam.

Muka yang not so segar. Bayangkan kalo tak pakai eyeliner?

My breakfast. Dekat cafe hospital. Dah lama mengidam nasik lemak bungkus dengan daun pisang.

Sementara menuggu giliran yang lama gila tuh.


Lepas balik daripada hospital, pegi IP. Shyda nak beli blings yang tak cukup nak lekat dekat bb dia. I pulak, beli mini fan lah, earing nak sangkut dekat tudung lah, kotak ubat lah. Yang kotak ubat tuh, i kan cepat peninglah, cepat kena flu lah, cepat batuklah. Kalau keluar rumah memang i bawak ubat semua. So i dah lama nak beli bekas ubat suapay takdelah semak beg i dengan packets ubat. Hoho. Menjadi seperti kemestian, kalo masok IP mesti nak pearl drink. Kesian Ipoh, takde Cool Blog. Kat Tesco Kampar ada tau. Huh! Yang ada dekat IP, cuma yang biasa-biasa punya yang amoi jual and yang terbaru, Each A Cup. Di-rated sebagai pearl drink paling famous dekat Singapore katenye nok. Tapi pearl nye nan hado, tawor habior!

Each A Cup.

My cup, always chocolate ice blended with extra pearl.

Mini fan, beli dekat Living Cabin, hidup segan mati tak mau. Nan hado anginnye.

Bekas ubat yang menyebabkan Mak kata i seperti seorang pesakit kronik. Kata-kata beliau disokong oleh Shyda.


Balik tu, Shyda ajak ikut pegi supply barang dekat kedai-kedai. Tapi i sangat mengantuk. Biar sajos dia pegi dengan Naseer nya. Sampai rumah, Marwan ajak teman pegi PPD lah, pegi TM lah. Nasib ajak pukul 330pm. Sempat i nap. Tapi tengah tidur, Shyda texted ajak teman pegi Tapah sebab nak hantar Naseer nya yang hari tu kereta rosak and hantar dekat workshop dekat sana. Kesian jugak sebab balik Ipoh nanti Shyda kena drive sorang-sorang, so Marwan pun faham, dia punya urusan esok pun boleh. Tapi, date nak tengok bola mesti jadi.

I pun tak makan apa, sebelum gerak pegi Tapah, drive thru dekat mcD. Samapai Tapah, kereta Naseer tak siap lagi. Shyda pun ajak kita pegi Lata Kinjang. Alang-alang pun kan. Bukan nak mandi pun. Dia saja nak tunjuk tempat tu dekat kita. I kan tak pernah pegi Lata Kinjang tuh. Nanti bila-bila nak pegi picnic dekat sana with the girls.

Snap pictures barang sekeping dua, patah balik workshop, kereta Naseer still tak siap. Naseer suruh balik dulu sebab i pun ada football date dengan Marwan. Sampai rumah Shyda before Maghrib, sempatlah i tukar baju Perak and touch up sikit-sikit. Suruh Marwan ambik dekat Shyda sajos.

Awwwww~

Will come back, Lata Kinjang. ;)

Oh, terpaksa cover sesuatu disitu. Hehe.

Us.

Kita ingat, next time nak bawak DSLR pegi workshop yang ada kereta-kereta yang buruk macam dalam picture neh, lepas tuh buat photoshoot. We mean, a real photoshoot. Huhu.

Shyda dan Naseernya.

Me with my dabel cis beger.

Ipoh!


Pegi stadium awal gila pun parking dah penuh. Kita sampai sebelum 820pm kot. Maybe sebab Perak sekarang tengah up. Oh, match between Perak and Harimau Muda A. For those yang tak tau (i pun baru tau), Harimau Muda A adalah team under 23 years old yang main untuk Malaysia. So sebenarnya diorang agak berpengalaman jugaklah sebab dah pernah lawan dengan negara-negara luar and ada antaranya memang negara yang hebat main bola.

It was a tough game though. Ye lah, dengan squad yang hebat bermain untuk negara and team yang tengah perosah nak naik 1st place dalam chart. Game berakhir dengan keputusan seri satu sama. Sejak start season, Perak tak pernah kalah lagi. Harap-harap, Perak boleh stay sampai hujung season in top 3.

Lepas tengok bola, Marwan and i pegi makan dekat Vegas Manjoi. Damn, sampai sekarang i tak tau tempat tu panggil apa. Padahal ramai gila tau orang suka makan dekat situ. Way much better dari Vegas Canning Garden tau Chinese food dia. Bagi i lah.

Dah, i nak tengok Gossip Girl episode 17 neh. Who knows, maybe Dan and Blair could make a good couple. Oh, berdebarnye nak tengok GG! Hehe. Toodles!!



Lotsa love,
Photobucket

Tuesday, March 01, 2011

Day-off, so called aromatherapy.

Hari ni i tak kerja. And secara automatic jugaklah Shyda pun tak kerja. I ada hal, nak uruskan 'hal itu' dan 'hal ini'. Anyhow, dah settled pun semua hal-hal i tuh. Lepas settled semua benda, pegi Jj. Sambung beli hadiah untuk anak saudara Elle nanti. Susah rupanya nak pilih hadiah untuk budak-budak especially for boys. Kalau for girls senang je, buku fairytales, barbie dolls and girl stuff berlambak. And kena fikir jugak, untuk peringkat umur, hadiah kenalah sesuai. So, atas nasihat Fatin, bagi hadiah yang berupa educational lah. Anak saudara Elle tu memang tengah membesar. Sorang 3 tahun, sorang 6 tahun. Ok, dah selesai bab hadiah Dan and Qam.

Lepas Isyak keluar dengan Shyda. Tak sah tak jumpa sehari. Dahlah kerja sama-sama hari-hari. Tak pegi kerja, nak keluar jugak lagi. Hehe. We went to dinner at mcD. Sebelum tu take away sorang satu slice Secret Recepi. Lepas makan, borak-borak apa semua, pegi Gerbang Malam. Shyda pun nak cari casing untuk lekat bling-bling dekat BlackBerry baru dia. Pegi letak motor dekat rumah Shyda dulu, sebab motor i dah takde roadtax. Huhu.

I pun belilah macam scented aromatherapy i-tak-tau-nak-panggil-apa. Murah, 2 packet RM10. Wangi sangat. I beli Lullaby scented and Green Tea scented. I tanyalah adik yang jual benda tu, boleh bakar ke sebab setahu i kalau bakar lagi wangi dia kuat. Adik tu kata boleh bakar, letak saja-saja dalam kereta. Masuk kereta, semangat sumbat benda tu dekat aircond. Haha. Balik rumah pulak, semangat dok bakar. Sekali, asap dia banyak gila. Memanglah wangi tapi menangis-nangis i sebab asap tuh. Better letak saja, tak payah bakar, benda tu wangi jugak.


Sedar tak sedar, dah masuk March dah. Lagi 3 bulan wedding Lia. Lagi 9 bulan wedding my Along and my engagement. March resolutions? Oh, tiada lagi. Perlu ke nak buat March resolutions? Masa new year dah buat resolutions cukuplah nak cover sepanjang tahun. Hehe.

Ok, Toodles!



Lotsa love,
Photobucket